3D LAUNDRY BALLS, BAU WANGINYA MELEKAT HAMPIR 12 JAM LAMANYA

Sis Lin
23
3D LAUNDRY BALLS, BAU WANGINYA MELEKAT HAMPIR 12 JAM LAMANYA | Nak tau kenapa Sis berani sangat tulis macamtu? Sebab Sis dah cuba dan Sis dah buat kajian tentang pewangi ini hahaha. Gaya macam saintis je kan, nak kaji-kaji ni, tapi yaaa, kita kena cuba dan test dulu, baru kita boleh bagitau, tulis dan kongsi.

Kesahnya bermula apabila Sis ternampak iklan pewangi baju ni di facebook, kemudian Sis bukak Shopee dan belek plak. Yang terkejutnya, harga di facebook dan Shopee, jauh lebih murah bila kau beli di Shopee, sertengah kali ganda ko hohoho.. nasib baik lerr Sis ko bijak kann, semuanya nak di beli di Shopee..

Sis nak tulis panjang pasal produk ni pun Sis tak tau nak baca kat kotak dia tu, semuanya bahasa Jepun daaa... tapi Sis dah tengok laaa video macam mana kegunaannya dan cara gunanya. Dan Sis baca review semua orang yang dah guna, semua kata wangi gilerrr..

Serius ternyata apa yang orang review memang betul! Sebab Sis dah gunakannya..


Kalau korang beli di Shopee, korang search aje '3d Laundry Balls', nanti akan ada le keluar gambar macam kat atas ni haa.. ada macam-macam harga, yang Sis beli masa tu harganya RM21.90 tak silap laaa.. semua sama je lebih kurang harganya. Korang kena bijak memilih hokay.

Dalamnya ada 18 biji dan Sis beli sampai 3 kotak haritu hahaha..bukan tamak tapi sejenis tak suka bila dah suka guna, tapi terputus bekalan, so stanby je beli lebih.


Dan tak silap Sis ada banyak bau pewanginya, tapi Sis pilih pink bau flower ke floral, gitu lerr. Benda alahnya haa segitu tu. Sis pun  tak tau apa sebab sampai ada 3 warna dalam satu biji tu, cute sangat dan rasa masa pegang tu, memang nak picit-picit aje hahaha.. tapi kalau ko cium pun dah bau wangi oii..

Nak gunanya korang just amik satu biji, kemudian jangan koyakkan plastik tu, ko campak je terus dalam mesin basuh korang tau..


Haaa macamtu, campak je terus macamtu jerr.. bila dah campak, korang masukkan le kain baju korang terus dalam mesin macam biasa. Tapi tengok pada banyaknya baju korang hokay, kalau baju korang banyak, letak lee 2 biji, kalau tak banyak, sebiji je dah cukup dah pewangi tu.

Lepas tu korang pusing lerr baju macam biasa. Akan tetapi, setelah Sis cuba pertama kalinya kan, Sis tak puashati sebab kurang sabun, so Sis tetap juga masukkan sabun dalam mesin semasa cuci, Sis guna sabun attack, tapi ikutlah suka korang. Kalau taknak pun takpe.

Nanti bila dah selesai basuh, korang akan dapat bau wanginya baju korang bila buka mesin baju tu. Macam Sis, rumah Sis ada dryer, so lepas cuci terus masuk dryer tu, kemain lagi wangi melekat oii baunya. Buktinya bila baju Suami pakai, Suami sendiri tegur, 'wanginya bau sabun', katanya...kebetulan haritu anak sedara Suami yang datang ke rumah tumpang cuci baju pun cakap macamtu juga, siap suruh bagi link Shopee nak beli sama hehehehe..

Dan yang bestnya, Sis buat kajian apabila Suami pakai bajunya. Maklum lerr orang lelaki kan jarang nak pakai minyak wangi kalau tak iye iye...so bila Suami pakai bajunya, wangi dia tu tetap kekal dari pagi sampai ke petang lamanya, spender pun sama wangi hahahahaha... serius tak tipu!..

Korang cubalah.. dah cuba baru tau hehehe.. tak cuba jangan banyak songeh!..  Okay dah tu jer nak kongsi, siapa dah beli dan cuba, nanti sila komen okay..

Jom mandi!..


P/S: Jadi rajin nak melipat baju gara-gara bau wangi sabun tu hahahaha.. 

إرسال تعليق

23تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam best je sis...
    Betul tu sis, kalau kain baju wangi, mood nak melipat tu berganda hihi..

    ردحذف
  2. Harumannya tahan lebih lama tu yang OK sangat-sangat Sis. Tak langsung boleh cover bau peluh juga.

    ردحذف
  3. Bestnya. Boleh cari juga ni. Suka nau ngan benda wangi-wangi ni

    ردحذف
  4. Benda wangi-wangi ni boleh buat kita senyum sendiri. #viralgitcheew~

    ردحذف
  5. okay kena beli nih. macam best aja.

    ردحذف
  6. thanks review sis, boleh try nanti

    ردحذف
  7. bagusla review ni. kali pertama kami tahu pasal 3d laundry ball ni. biasanya kan tahu softan je yang mewangikan

    ردحذف
  8. Apa tu kak. Akak campak je dia melekat kat turbin ke? Pastu lepas basuh, dia hilang eh? So mencair semasa sesi pembasuhan? Akak jawab kak. Saya nak beli juga ni. Hahahhaa

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr masukkan aje dalam mesin, dan terus cuci, benda tu akan cair dan hilang sendiri.. Tak payah buka plastiknya tu..

      حذف
  9. Tak perlu masukkan softner ke? Lembut tak kain lepas tu? Biasa saya beli pencuci dan pelembut. Kalau cukup dengan seketul tu, baik beli yang ni je

    ردحذف
    الردود
    1. Setakat ni tak perlu, Sis masuk sabun aje sebab nak buaih banyak hahahaha..
      Kain lembut dan wangi macam biasa tu..wangi gilee hahahaha
      Tengok pada muatan baju, pepandai laa agak..

      حذف
  10. Mcm best je bunyi nye. Lepas basuh tu hilang lah ye sabun tu? Xperlu la pakai pewangi kan. Amboy sis cium spender nampak 🤣

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakakah spender wangi mesti keseluruhannya wangi gak kan hahahahahaha

      حذف
  11. Wah menarik gak ni. Kak selalu guna Comfort je utk bau wangi....

    ردحذف
  12. Ok. Rawlins nak try gak la. Dah la Rawlins nie sejenis yang suka membasuh kain sebab terapi gitu. Menarik nie kalau lepas basuh dan jemur, mesti jadi wangi rumah kan

    ردحذف
  13. woiii spender pun 🤣🤣🤣🤣

    ردحذف
  14. menarik juga baca perk<ngsian ni. Bagus apa yg dikongsi. Tq sis Lin.

    boleh Mat Drat panjng2 kan kpd wife

    ردحذف
  15. sabun comel ni tengah viral kat twitter, terus seller shopee naik harga. haha tunggu sejuk sikit baru BBL beli

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha iyerrr kawan pun cakap, tak dapat harga Sis beli tu haaa...pandai ek derang..

      حذف
  16. Wah... klu mcm tu kak pun nak belilah mng suka klu baju wangi2 ni

    ردحذف
  17. Ehh.menariknya benda alah ni lin.. ni yg excited nak cuba sendiri

    ردحذف
  18. okay, saya rasa macam saya nak beli satulah nnti. macam menarik terutama utk saya yang suka basuh baju ni. hahaq :)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!