KETIKA UJIAN ITU DATANG MENGUSIK

Sis Lin
0
KETIKA UJIAN ITU DATANG MENGUSIK | Penulisan ini hanya semata luahan dari apa yang Sis rasa dan lalui, just sharing kepada semua, betapa sakitnya ujian itu ketika kita belum redha untuk menerima ujian dariNya. Semua orang akan berkata, 'Allah tidak akan menguji hambanya, sekiranya Allah itu tau sesaorang itu kuat untuk menghadapi ujianNya'..apa benar kata-kata itu?..

Yaaa... Ada ketikanya kita lupa minta pada Allah agar diberikan kesenangan dan kebahagian berpanjangan, tapi kita selalu mohon moga Allah beri cukup seadaanya dan memadai dengan apa yang ada, tapi ketika ujian itu datang, ketika itulah kita ingat dan hati membisik mengadu pada Allah, 'Kenapa Aku? Kenapa Engkau datangkan kebahagiaan itu sementara?', dan siang malam menadah tangan meminta agar Allah permudahkan semua..

Setiap daripada kita pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Apa yang Sis hadapi, mungkin korang tak pernah dan tak akan pernah hadapinya. Dan apa yang sedang orang lain hadapi, mungkin Sis tak pernah dan tak akan hadapinya.

Allah dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan APA yang kita mampu. Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan tinggi mana kemampuan kita boleh handle ujian itu. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya PASTI dan PASTI kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi.

Sis Percaya akan satu hal, you never know how strong you are, until being strong is the ONLY choice you have.

 Tapi Sis tak kata Sis kuat, cuma hingga ke hari ini, Sis masih dan tetap akan kuat dan mampu tersenyum di celah-celah semua orang dan berdepan dengan semua orang walau jauh di sudut hati ini sentiasa memikirkan sampai bilakah ianya akan berakhir dan sampai jauh mana lagi Allah akan uji aku sebegini..

Dan ada ketikanya, Sis memang tak mampu. Dan, ada masa Sis rasa macam nak pergi jauh, tinggalkan semua orang, dan ketika syaitan itu membisik, ada ketikanya rasa macam nak mencederakan diri sebab tak tahan dengan semuanya yang membelengu diri. Serius, ketika itu Sis memang tak mampu..itulah salah satu punca kekadang darah naik hingga stress tahap tak boleh nak kawal..

Tapi... Sis pandang wajah Suami, pandang wajah anak-anak, betapa indahnya 'rezki' yang Allah dah berikan selama ini.. merekalah kekuatan Sis..

Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kita fikir tak mampu, selamanya kita tak akan mampu dan tak akan boleh hadapi. Tetapi kalau kita fikir mampu, selamanya kita akan mampu dan boleh menghadapinya.

Setiap hari, setiap detik sehingga kini, Sis perbanyakkan istighfar, banyakkan berzikir, ceriakan wajah  dengan senyuman, walaupun diri sendiri tak tau hala tuju ujian itu, dan paling penting banyakkan berdoa... tapi Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi DOA kepada Allah.

Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan ‘permintaan’ kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu. Naudzubillah! Sis kena kuat!

Sebab itu, penting untuk kita bersangka baik kepada Allah dan diri sendiri. Kita semua mampu hadapi setiap ujian yang Allah berikan, cuma tinggal lagi pada diri kita untuk uruskan mindset macam mana aja.

Betul, memang easier said than done.

Cakap memang mudah, nak buatnya susah. Menelan kepahitan tanpa bermasam muka dan Sabar meninggalkan keluhan..itulah Sis hadapinya sekarang..


Sis selalu fikir, jika bersabar, maka Allah akan menaikkan darjat kita di sisiNya. Darjat ini tak akan nampak pada mata kasar. Tetapi kesannya boleh dilihat dengan mata dan wajah. Banyak menangis, mata akan bengkak, terlalu stress, muka jadi kusam, di tambah datang plak penyakit lain.

Ketika ada masanya rasa nak menjerit, yaa nak jerit 'kenapa aku? kenapa aku?' ..

Yakin di dalam hati, bahawa setiap ujian daripada Allah adalah untuk menguatkan lagi iman dan nak menghapuskan segala dosa-dosa kita. Dan Allah hanya menguji bergantung pada sekuat mana iman kita. Tidak lebih, dan tidak kurang.

Allah nak melihat (walaupun Allah Maha Mengetahui dan sudah tahu apa akan berlaku) sejauh mana kesungguhan kita untuk taat perintah Allah dan menjauhi larangan Allah! Dan dalam masa yang sama, Allah menguji supaya kita dapat tahan lasak, tahan emosi untuk hadapi dan perbaiki kelemahan diri kita.

Jangan cuba membanding-bandingkan ujian kita dengan orang lain. Ketahuilah, Allah menguji setiap orang BERBEZA-BEZA.

Sebab apa?

Sebab kemampuan setiap orang berlainan. Ujian yang dilalui adalah sesuai dengan kemampuan orang itu. Allah tidak akan beri ujian secara ‘pukul rata’.

Dan yang penting sekali bagi Sis...

Jangan cuba melarikan diri daripada masalah. Hadapi, dan berusaha untuk selesaikan walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Atau mungkin mengambil masa seumur hidup. Yang penting, hadapinya, jangan putus asa. Putus asa bukan satu pilihan. Semakin kita lari daripada masalah, semakin besar masalah itu mengejar kita.

Ada orang cuba lari daripada masalah dengan harapan hati akan tenang. Ketahuilah, kalau tenang pun, ia cuma sementara saja. Hakikatnya, kita tak boleh menipu diri sendiri.

Buat jiwa, hati dan naluri Sis yang saat ini sedang diuji dan merasa ujian tersebut berat, tetaplah bersabar dan yakin aja bahawa ujian tersebut adalah cara Tuhan memperkuat kau wahai Sis Lin. Selalulah bersyukur dan bersabar dengan apa yang ada di hidup, kerana itu akan membuat diri lebih senantiasa bahagia.

Sehingga nafas terakhir aku pun, aku takkan maafkan kau selamanya wahai Jal** Ahmad@Omar.. tak akan! Posting ini sebagai saksi tiada maaf bagimu selamanya. Dan perlu ingat satu perkara...akan jadi satu hari nanti, segalanya akan aku bongkar di sini dan akan ku ceritakan segalanya apa yang telah kau buat kepada aku dan keluargaku di belakangku, agar semua tau dan jadikan pengajaran.

Mungkin itu yang kau nak kan, so tunggu, one day aku akan viralkan kau..


P/S: Moga Allah pelihara diriku dan keluargaku dari gangguan manusia bertopengkan syaitan!!..

إرسال تعليق

0تعليقات

لا يسمح بالتعليقات الجديدة.*

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!