JOM NIKMATI MAKAN MALAM DI DOUBLETREE by HILTON JOHOR BAHRU HANYA RM66 SAHAJA!

Sis Lin
17
JOM NIKMATI MAKAN MALAM DI DOUBLETREE by HILTON JOHOR BAHRU HANYA RM66 SAHAJA! | Post makan lagi... Asyik kerjanya makan aje kan Sis Lin ni, update pun pasal makan aje.. tapi ada aku kesah! Benda sedap kita kongsikan bersama, ye dakk?..

Kalau sebelum ni kita makan buffet aje kan, so kali ni kita makan malam dalam suasana norma baharu. Maksudnya kita datang makan dan kita tak perlu ke sana ke sini mengambil makanan dah. Tapi kita hanya duduk, baca menu, pilih menu kemudian kita order. Lebih santai kalau bagi Sis tau, sebab kita duduklah berborak sambil makan tanpa kesah nak bangun duduk amik makanan. 

Dan bagi korang yang pernah dan memang tau akan citarasa dan kesedapannya menu masakan di Makan Kitchen, kali ini mereka mempersembahkan malam malam bertemakan Epicurean Journey di Makan Kitchen DoubleTree by Hilton Johor Bahru.

Hanya RM66nett sahaja, korang boleh nikmati hampir lebih dari 30 menu sedia ada dan yang paling bestnya, setiap kali korang buat tempahan meja, korang akan dapat PERCUMA Seafood Sampler dalam satu resit, jika tak cukup, korang add on dan bayar dengan harga RM65 hokay!.

So berbaloi tak? bayar RM66 free seafood sampler then makan sepuasnya!!
Berbaloi sangat kann.
Apalagi, jom nengok menu apa yang Sis makan malam tu..

Seafood Sampler


Haa inilah dia Seafood Sampler yang Sis bagitau tu, korang duduk aje makan, mereka akan terus serve korang seafood sampler ni. Mula tu memang terkejut juga laaa, sekali datangnya mak aiii banyaknya, segar-segar makanan laut yang di hidangkan, sangat berbaloi. Ianya di datangkan bersama 4 jenis sos.

Untuk main coursenya pulak, ada pelbagai citarasa makanan dari Makan Kitchen, contohnya, Malay Kitchen, Indian kitchen, Chinese Kitchen dan juga beraneka jenis pencuci mulut termasuk minuman panas dan juga sejuk.

Pada malam yang Sis makan tu, hanya berdua aje, so memang kami takde laa order banyak sangat, sekadar memenuhi ruang perut aje, makanya tak lee banyak sangat gambar yang dapat Sis amik. Lain kalau korang datang ramai, haaa boleh order bebanyak, amik gambar pun meriah ler, tapi ingat, janji membazir plak ya..

Sup Ekor

Laksa Johor

Daging Rusuk Belado

Malay Kitchen 
- Sup Ekor
- 1/2 Dozen Satay
- Kambing Pudina
- Daging Rusuk Belado
- Oxtail Assam Pedas
- Laksa Johor

Pilihan Sis semestinya laaa Laksa Johor dan juga Sataynya. Memang sedap! Daging rusuk berlado tu pun, Sis dah pernah makan sewaktu Ramadhan Chup Makan Dulu Delivery tu, dagingnya lembut dan sangat rasa rempah perap berladonya. Korang cubalah.

Spageti Carbonara

Indian Kitchen
- Chettinad Crab Rasam
- Chicken Tandoori
- Kerala Fish Curry
- Chef Venga's Briyani
- lamb Chuka Varuval
- lamb Khema
- Sakura White Rice
- Spageti Carbonara

Untuk hidangan Indian Kitchen ni, Sis sempat order dan makan Spageti Carbonara aje, ada juga kawan sorang lagi order Lamb Khema, tapi adusss lupa plak amik gambonya hahahaa.. tapi spageti carbonara dia sedap wooo...try ler..

Steam Dim Sum

Double Boiled Chicken Soup

Char Kuey Tiaw

Chinese Kitchen 
- Double Boiled Chicken Soup
- Steam Dim Sum
- Fried Dim Sum
- Roasted Duck Pancake
- Butter Milk Prawn
- Chicken Kung pao
- Steamed Fish of the Day
- Char Kuey Tiaw
- Fish Tempura & Fries
- Fries Rice

Yang ini kan kalau boleh semua Sis nak order dan makan, tapi apakan daya, perut hanya satu ruang. Menu Chinese Kitchennya memang terbaekkk! Semua penuhi citarasa tekak melayu Sis termasuk lerr rasa soup double boiled chicken soup tu haaa.. Dim Sum dia pun boleh tahan. Kalau korang datang sini, try laa makan semua kalau boleh muat perut tu hehehe..

Burn Cheese Cake

Assorted Cakes

Passion Banana Verrine

Dessert Island Counter
- Ice Cream Puff
- Peanut Butter Tiramisu with Biscotti
- Burn Cheese Cake
- Toffee Chocolate Tart
- Bread Pudding
- Hot Waffle
- Ice Kacang
- Ice Creams
- Sweet Corn Caramel
- Mango Puding
- Passion Banana Verrine
- Assorted Fresh Fruit Plater

Korang nampak apa pilihan utama Sis kalau makan desserts ni? Hahahah yaaa semestinya laa Burn Cheese Cake tu, perghhhh ingat biasa-biasa aje, sekali rasa, wowww sangat luar biasa woo... sedap kemain! Pakkal lee dah kenyang, kalau tak, memang mintak sepinggan lagi hahahaha..


Tu je ler yang sempat dan dapat Sis makan, nak order lagi semata nak amik gambar, maaflah memang tak dapat, perut dah tak muat, kang membazir aje kan..

Dan bagi sesiapa yang menjalanlan tugas kerjaya sebagai 'Frontliners', korang layak nikmati diskaun sebanyak 50% (pembelian bermula dari 15th - 30 June). *terma & syarat.

Makan Kitchen Epicurean Journey 
Bermula dari jam 6.30pm - 10.30pm
Setiap hari Isnin - Ahad.
Harga RM66nett/pax

Korang datang dan cubalah sendiri, pasti puashati! Lagi ramai korang ajak makan, lagi meriah menu satu meja. Macam Sis makan berdua aje, so order makan mana yang mampu makan aje.
Ingat! Jangan membazir!!

So apalagi, ajak lee satu kampung ya!! Sempena ulang tahun ke-6 Makan Kitchen, percuma untuk mereka yang ke-6 dalam satu resit. (Macam buy 5 free 1 gitu laa)..

Buat pesanan korang sekarang!
☎️ 07 268 6868
🔗 eatdrinkhilton.com/makan-kitchen-doubletreejb

Facebook | Instagram | Website


P/S: kalau korang nak stay sini pun dah boleh, tapi buat tempahan awal ya. 

إرسال تعليق

17تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang berbaloi2 ni, tentu Lin sapu perut lepas makan tu kan

    ردحذف
  2. Wahhh berbaloi makan kat sini. RM66 je. Berpatutan juga sebab banyak pilihan makanan kan. Tak sabar nak bercuti ke Johor nak cuba makanan best terutama kat sini.

    ردحذف
  3. wahhh meriahnya menu.. sume nmpk sedap! harga pon ok..

    ردحذف
  4. banyak betul pilihan makanan. boleh buat orang rambang mata nak order yang mana. nampak sedap pulak tu semua sekali.

    ردحذف
  5. owh dugaan apakah ini, berbaloi kot bayar rm66 dapat semua hidangan ni. sedapnya tengok semua menu tu, terliur kita.

    ردحذف
  6. Berbaloinya bayar RM66 dapat banyak macam ni. Jimat gila gila!

    ردحذف
  7. lorrr yang 50% Frontliners tu da tak sempat diorang nak beli ha..da habis tarikh dah pun...

    ردحذف
  8. Nampak sedap. Berbaloi dengan bayaran kalau makanan best, pilihan banyak

    ردحذف
  9. RM66 je kat DoubleTree? Macam tak caya je nie Sis Lin. I harap dia lanjutkan ke KL sekali hehehe

    ردحذف
  10. Ya amlun.. Sedpnya sis.. Semua maknn nampak segar seafoodnya tu.. Dessertnya pulak memng mengancam ye.. Murah ler rm66.

    ردحذف
  11. Ya Allah kita nampak gambar ikan salmon tu pon dah kecur air liur. Uwaaaa nk merasa jugak. Murah sangat nie tawarannya utk mkn di tempat sebegitu. Rugi x grab

    ردحذف
  12. Murahla makan malam yg ditawarkan. Mmg sangt berbalou dan semuanya nampak menyelerakan

    ردحذف
  13. oh wow I want to have the affordable buffet at there. all the food look delicious and fresh. so yummy ya

    ردحذف
  14. RM66 untuk rasa lebih 30 menu tu memang berbaloi. Makanan hotel mana mungkin tak sedap kan.

    ردحذف
  15. Nampak menarik daging rusuk berlado tue.. Kena cuba nie kalu turun sana.. Menu2 lain pun nmpk sedap dan menarik..

    ردحذف
  16. Wow semua best and sedap, plus price pun reasonable. I love sashimi.

    ردحذف
  17. Pergh....murah giler ..terus rasa nak pi bercuti kat Johor

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!