PETUA HIDUP TENANG

Sis Lin
4
PETUA HIDUP TENANG | Pagi-pagi bukak facebook ternampak seorang kawan share di wallnya mengenai Petua Hidup Tenang ni. Sis baca dan Sis renung, yaa petua paling mudah yang kita boleh amalkan.

Kalau Sis nak hidup tenang mudah ajer, TIDUR ... tenang dan hilang segala masaalah bila tidur. Tak kiralah tengah marah, lapar, atau ada apa je laa masaalah atau sakit hati pada orang, Sis cuba akan menidurkan diri. Itu memang Sis buat dari dulu hingga sekarang.

Dan dalam kesemua petua di bawah ini, paling mudah kita amalkan dan dapat kesannya, Sis suka dan memang selalu buat, no 11 tu.

Yup..ko nak tenang, bahagia? Happykan diri sendiri dulu, baru keliling ko juga akan bahagia sama. Jangan asyik nak jaga hati orang, diri sendiri merana. Penat macamtu kan! Tak percaya? Silalah buat. Orang suka ke tak ke kat kita, pedulikan, kita jaga diri kita, kita buat hal kita, happykan diri kita, pasti bahagia tu datang..

Cuma... jangan kau bahagia atas penderitaan orang lain, hidup kau takkan tenang selamanya, nak ke sana ke sini pun, rasa macam orang buat salah besar, serba tak kena kann? Dan kau takkan tenang selagi orang yang kau sakiti itu tidak maafkan kau..ingat tu!..


Petua Hidup Tenang .

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka. Dulunya berbasikal, bermotor, berkereta buruk sekarang berkereta Mewah.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, herdik, tengking,****senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta orang bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.


UTAMAKAN maksud ayat ini

Ø£َÙ„َا بِØ°ِÙƒْرِ اللَّÙ‡ِ تَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ الْÙ‚ُÙ„ُوبُ
“Hanya dengan mengingatku (Allah) hati akan menjadi tenang”. (QS. Ar-Ro’d : 28)

#SisSharing .. Sharing is Caring....
Moga bermanafaat..


P/S: Bahagia dari penderitaan orang lain, kau ingat hidup tenang? Kifarah! Allah bayar CASH aje nanti.. tunggu.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ketenagnan di dalam diri kita letaknya di hati
    mata, telinga dan mulut hanyalah perantara sahaja.

    ReplyDelete
  2. PC percaya ketenangan itu nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.Setiap orang ada cara masing-masing mencari dan mendapatkan ketenangan itu dengan syarat tidak mencari ketenangan dengan merosakkan ketenangan orang lain.

    ReplyDelete
  3. betul tu, jangan harapkan orang lain untuk gembirakan kita...

    ReplyDelete
  4. Menarik kesemua petua itu. sebagai emak emak dah berusia ini saya akui ketenangan dan kebahagiaan itu dihati kita sendiri. Jangan harap org lain nak bahagiakan kita plus banyakkan menghampiri diri dgn Allah swt. spt membaca AlQuran, baca tafsir dan faham maksudnya disusuli dgn amalan yg baik. Islam is the way of life. sungguh bahagia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!