FOREST BEAUTY MASK, MENANGI ANUGERAH RAWATAN KULIT TERBAIK 2020

Sis Lin
22
FOREST BEAUTY MASK, MENANGI ANUGERAH RAWATAN KULIT TERBAIK 2020 | Yaa sejujurnya inilah kali pertama Sis mencubanya, dan diperkenalkan dan terus ingin mencuba produk Forest Beauty ni. Sis orangnya memang dah terbiasa dan suka pakai mask sebelum tidur. Banyaklah juga jenama mask yang Sis dah guna dan cuba, tapi belum ada satu pun produk pilihan tetap yang jadi kemestian Sis kena pakai. Sebab itulah, bila ada kawan or sapa-sapa rekemen produk muka yang ada mask, Sis teruja nak mencubanya.

Terkini, Forest Beauty, jenama produk keluaran Taiwan ini dipilih sebagai Anugerah Kesihatan dan Kecantikan Watsons Taiwan. Forest Beauty secara konsisten menjadi produk teratas sebagai salah satu daripada 3 jenama "Authentic Word of Mouth" dalam senarai populariti URCosme. 

Dan terkini, 5 mask muka mereka telah dicalonkan untuk Pure Beauty Global Awards 2020, juga dikenali sebagai "Oscar" Kecantikan Global. Forest Beauty's Pore Minimizing and Oil Control Mask telah memenangi kategori Rawatan Kulit Terbaik. 


Lebih daripada 100 selebriti, pelakon dan pakar kecantikan Taiwan yang menyukai akan keberkesanan, hasil dan kualiti produk penjagaan kulit Forest Beauty ini, dengan memberikan testimoni positif di social media. Dan bila di beri peluang untuk mencubanya, mestilah Sis ko teruja, tak gituu.. siapa aje yang taknak cantikkan..

Antaranya :
  • Forest Beauty Pore Minimizing & Oil Control Mask
  • Edelweiss Long Lasting Hydrating Mask 
  • Royal Jelly Advanced Hydration Mask 
  • 24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask 

Forest Beauty Pore Minimizing & Oil Control Mask 


Ia dirumuskan oleh lima ramuan utama: Lime Pearl AF (ekstrak kapur kaviar dari hutan hujan Australia), SVB fermentasi U (kepekatan tinggi vitamin Bs complex), Miniporyl (ekstrak bunga semanggi merah), Sebocytine (diekstrak dari beri mawar liar, "rosa canina"), dan multi HA.

Formulasi lembut ini dapat mengoptimumkan permukaan kulit yang lebih muda dan lebih sihat dengan cara yang selamat dan berkesan. Ia secara beransur-ansur dapat menghilangkan kulit yang tidak sekata dengan mengelupas kulit secara lembut sambil memperbaikinya pada masa yang sama.

Menggabungkan topeng lembaran dan serum, ia dapat merawat dan mencegah jerawat secara berperingkat dengan mengurangkan jumlah pengeluaran serum. Lebih-lebih lagi, ia dapat memperbaharui epidermis dengan lembut dan menghidrat kulit dengan hanya 15 minit penggunaan.

Edelweiss Long Lasting Hydrating Mask 


Dengan edelweiss organik dari Swiss Alps, bertindak sebagai pelindung kulit untuk melindungi dari pencemaran, tekanan, radikal bebas, menyokong kulit yang sihat dan diisi semula. Ramuan willow organik dapat membantu mengencangkan kulit, mengecilkan pori-pori, memulihkan keanjalan kulit secara progresif, dan menjadikan kulit lebih halus untuk memudahkan solek wajah.

• Sesuai untuk semua jenis kulit.
• Memanjangkan daya tahan solekan.
• Menenangkan dan menyeimbangkan kulit dan minda kita.

Royal Jelly Advanced Hydration Mask 


Royal Jelly Pentapeptide: Peptida ini dimasukkan ke dalam sistem pembawa lembut berdasarkan shea butter untuk memastikan ketersediaan bio dan hasil pertumbuhan semula kulit yang terbaik.
  • Ginseng & Madu: Menyuburkan dan menyeimbangkan untuk menenangkan dan menyegarkan kulit kering atau sensitif .
  • Hyaluronic Acid (Jepun): Meninggalkan kulit berasa kering dan terhidrat.
  • Ekstrak Immortelle Organik: Melembutkan kulit dengan serta-merta dengan kelembapan dan khasiat tahan lama.
  • Ekstrak Kernel Oat Perancis: Struktur biofilm 3D, membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan.

24K Gold and Collagen Wrinkless Eye Mask 


Mengurangkan penampilan kedutan, kaki gagak dan tanda-tanda penuaan untuk kulit yang lebih kencang dan kontur yang lebih sekata. Hanya dalam masa 15 minit, garis-garis kering yang halus kelihatan montok dan sekeliling mata dibiarkan segar dan berseri.
  • Bahan utama: Daun Emas 24K, Asid Hyaluronik, Tripeptida, dan Kolagen.


Untuk kali ni Sis sangat suka dengan Forest Beauty Pore Minimizing & Oil Control Mask ni. Pakai dalam 15 minit, terus rasa wajah tu fresh! Segar je rasa kulit muka. Sepanjang Sis mencuba dan memakainya pun, sebelum dan selepas, tiada alahan atau kegatalan. Memang sangat best!.

Korang kalau nak effect kekal terus nampak 'cantik segar' sepenjang masa, memang idok laa ek, kena laa rajin pakai dan istiqomah. Cuma korang akan dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas walau pertama kali mencubanya. Haaa korang cubalah!.

  • Bebas Parabens & Phthalates
  • Tidak Alergenik
  • Selamat dan Berkesan
  • Ekstrak Tumbuhan Semula jadi
  • Kepekatan Tinggi Formula Aktif

Yang paling pentingnya, Forest Beauty ini di daftarkan GMP / ISO 22716 Disahkan. 

Dan bagi korang yang ingin mencubanya, haaa ini ada special harga potongan sebanyak 5% dengan hanya masukkan promo code FORESTB5 semasa check out nanti ya! Korang boleh dapatkannya secara belian atas talian.

SISTER: reurl.cc/0oyVj9
SHOPEE: reurl.cc/j7YM52
LAZADA: reurl.cc/rxnzgZ

Jangan lupa tau masukkan promo code tu ya!

Like and Follow : Facebook | Instagram 


P/S: Korang ada produk mask lain yang nak rekemen Sis plak? Boleh Sis cuba. 

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Rasa baru tau jenama Forest ni. Lagipun jarang2 dah masuk Watsons. Menang anugerah Watsons Taiwan lagi, hebat! Situ agak strict jugak kalau nak bagi awards bagai ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa sama juga Sis, memang tau tapi tak pernah try...bila dah try, best plak..

      حذف
  2. Suka pakai mask. Muka jadi segar je. Jenama ni tak pernah lagi pakai

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa kena pakai kann, sekurangnya 2 kali dalam seminggu..

      حذف
  3. Ada kat Watsons gak? Yes! Kebetulan memang nak beli barang penjagaan diri kejap lagi - boleh la tambah koleksi mask

    ردحذف
    الردود
    1. Kan kan, kalau ada jual kat watson memang senanglaaa nak cari..

      حذف
  4. makin gojess dan awet muda la sis lin lepas ni..btw cantiknya watermarkkkk

    ردحذف
  5. Best pakai sheet mask. suka yang ada gold dan golden honey.

    ردحذف
  6. Tiba-tiba terasa nak guna mask juga ni.. heee.. boleh terbayang plak rasa sejuk dan segar pakai mask sheet ni

    ردحذف
    الردود
    1. Yerrr time pakai lepas bukak rasa fresh giler kulit, lagi kalau tertido, relax betul heheheh

      حذف
  7. Macam macam type & brand gak mask mcm ni. Rasa sekali dua je pakai mask dlm hidup ni hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yerp..kena cuba, pakai 2 kali seminggu pun boleh...

      حذف
  8. Menarik .. lama dah tak manjakan muka dengan mask. Boleh Sal try nanti. Sebab ada discount tu yang nak kena grab cepat

    ردحذف
    الردود
    1. yaaa ada baucer kode tu, masukkna nona then hanyat, sonang jeee..

      حذف
  9. Wah wah wah... semakin vogue de vass la Sis Lin kita yang dah sedia cun-melecun ni... dah lama jugak tak pakai mask ni... nanti nak try jugalah...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha vouge tu idok lerr, cuma mungjij le kena cuba pakej mahall tu,

      حذف
  10. Patutlah kulit cantik dan awet muda. Rajin pakai mask ye.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe kemestian Ena, kalau tak rasa kulit tu menebal aje..

      حذف
  11. Kita memang pengguna tegar sheet mask tapi pertama kali dengar brand ni. Nanti nak cuba la mana tahu sesuai dengan kulit

    ردحذف
  12. sepertinya boleh dicoba perawatan wajah ini. Terima kasih Kak

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!