LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2020 | YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 dalam sidang media di Kuching pada akhir rangka lawatan kerjanya ke Sarawak baru-baru ini.
Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tema ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
'Prihatin' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia
4 aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu :
Sibu turut diumumkan sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini.
P/S: Moga Malaysia terus terpelihara dari ancaman wabak Covid-19! Aaamiinn..

- Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara (9 Julai - 16 September)
- Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (28 Julai)
- Sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Sambutan Hari Malaysia (16 September)
Sibu turut diumumkan sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini.
P/S: Moga Malaysia terus terpelihara dari ancaman wabak Covid-19! Aaamiinn..
Kita sambut hari kebangsaan tahun ni dalam norma baharulah nampaknya
ردحذفIyerr Wak... moga semuanya dalam keadaan terkawal...
حذفbentuk hati bersatu hati :)
ردحذفYerr siap ada bunga raya tu di hujungnya....
حذفKalau ada pun dalam keadaan norma baharu kann...
ردحذفcomelnyaaa logo tahun ni.. macam membawa seribu makna dengan temanya.
ردحذفkena dengan ujian dan dugaan kita tahun ni..
#MalaysiaPrihatin..
Kan kan ada bunga raya juga di situ kann...
حذف