AIR TANGAN TERUNA? BETUL KE TERUNA?

Sis Lin
26
AIR TANGAN TERUNA? BETUL KE TERUNA? | Hamboi soalan achik bawang rangers, kemain ek nak kepoh tanya teruna ke idok? Macam dia tau je nak belek teruna ke idok kan... tapi ye ke teruna? Opsss hahahaha... tapi setahu Sis laa, tercetusnya idea 4 sekawan ni 'Air Tangan Teruna' sebab memasing teruna le. Teruna maksudnya bujang, masih belum berkahwin.

Mula dengar tu, wowww! Kreatifkan mereka, status teruna pun boleh dijadikan market dalam minuman. Kekadang nama atau branding tu sendiri kalau pandai 'create', memang laku keras le jualan tau. Banyak dah Sis nengok kengkawan, yang mana buat jualan dengan nama yang tak terjangkau dek akal kita, jualan mereka laris gilerr.. yang penting usaha, yakin..nak seribu daya, taknak, jangan kata teruna, air anak dara pun belum tentu laku hahahaha...

Dan bila di beri peluang untuk merasa Air Tangan Teruna ni, memang le teruja. Nak juga rasa apa yang sedap nauu orang kata Air Tangan Teruna tu yer.


Masa founder salah seorang dari 4 orang teruna tu datang hantar ke rumah Sis Air Tangan Teruna ni, pertama kali Sis nampak air dia ni, Sis dah dapat rasakan Air Tangan Teruna ni rasanya memang kaw! Salah satu sebabnya dek tarikan color air dia tu dalam botol, nampak sangat pekat sungguh!. Bukan macam air minuman botol biasa kita beli tu, nampak cair je kan, ni pekat giler nengok airnya.

Air Tangan Teruna ni dia ada 5 perasa, setakat ini laa yang Sis di bagitau, akan datang tak tau laa kan kot ada perisa baru lagi, mana tau ada perasa Susu Pisang Teruna hehehehe. Tapi buat masa ni hanya ada Kopi Teruna, Bandung Jakarta, Jagung Teruna, Keladi Teruna, dan Teh Teruna. Yaaa semua teruna ya, masih belum ternoda hehehehe..


Kalau di tanya 'Mana yang sedap?', Tekak Sis lebih suka Kopi Teruna dia, ye laaa sebab Sis kan coffee lover, so pilihan Sis mestilah kopi. Masa mula nak cuba rasa Air Tangan Teruna ni, founder dia kata, mula pegang (jantung bergetar dek kesejukkannya), then goncang (perasaan semakin membara tak sabo), kemudian bau dulu (bikin hati berdebor), haaa lepas tu baru minum (dari tekak terus turun ke usus)..erkkkk semacam plak debaran dia sebelum nak minumnya hahaha..

Kemudian bila dah ikut step by step dia, ooo tang amik bau tu, kus semangat! Aura teruna dia masyukk terus ke dalam jiwa, walaupun air dia belum sampai ke dalam tekak lagi oii... aroma dia bikin nafsu nak mencuba Air Tangan Teruna semakin tak sabar! Slurpppp... memang betul-betul sedap, kaw!.. tengah jalan tu juga Sis ko cuba depan teruna tu hahaha..


Sis nak cakap lelebih kang, kang korang kata 'bedek' je lebih kann, so korang kena laaa cuba sendiri. Jujur rasa dia sebenarnya rasa asli yang di buat menggunakan susu segar atau susu yang berkualiti. Takde nanti korang rasa, air dia rasa pelik ke apa ke. Memang sedap.

Teh Teruna dia tu, anak Sis minum, masuk dalam gelas, letak air batu kemudian dia letaknya cincau, pun sedap gilerr... anak ada amik gambo, tapi gambonya, hampeh!..malas nak upload sini hahahaha.. Yaa memang agak manis, tapi kalau yang tak suka manis, boleh letak ais atau campur sikit air sejuk bagi mengurangkan manis. Tapi better Sis syorkan ais batu. kalau tambah air, dah hilang rasa kepekatan susu tu.


Sis tak boleh cite lelebih sebab dia sejenis minuman. Korang kena cuba sendiri dan rasa sendiri, barulah boleh komen. Apa yang Sis tulis ni, ianya adalah komen ikhlas sebab Sis dah mencubanya. Tak sedap Sis tak kongsi yaa..

Buat masa ni Air Tangan Teruna tu cuma ada 2 saiz botol aje. 1 bersaiz 400ml, dan satu lagi 1 liter. Dan terbaru dengarnya ada pek tiub yang macam Susu Pisang Nilofa tu haa, tu lagi bagus kan, cuma dah tak boleh laa nak cium ek, bukak terus sedut je tu hehehehe..

Harga terkini di pasaran di jual dengan harga RM 5 sebotol untuk 400ml tu. Yang besar Sis tak pasti pulak, lupa nak tanya. Tak masih lagi berjalan promosi pek combo PKPP mereka. Dan bagi korang yang ingin menjana pendapatan 'duit tepi', jom jadi agen sekitar Johor Bahru dan juga seluruh Malaysia, dan dapatkan harga agen yang sangat-sangat berbaloi!.

Kepada korang yang di Johor yang ingin dapatkan Air Tangan Teruna ni, jangan malu dan segan, tekan link ini https://wa.link/arr9kh keterangan lanjut. Buat apa nak malu, wahtsapp aje, nanti 'abang teruna' tu jawab hehehe...

Oh! Ya, Produk Air Tangan Teruna juga boleh di dapati di laman web rasmi Fashionvalet | FVbazaar. Search : Air Tangan Teruna. Bagi pembelian online, sila tekan link berikut untuk menempah https://www.fashionvalet.com/fvbazaar.

Atau korang terus ke facebook & instagram mereka ya.

Haaa semua details Sis dah letak, so achik bawang rangers yang tanya teruna ke idok tu, silalah memborong yaaa... sibuk tanya sana sini, duk kondem jee, belinya tak nakk hahahaha..


P/S: Minum kopi teruna dia tu, susah gile nak move on, kaw gile rasanya, kalah kopi Costa Sis!..

إرسال تعليق

26تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. terasa nak cuba minuman ni. rasanya blom sampai di kelantan. hmmm....nanti abam kie buat produk air jenama 'laki orang' la plak! hehehehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa silalah cuba Abam Kie, meh laa jadi stokis Kelantan, kot ada rezeki, leh masyukkk ...

      حذف
  2. pernah nampak orang jual air dalam botol macam ni tapi itulah dia punya marketing bagus betul..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ردحذف
    الردود
    1. Yup..marketing kena handal, baru branding tu naik kann, tapi serius cakap, airnya memang sedap Tiara!

      حذف
  3. Selalu dengar kelapa dara kan. Kalau pakai nama kelapa teruna apa jadi eh ? Hahaha. Branding macam ni orang senang nak ingat sebenarnya.

    ردحذف
    الردود
    1. Kan kan..ini kali air tangan teruna, memang airnya pior gile ! Puas sekali tegukkk

      حذف
  4. Branding ibarat umpat.Promosi itu jorannya.Kena caranya,ada rezekinya inshaAllah menjadi.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa betul tu PC, nama je dah menarik perhatian, apalagi kalau dah rasanya pun sedap!

      حذف
  5. الردود
    1. Yup, warna dia tu pekat, sama naik dengan rasanya yang betul-betul hebat...susah nak kata, kena try le sendiri..

      حذف
  6. memang faveret sungguh kalau air keladi ni.. rasa nak try je.. boleh pos ea air tu..

    ردحذف
    الردود
    1. YUp, air keladi tu memang sedap, pekat, bau dia pun wowww gilerr Lynda..
      Kalau pos tak tau lee acaner ekk..

      حذف
  7. Ahaks. Takutnya dengan soalan dia tu. Hahaha. Nak try yang coffee tu please. And bagusnya ada peluang untuk menambah pendapatan kan. Moga dipermudahkan rezki semua

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, ada ke kita bagi minum, soalan tu dia spontan keluar...
      Anak muda jangan lepaskan peluang kan, selagi ada kemahuan, teruskan usaha...

      حذف
  8. ahhh so shedap kannn...ikhlas sungguh rasa setiap satu flavour tu, kalo la aku ni ada kedai, memang aku da letak kat kedai aku wei...sedap wooo

    ردحذف
    الردود
    1. Shedap sampai licin tak sampai 3 hari hahahaha kopi dia tu tak boleh move on betul rasanya..

      حذف
  9. haha wowww dia punya namaaa air kemain ya hehe. tapi nampak sedap hee

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe nama memainkan peranan tu, tarik perhatian gitu...

      حذف
  10. Amboiii ayat nya pun.. Bukan main lagi bergetar jiwa bagai time nak minum.. Hahaha tgk air kopi dia pun mmg menarik.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha gituuuuu.... tu bila dah masuk dalam minum, sampai ke usus bergetar Zaza hahahaha

      حذف
  11. wow nama kemain teruna..pasti ramai gegadis nak beli ni..heehe...
    tgok warna pun dah tahu mmg pekat dan sedap..nak belilah jugak..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa semestinya kan, nama tu jadi daya tarikan kann Cik Tom...
      Memangs edap, Cik Tom cubalah..

      حذف
  12. Alamak... Kopi teruna tu nampak kawwww nya! Jauh lak nak cuba. Nanti kita pi sana kirim eh

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kena cuba, kalau sampai Johor roger-roger yaa..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!