BILA DAH PENAT, MASAK MENU EXPRESS AJELAH

Sis Lin
20
BILA DAH PENAT, MASAK MENU EXPRESS AJELAH | Haii korang, selamat pagi Selasa. Moga hari ini lebih baik dan indah dari semalam, tapi kalau Sis, hari-hari adalah hari yang baik dan indah.. yeee apa-apa terjadi hari ini atau semalam, keep positive dan bersangka baik pada Allah, ye dak...

Cuma semalam adalah hari yang padat sangat dengan urusan Sis dan Suami. Seharian kami berdua di luar menguruskan urusan mana yang patut. Sebab tu sampai tak dan Sis nak curi masa nak update blog, memang semalam seharian tak update blog, nasib baik pageviews blog tetap maintain melepasi 10k pv pagi ni, alhamdulilah, terima kasih semua.

Semalam seawal jam 7am Sis dan Suami dah keluar dari rumah, terus ke KPJ Abu Samad menemani Suami ada appoinment Doktor. Dan bila dah ke KPJ sana, faham-faham aje laa orang ramainya macam mana kan. Kena pulak semalam Doktor Suami tu ada kes masuk bilik operation. Lepas aje amik darah, tanya result jam berapa, kaunter kata jam 12pm, ermm takkan nak tunggu, so Suami ajak keluar jalan-jalan dulu.

Fikir-fikir terus je la belanja barang rumah dulu. Selesai belanja, balik rumah hantar barang, sebab ada beli barang basah, kang nak tunggu sampai ke petang, habis busuk kang.


Dalam jam 12pm juga lerr baru le sampai semula ke KPJ, hujan kemain lebat, ngam-ngam kami sampai Doktor pun dah ada, hanya menunggu 1 angka giliran kemudian turn kami, syukur!.. alhamdulilah setakat ni, kesihatan Suami baik-baik aja.

Selesai urusan KPJ, kami terus pusing-pusing satu bandar, cari makan tengah hari dan lepas makan, Sis meneman Suami pergi mengurut kaki. Yang gelihatinya nak mengurut kaki, dah macam nak lawan perang, banyak gile aturan dan soalan yang mereka tanya, begitu kuat SOP kedai urut yekk.. tapi baguslah, kita pun takde laa rasa was-wasnya.. siap tunjuk surat ujian test covid19 lagi, bagus!

Memang sepanjang kami keluar semalam, hujan kemain lebat.. dengarnya bandar Muar sampai banjir ye, kesianlah mereka, moga dipermudahkan semua urusan mereka yang di timpa musibah.


Yang kelakarnya dan terpaksa kami lalui semalam, hampir 3 kali berpusing balik rumah sebab nak mengerjakan solat. Sekali lepas belanja barang dapur, solat Zuhur di rumah, kemudian lepas mengurut balik rumah, solat Asar, then keluar lagi, lepas Maghrib baru sampai rumah semula hahahaha... di sebabkan petrol pam semua tak buka suraunya.. tak tau kenapa, malas nak fikir, arghh solat aje laa kat rumah.

Sis dan Suami memang terasa le keletihannya semalam, tapi seronok sebab tak panas, cuaca sejuk aje sepanjang perjalanan. Sampai rumah Suami kata nak makan nasi, so Sis apalagi, letih tu tolak ketepi dulu, dah alang-alang kan, terus masuk dapur dan masak.

Kebetulan baru lepas belanja, so masak aje laa apa yang ada dengan kadar segera hahahaha. Maka terjadilah menu express telur dadar, ikan goreng dan juga PakChoy Sos Tiram. Menu paling cepat dan pantas. Alhamdulilah...makan ler kami anak beranak licin semuanya...

Tu kira menu dah paling express dan 'rajin' le Sis masak, kalau tak, bila dah penat, makan maggi aje lerr hahahaha..

Pagi ni banyak benda plak nak Sis settlekan, draft blog banyak wooo... takpe kita settlekan satu persatu sebelum kejap lagi nak keluar ada review kedai Pizz@ ...yummmmss!..

Okay korang, nanti sambung lagi ya.. jaga diri !


P/S: Terima kasih Suami belikan kasut baru hahaha, beli siap terus suruh pakai, kelakar tau!

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. yang simple tulah sedap, lagi bila makan tengah lapar sangat, kan

    ReplyDelete
  2. biar sempoi janji ada effort. tapi sayur tu takdalah simple pun. kena gak jerang air, celur, tos, bagai. kira rajinlah ni.

    ReplyDelete
  3. Ni bukan menu ekspress dah ni.. ni menu sedap ni.. hehehe..pakcoy nampak menyelerakan tu..

    ReplyDelete
  4. Biasanya lauk simple tu yg sedap n bertambah2 makan.hehehe .

    Adohai..baca entry ni time lunch hour. dah la mmg tgh lapar.terliur dah ni

    ReplyDelete
  5. Kalau lauk simple sebegini, jika perut lapar semua akan habis belaka kan. Naim tulis komen sekarang pukul 12.40 pm pun rasa lapar. hehe

    ReplyDelete
  6. Wah bestnye PV banyak. Share tips. Hehehe. Ini yang buat semangat nak menulis

    ReplyDelete
  7. Yang simple simple dan mudah sedia camni la sedap Sis. Makan pon bertambah hahaha. Simple2 pon gambar tetap menarik Sis..

    ReplyDelete
  8. Nak tau apa menu pantas Rawlins? Kalau breakfast, semestinya roti + telur sahaja. Time lain - MAGGI! Hahaha

    ReplyDelete
  9. Menu express pun nampak sedap. I suka simple menu. Kerja tak ada masa nak masak yg complicated.

    ReplyDelete
  10. Walaupun menu express , bila pekena dengan nasi panas .. terangkat wehhhh. Sal suka gak menu gini. Asyik berlemak je kadang boring gak

    ReplyDelete
  11. selalunya menu express ni yang sedap dan lazat. hehe, walaupun saya ni tak reti masak sangat hehe. :)

    ReplyDelete
  12. Ekspress akak macam restoran ya. Hahaha. Saya suka masakan mcm ni. Ulam, sayur celur aje. Kalau rajin, tumis skit. Lagi rajin, kita buat la sambal. Hahaha.

    ReplyDelete
  13. adoi menu simple kak lin pun tetap menarik mata memandang, sedap lidah merasa. Lapar pulak nengoknye hahaha

    ReplyDelete
  14. ni yang pageview dia saja sampai 500 lebih ni..hahahahaha

    ReplyDelete
  15. Betul la... bila dah penat memang kena cari menu simple... ni kira bagusla bole masak klu saya beli je la...

    ReplyDelete
  16. Ena pon selalu masak pak choy sos tiram sbb senang sgt tp rasa mcm kat chicken rice shop. Haha. Ni bukan biashe2

    ReplyDelete
  17. Letih pun boleh masak lagi ya sis. ni tetiba rasa nak p makan2 rumah sis ni. eh hahaha. sedapnya lahai PakChoy tu.

    ReplyDelete
  18. menu simple ni pun dah kira sedap kak. makan panas panas lagi laju suap dia.

    ReplyDelete
  19. kalau dah penat gila tapi rasa lapar tu membuak nak tak nak memang lauk express jelah hahaha takpun order luar

    ReplyDelete
  20. Al least masak jugak, hihi. Kita kalau dah malas terus order je haaa. Tu betul2 malas dah tu hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!