EKSPRESI MEDIA 2020 TEROKA PELANCONGAN PENGALAMAN BAHARU DI KELANTAN

Sis Lin
12
EKSPRESI MEDIA 2020 TEROKA PELANCONGAN PENGALAMAN BAHARU DI KELANTAN | Waa seronoknya mereka dapat peluang ke negeri Kelantan. Pengalaman Sis ikuti FAMediatrip ke Kelantan awal tahun 2020 baru ni pun masih segar dalam ingatan. Kelantan memang negeri penuh kaya dengan makanan dan tempat menarik. 

Memang siapa yang ke Kelantan, takkan pulang dengan perut kosong laa. Dari pagi sampai ke malam, akan penuh dengan aktiviti makan dan makan. Rakyatnya pun ramah, dan yang bestnya, Kelantan banyak tempat boleh soping oii... 

Sejumlah 15 pengamal media terdiri daripada agensi media cetak, penyiaran dan atas talian menyertai program Ekspresi Media Kelantan 2020 anjuran Tourism Malaysia selama lima hari bermula 16 hingga 20 Julai. 

Program tersebut antara lain bertujuan merapatkan hubungan erat yang sedia terjalin antara Tourism Malaysia bersama pihak media sekali gus menggalakkan mereka untuk mempromosi destinasi pelancongan menarik dan terkini di negeri Kelantan.

Program yang julung-julung kalinya diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada tahun ini membawa peserta untuk menikmati pengalaman ke tempat-tempat menarik selain memperoleh informasi terkini mengenai produk-produk pelancongan daripada para penggiat industri.

Pada asasnya, Ekspresi Media ialah program berkonsepkan lawatan suai kenal secara interaktif dengan mengetengahkan produk berasaskan pelancongan pengalaman atau ‘experiential tourism’ yang bukan sahaja melibatkan destinasi menarik, malah turut mendekati budaya, warisan, makanan serta pelancongan berasaskan komuniti.

Program yang masuk edisi keempat pada tahun ini diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan selepas kejayaan penganjuran Ekspresi Media Kenyir, Ekspresi Media Lembah Bujang dan Ekspresi Media Kinabalu pada tahun lalu.

Kredit Photo copy FB Uzu 

Para peserta memulakan pengembaraan dengan meneroka segmen ekopelancongan menerusi aktiviti ‘zip line’ sepanjang 180 meter berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Che Tahir dan Air Terjun Sungai Batu di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, menelusuri gua batu kapur berusia 150 juta tahun di Kompleks Gua Ikan serta aktiviti ‘tubing’ di Sungai Kenerong di Dabong.

Di Kota Bharu, mereka pula akan berpeluang meneroka budaya di pantai timur dengan menaiki perahu kolek di Sungai Pengkalan Datu yang menjadi tarikan terbaharu sebelum dibawa melawat rumah warisan berusia 200 tahun, Pantai Senok (Pantai Nami) di Bachok serta Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah selain menyaksikan perkampungan nelayan dan rumah api serta aktiviti komuniti setempat seperti penuaian nira nipah dan pengutipan lokan.

Para media juga akan dibawa menaiki beca untuk melihat seni jalanan selain melawat Galeri Wayang Kulit Tradisional Kelantan di Kampung Morak dan Bengkel Batik Ayu Fashion di Kampung Talak yang masing-masing menjadi pusat rujukan wayang kulit dan memiliki lebih 5,000 blok cop batik.

Di Tumpat, mereka juga berpeluang menaiki bot ke pasar terapung pertama di Malaysia iaitu Pantai Suri Floating Market dan melihat sendiri demonstrasi pembuatan kuih kapit serta pertandingan ayam berkokok selain melawat perusahaan desa melibatkan pembuatan serunding, dodol dan kuih gelembung buaya.

Bersempena program Media Ekspresi Kelantan 2020 pada kali ini, turut dianjurkan ialah lawatan ke Collectibles Museum iaitu muzium Diecast pertama di Malaysia yang juga merupakan muzium hobi mainan pertama di negeri Kelantan.

“Diharap melalui perkongsian pengalaman oleh para pengamal media ini dapat merancakkan lagi aktiviti promosi pelancongan domestik di laman media sosial terutamanya di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan blog sekali gus menggalakkan masyarakat untuk keluar melancong bagi menyokong perencanaan kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) khususnya pada fasa pemulihan krisis COVID-19,” kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof.



P/S: Seronok woo pi Kelantan! Syurga makanan!! .. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang seronok dapat melancong ke Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Wak, ikut hati nak je join, mesti best tu, Kelantan kaya dengan makanan..

      Delete
  2. Seronok bercuti di Kelantan. Semoga aktiviti pelancongan Malaysia kembali meriah selepas reda Covid-19.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, sama leee, pengalaman dapat jelajah Kelantan dulu tu, memang best sangat rasa...

      Delete
  3. Kelantan menarik tapi tu lah jarang pergi. Setahun sekali belum tentu lagi. Jauh -__-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan kalau pergi, tak pernahnya lapar Fizah, macam-macam makanan ada di sajikan hehehe

      Delete
  4. Warisan rumah berusia 200 tahun sis? whaattt... menariknya... boleh tahan kelantan ni kan... hehe... saya tak pernah lagi pergi Kelantan. Banyak lagi negeri tak pergi kat semenanjung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah mengikut kata dalam tu, kita tunggu apa cerita dari mereka pengamal media yang pergi, tak sabar tunggu mereka update..

      Delete
  5. Kali bab Kelantan ni saya hanya pernah ke KB tu pun baru 3 kali rasanya ..pun tak sempat nak ke Tumpat atau tempat lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis baru 2 kali aje ke Kelantan, tapi yang terbaru ikut FAMediatrip tu ler baru betul habis jelajah Kelantannya...

      Delete
  6. Hmm mcm boleh pergi bercuti ke kelantan je nih. Za rs seumur hidup ni pernah jejak 4 kali je tu pun sekejap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah Zaa... best woo Kelantan..macam-macam adaa...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!