LEBIH DARI 60 JENIS AISKRIM YANG BOLEH KORANG NIKMATI DI INSIDE SCOOP!

Sis Lin
18
LEBIH DARI 60 JENIS AISKRIM YANG BOLEH KORANG NIKMATI DI INSIDE SCOOP! | Yaaa betul, tarak tipu punya, mengikut kata mereka, ada lebih 60 jenis aiskrim yang di sediakan di kedai aiskrim mereka yang di beri nama Inside Scoop ini mengikut pusingan penukaran bergilir setiap minggu.

Maksudnya, bukanlah sekali 60 jenis tu korang boleh nikmati dalam satu masa, tapi setiap hari hanya 20 jenis sahaja, dan jenis-jenis itu akan bertukar setiap minggu, means setiap minggu jenis aiskrim tu berbezalah, haaa gitu...

Contoh, kalau minggu haritu Sis makan aiskrim durian D24, so mungkin masa korang datang minggu depannya, aiskrim D24 tu tak ada, atau datang esoknya ke, sebab mereka memang akan bertukar perisa aiskrimnya secara bergilir. Kalau korang nak cuba semuanya, haaa korang datang laaa setiap hari yer hahahaha..

Dan lagi satu Inside Scoop di Johor ni adalah cawangan ke 25 dan yang pertama di Johor secara rasminya. Sebab tu teruja sikit nak pergi hehehe.




Inside Scoop ni terletak di Taman Mount Austin berdekatan betul dengan Taman Tema Austin Heights Water & Adventure Park tu haaa. Bila Sunah mengajak Sis menemani dia ke sini, kami tau le nak tujunya, tak susah mana pun mencari kedainya. Dari Ikea selesai kami makan tengah hari, terus kami ke sini, guna waze aje pasti sampai.

Kedainya memang cute aje, ada signboard Inside Scoop depan kedai dan warna kedainya dari jauh korang dah nampak hehehehe. Masa kami sampai, memang ngam le dengan cuaca panasnya, dan kehausan, so ini laaa masanya untuk kami makan aiskrim, tengok je semua iaskrimnya dah terliur hahahaha.

Sebelum masuk kedai, sila maklum laaa ye, masih mengamalkan SOP dan kena patuhi arahan yang tersedia. #KitaJagaKita #StaySafe dan amalkan social distancing ya.




Korang kena order dulu nak makan aiskrim apa di kaunter depan, kemudian bayar, then masuk dalam kalau korang nak makan di situ, jika tak, korang boleh tunggu aje di luar sementara mereka siapkan. Banyak ruang tempat duduk dan tempatnya pun instagrammable gak untuk korang yang suka bergambar.

Sebab kami pestime datang sini, so kami minta aje rekemen aiskrim paling sedap dan jadi pilihan ramai pengunjung datang sini. Dan mereka cadangkan aiskrim durian D24 juga aiskrim cokelat tu (lupa laa nama dia), dan satu lagi Sis amik perisa Mint. Yaa kesukaan Sis kalau makan aiskrim, suka makan perisa mint.

Di Inside Scoop ni pun bukan kata menjual aiskrima je, kek pun ada. Ada kek Ferrore Rocher ko, mesti sedapkan! Harga kalau mahal pun berbaloi le dengan lapisan kek di dalamnya, tak caya nanti korang boleh jenguk dalam peti aias di depan kaunter sana.




Haa tu haa aiskrim cokelat tu, Sis lupa namanya, korang tunggu Sunah datang komen di bawah ya hahahaha. Tapi memang pekat likat rasanya, tapi tekak Sis tak boleh nak makan banyak, Sunah aje perabiskannya. Sis lebih suka aiskrim mint dia tu haa, segar giler tekak bila makan.

Aiskrim durian dia jangan cakap lerr, dah kata D24 kan, so ko ngase? Mesti laaa sedap oii, rasa durian dia tu, perghh hilang terus rasa kesedapan aiskrim mint Sis ko dalam mulut hahahaha..adeiiii korang kena cuba!..

Dan lagi satu menu yang mesti korang cuba adalah, Apam Balik Waffle, memang waffle dia terbaekkk arr, lembut dan sedap! untuk topping aiskrim tu korang boleh pilih, cuma kami ni 'manja' masa tu, kami suruh je dia buatkan pilihan aiskrim mana yang sedap. Dan di berinya kami aiskrim perasa ferrero rocher dan juga caramel, haa gitulaaa.. Dan ternyata kombinasinya memang sedap! Sunah yang habiskan juga hahahaha..




Oh! Yaa di sini bukan aje aiskrim ada jual, tapi juga minuman, ye laa banyak nau makan aiskrim, sampai kehausan Sis ko, so Sis order air coffee Americano ice hehehehe..ada juga pilihan minuman lain, ikutlah suka korang.

Dan masa nak balik, kami tapau pulak aiskrim dalam cone waffle tu haa, uitt besar ookay cone dia tu, boleh share dua orang kalau korang tak berapa pemakan. Tapi Sunah habiskan juga sorang kakakakah. Pilihan aiskrim kali ni, Sunah amik cendol dan vanilla. Memang agak manis oi perisa cendol tu, tapi still sedap.

So korang kalau nak pergi, pergi jangan kenyang sangat, kang kenyang tak boleh makan plak semuanya. Walaupun ianya aiskrim tapi kalau dah 3 atau 4 scoop ko bedal, mau kenyang gak oii hahahaha.. lagi kalau makan waffle tu juga, perghhh lembut dan sedap!.


Haaa ookay tu bukti Sis dah sampai sini hokay hahahaha., Sis sudah, korang bila lagi? Oh! Ya, kalau korang nak beli bawa balik pun ada, ada bekas khas di sediakan beserta dengan bag kedap sejuk, tapi boleh bertahan selama 30 minit aje beku, lebih dari tu, aiskrimnya akan cair.

Promosi Promosi!! 
Bermula 9 hingga 11 Julai 2020 ni, ada promosi hanya RM5 one scoop sahaja (harga biasa RM10.20). Dari jam 5 hingga 9pm *Limited to TWO scoops per person.

Apalagi, ajommm le kita!!

Inside Scoop Mount Austin, JB
Scooping hours: 12pm - 10pm (everyday)
Location: No 41, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100, Johor Bahru, Johor
Call at: 07-3571733

Facebook | Instagram 


P/S: Mesti ada yang kata mahalnya.... ermmm ko pergi cuba dulu baru tau kenapa mahal aiskrimnya yek.. 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kawasan ni memang banyak kedai best2, kan. Dulu, Iman kat area nilah tuisyen dari sek ren sampai masuk menengah, kiranya mmg dia mmbesar sejak kawasan ni dibangunkan dan di sinilah tempat kitorg lepak tiap hujung minggu cuma dulu tak ada kedai aiskrim ni, kalau adaaaaaaa...

    Lin sama dgn Iman la, suka sangat ais krim mint, akk tak minat sbb rasa mcm mkn ubat gigi, hihi

    ردحذف
  2. Valrhona Chocolate..hahaha, sedap dan tak terlalu manis...aku sukaaa..eh hari ni ek start promo tu, ajom woiiiii

    ردحذف
  3. Wow. We are pampered with choices!!! Lately I have been having sweet tooth, bought and tried few ice-cream.

    ردحذف
  4. I love inside scoop ice cream too. The texture is so smooth and the flavours are so variety. Ice cream makes me happy. Thank you for sharing your review on inside scoop.

    ردحذف
  5. Ok. Weekend nie Rawlins nak try yang ada kat area rumah Rawlins la. Makan dengan waffle sedapnya tu.

    ردحذف
  6. Alaaaa sedapnya Inside Scoop. Dulu selalu gak makan sebab sedap giler aiskrim ni. Walaupun harga agak tinggi tapi berbaloi dengan rasa.

    ردحذف
  7. lawa la kedai ni, banyak pilihan ice cream plak tu. and ada my fave, waffle!!!

    ردحذف
  8. Ramai cakap sedap aiskrim ni. Tak pernah cuba lagi tapi tengok review yang lain. Menarik

    ردحذف
  9. tak dan nak merasa lagi. nampak aiskrim dia sedap. thanks sis habaq :)

    ردحذف
  10. 60 jenis? banyaknya sis... bestnya tempat ni sis... bersih, luas dan cantik...saya suka lepak tempat tempat macam ni...taknak ke buka cawangan ke west Malaysia ni... ekekekeke...

    ردحذف
  11. cantiknya tempat dia memang boleh bergambar sakan dekat sini. Happynya kalau dapat makan waffle aiskrim dia!!

    ردحذف
  12. banyaknya perasa aiskrim dia.. best best2 semuanya

    ردحذف
  13. Banyak betul 60 jenis aiskrim dkt Inside Scopp ni. Tengok menarik jugak. Pekena dengan waffles pon ok. Nanti cheatday nak try la. Alang2 dkt rawang ni ada nampak branch dia

    ردحذف
  14. banyaknya perisa dia. sebelum ni selalu makan aiskrim dkt baskin robbins je. bolehlah lepas ni terjah inside scopop pulak.

    ردحذف
  15. Dah lama teringin nak try inside scoop ni finally ada juga dekat jb

    ردحذف
  16. AM mmg peminat aiskrim. Nak nak kalu yg ada pilihan jenis aiskrim cone nie.. Boleh la AM cuba inside scoop nie pulak..

    ردحذف
  17. Menarik ni. Kat KL tak ada ke? Jauh benar nak g hihi tapi klu ke JB nak gak cari. Suka aia krim n waffle.

    ردحذف
  18. oo kat johor bharu ya ni. menarik ni. penuh dengan aiskrim

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!