KARI IKAN MAMAK STYLE TANPA SANTAN TAPI SEDAP | Yaaa kalau dah nama Mamak Style, sememangnya laaa karinya masak tanpa santan. Hanya guna air asam dan asam keping sahaja, tapi rempah kena kaw-kaw punya sedap.
Sepanjang berumahtangga, Sis tak pernah lagi guna rempah kari lain kecuali Babas. Pernah lee sekali dua guna, itu pun sebab masak kat rumah Emak, tapi kalau rumah Sis, memang guna Babas. Tak tau ler kenapa, rasa kuah dia tu lain macam antara dua tu. Ke Sis sorang aje tekak macamtu? Entah...
Ikutlah selera tekak memasing kan, ada yang tak suka style mamak gini, nak juga letak santan. Tapi menu ni atas permintaan Suami, so Sis masak aje le apa yang dia suruh. Yang gelihatinya, Suami siap google resepi mencari resepi Kari Ikan Mamak Style ni, hahahaha...pepagi terjerit panggil, ingat ke nak apa, sekali tunjuk kat handphone resepi Kari Ikan Mamak Style ni.. gigih betul!.
Ikannya pulak adalah ikan hasil pancingan Suami Sabtu lepas. Memancing sengsorang pun menjadi ajer, yeee last minit kawannya tak dapat join, nak taknak hilang gian, pergi juga dia seorang. Sis nak ikut, kata Suami takut mabuk, kang menyusahkan aje nak pusing balik hahahaha..
Ikan apa? Ikan tebal pipi. Kenapa panggil ikan tebal pipi? Korang ada nampak tak kat kepala dia bahagian tepi pipi dia tu? Haaa ada nampakkan tulang tebal sekeping tu? Yaaa itulah sebabnya di panggil ikan tebal pipi, ikannya ada tulang tebal di pipinya kiri dan kanan hehehe.. Tu kalau di pakaikan blusher, mesti comelkan hahahaha..
Untuk resepi ni, Sis ikut ler resepi yang Suami google tu jer. Sis copy paste dan edit mana perlu aje laa ya.. Ajomm nengok resepi..
RESEPI KARI IKAN STYLE MAMAK
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan (Sis guna Ikan Tebal Pipi sekor besar, anggaran ada 6 keping)
1 labu bawang besar
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan Babas
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa
Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering
Bendi secukupnya (jika suka)
Cara Memasaknya :
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum. Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari. Tumis hingga harum dan bawang garing. Bila dah garing masukkan bahan kisar. Masak lagi hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili. Masak hingga cili benar-benar garing
Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa. Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit. Kemudian tambahkan air.
Biarkan ia merenih sebentar. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh. Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.
Biarkan mendidih sekejap, tutup api dan sedia hidang.
So apalagi, selamat mencuba..
P/S: Harini Suami kata dapur OFF.. so harini kita rehat lalalala..

alahaiiii menggegar tekak betul ni sis. kita lapau
ReplyDeleteHahahaha apalagi, jom le masak!
Deleteso kalo pipi gemuk pun boleh panggil ikan kerapu lah..ehhh hahahahahha
ReplyDeleteBukan kerapu laaa, Ikan Tebal Pipi, tu kalau ko, Ikan Buntal hahahahaha
DeleteAlahai sedapnya.. Kami pun kari hari ni, tapi kari ayam. Tu pun alahai cairnya. Tak macam kari u,, menawan mabelessss gittu nampaknya
ReplyDeletesedapnya !! rindu nak makan kari arwah tok..
ReplyDeletesendiri masak banyak kali pun tak jadi2 macam tu..
letak santan n x letak ni ikut mood..
dedua cheqqqq suka =D
Memang nampak sedap
ReplyDeleteApatah lagi ikan2 terpilih macam tu