DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU

Sis Lin
42
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 BIKIN EMOSI AKU TERGANGGU | Korang dah tengok ke sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni? Kalau yang mengikuti 7 Hari Mencintaiku 1, pasti memang menunggu sambungannya.. yang 1 pun dah penuh emosi, lagi kan 2 ni, aishhh baru episod 3 dah meluap-luap emosi Sis ko, rasa macam nak masuk tv aje kasi tumbuk satu kali muka Datin dan juga si Syakila tu hahahaha...

Tapi Sis pasti, emosi lagi bertambah geram bilamana Mia tu berpaling dan membenci Suaminya gara-gara hasutan dan hasad dengki Datin tu, dan tambah lagi Sis baca Mia tu sampai hilang hormat dengan Pak Samad, ayah mertuanya, eeee rasa nak aku balun jee mereka yang hati busuk dan tak boleh nengok ksenangan dan kebahagiaan orang lain..

Dan dan tu plak, masuk orang ketiga lagi mengeruhkan keadaan rumahtangga...arghhh tang ni memang emosi turun naik Sis ko di buatnya..kena banyak berzikir kalau tengok drama ni lerr hahahaha.. Tapi nasib baik lee Sis layan youtube aje, nak tunggu jam 7pm tu memang tak ler, time u banyak nauu kejenya, lagi nak maghrib, kang tak fokus nak melayan drama.

So korang dah tengok ke? Mungkin yang tak tengok 7 Hari Mencintaiku 1 tidak akan faham akan crita 7 Hari Mencintaiku 2 ni..so kalau tengok, jangan banyak tanya, kang engko plak kena hempuk hahahaha...


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 
Setiap Isnin hingga Jumaat 
Jam 7pm .

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.

Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali) . Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Pelakon utama
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi

Pelakon pembantu
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia (Nad)
Bil Azali sebagai Zaidi
Faye Kusairi sebagai Syakila
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Sean Lee sebagai Adam

Pelakon sampingan
Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Shamielya sebagai Azura
Shahidan Izwan sebagai Sharif
Amelia Christie Lim sebagai Rafidah
Fadilah Mansor sebagai Emak Nurul Ain

Pelakon kanak-kanak
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya sebagai Harlina (Kenit)


P/S: Apakah Mia benar-benar tinggalkan Khuzairi??? huwaaaaa :(( ... kita tunggu dan lihat..

Post a Comment

42Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah lama dh baca novel ni. Lupa dh sinopsis nya. Aterrr betul ke sofi bercerai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul, Sofi dah diceraikan oleh Helmi huhuhu..

      Delete
  2. kami tak ikut lagi cite ni kat TV. Tggu lama2 sikit baru nak follow online. Takut nanti tak sabar plak nak tunggu next episod kat TV kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sama laaa Sis, tengok youtube aje, time free baru layannn

      Delete
  3. sapa yg terjebak dengan drama ni memang emo teruk, bikin stress habis..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tau xpe...macam-macam perangai manusia dalam drama ni kannn..

      Delete
  4. benci tau citer ni..awal2 lagi dah ada konflik.huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, geram plak tetiba Datin Hayati tu muncul plakkk eeeee

      Delete
  5. Rawlins tak tengok sebab takde TV tapi tadi time lunch, kengkawan ofis nie bercerita dengan penuh perasan 'ko suruh aku rendahkan suara, di rumah aku sendiri?' hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyerrr si Helmi tu ngamuk dengan bapa mertua dia hahahahah

      Delete
  6. Baru tengok episode 2 semalam.. ni nak tengok yang no. 1 pulak.. hahahaha.. terbalik pulak yea.. sebab masa mula2 tengok tu tak perasan yang ni terbaru punya.. ingatkan yang hari tu punya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adeiii tapi ye juga, kena tgk yang 1 dulu, baru faham keadaan cerita yang 2 ni hehehehe

      Delete
  7. Kalau emosi terganggu bermaksud lakonan dan plot cerita amat baik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sangat! Pelakonnya, skripnya, dan jalan ceritanya semua, memang sangat terkesan..

      Delete
  8. Memang geram, kan. wujud watak si kenit tu lagi... Eh, macam-macam betul lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, duk tertanya juga mula, siapa plak si kenit ni hahahaha

      Delete
  9. jahatnya Datin tu memporak porandakan keluarga orang. habis semua ahli keluarga dia nak pecah belahkan.. kalau ada depan mata nak pijak2 dia haha..
    btw shaharudin thamby tu jiran iena kt KL ni haha..bila terserempak dia teringat dato johari..nasib baik la in the real world dia tak macam dato johari tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Iena, memang geram gileee gan Datin tu... masih wujud ke orang macamtu ek dalam dunia realiti ni..
      Shaharudin Thamby tu mesti orangnya cool je kann..

      Delete
  10. Yqng dulu punya pun saya tak tengok sis. Yg kedua ni lagi lah.. Saya rela baca novel dari tengok drama sebab tahu diri ni spesis emosi.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa bagus gitu, tapi Sis kalau baca novel plak jahat, kang satu keje tak buat sebab tak sabo nak baca kesudahannya hahaha

      Delete
  11. AM pun terjebak juga.. Tapi tgk kat online je.. Tak ada masa nak tggu tgk kat TV.. Tapi plot citer dia mmg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa, tak dan nak tengok jam 7pm tu, biasa tengok ulangan kat youtube aje ...

      Delete
  12. Alaaaaa, ni yang buat rasa nak layan drama pulak ni. Bila dah start hadap drama ni susah nak buat kerja lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan...hahahaha sebab tu rela tengok satui episod ke satu episod, tak nak tengok tunggu habis semua episod, kang tak buat keje melanguk tgk tv hahahaha

      Delete
  13. Cerita ni mmg main dengan emosi hahahhaha.. tapi suka tengok sbb jalan cerita best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee sangat!... sambil tengok, mulut tak henti membebel hahahaha..

      Delete
  14. lama dah kan citer ni. tak ingat endingnya macamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tu cite 7 Hari Mencintaiku 1, ni dah masuk no 2 dah Rai.. heheheh

      Delete
  15. ohh...never know about this interesting drama, boleh watch this weekend la :D
    cheers, https://siennylovesdrawing.wordpress.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa must watch, banyak pengajaran dalam drama ni Sienny..

      Delete
  16. Qiss tengok pun dah geram. Baru episod 3 ni. Adoi. Macam-macam berlaku ek dalam drama tu. Tak sabar nak tau penghujung nanti macam mana. Memang kalau tak sempat tengok kat tv, qis tengok online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, rasa nak tonyoh-tonyoh muka Datin tu haaa, si Helmi pun satu hal adeiii...

      Delete
  17. Bertabah la sis lin. Haha za tk tgk pun cite ni tpi luahan hati sis lin itu, terasa juga debar2 sakit hati. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis ko kalau tengok dram memang emo Zaza hahahaha

      Delete
  18. Alamak, tak tengok lagi hehe. nanti nak tengok la. dah terlepas banyak eps ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok youtube aje, Sis pun layan youtube je Ika...

      Delete
  19. huda dah lama tak layan drama melayu. tak sempat lah layan, sibuk urusan kerja tak habis2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Huda, urusan kerja lebih utama, Sis ko ni pun tengok ulangan aje kat youtube..

      Delete
  20. Belum berkesempatan nak layan drama ni. Padahal tunggu juga drama ni keudara. Hahaha. Busy betul sekarang ni. Nanti nak layan kat tonton. Tq share kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Ruby, layan ulangan aja, Sis pun tak dan nak duduk jam 7pm nengok depan tv..

      Delete
  21. Alaaa dah lama tak layan drama haa. Last citer nasi kerabu izzue hahaha. Lepas ni kene layam balik la. Sibuk pulak lately

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama tu Sis tak tengok..ni tengok sebab dah layan yang no-1 dulu tu..ni kesinabungannya plak no-2 hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!