SAMBUT BIRTHDAY GENG BAS SEKOLAH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
32
SAMBUT BIRTHDAY GENG BAS SEKOLAH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL  | Akhirnya berjaya juga majlisnya, bila last minit plan, semuanya menjadi, cuba kalau ko dah plan awal-awal berbulan-bulan lamanya, memang tak jadi punya kan kan kan..

Kali ni cukup semuanya geng bas sekolah Sis walaupun ada juga yang takde. Tapi takde tu sebab jauh di mata dekat di hati tinggalnya. Yang sorang, Juwita, ada di Kuala Lumpur, bizi dengan Cafe Kopitiam dia, yang Haslinwati pulak, ada di Mecca Arab Saudi sana, nun jauh di Tanah Suci Mekah, tapi tetap dalam ingatan dan ada kiriman dari mereka berdua untuk besday boy dan besday girl semua.

Yup kali ni kami sepakat nak sambut terus birthday sekali gus, dari bulan Januari sampai ke bulan June, senangkan, beli sebiji kek aje dah, makanlah reramai. Dan kami sebulat suara gak nak celebrate makan malam di Renaissance Johor Bahru Hotel di Cafe BLD mereka. Ni pun Sis yang rekemen, ajak mereka makan malam dengan hanya RM 58 sahaja, sebab Sis dah review makan sebelum ni di sini, memang makan sampai puas, ye puas bukan buas ya! hahaha..

Korang boleh baca di sini >>> Makan Tengah Hari Dan Malam Hanya RM58 Sahaja !

Ingat boleh dapat ke makan di hotel taraf 5 bintang dengan harga RM 58 tu, hehehe sebab tu le bila ada peluang ni, jangan lepaskan. Promosi dia pun masih lagi berlangsung sehingga 31 Ogos 2020 tak silap, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan).

Dari Kiri : Ima, Kak Sue, Lily, Cha dan Sis Lin

Inilah antara bunga-bunga (gegirl) yang ada dalam group geng bas sekolah kami, tak termasuk Juwita dan Haslinwati, dan ada sorang lagi, isterinya Jeff. Pun turut sama jadi ahli group kami yang masuk air ni hahahaha cuma malam tu dia tak join, Jeff datang sorang aje.

Bila kata nak makan malam di hotel, kemain mereka ni semua oii, sampai beli baju baru memasing, ehemm termasuk gak le Sis ko, nasib baik Suami nak layan hahahaha. Alaa simple-simple aje laa kami semua ni, takde le kata nak blink-blink gabai, dah tua oii... mampus kang kena jeling dek Laki memasing hahahaha.

Berdiri Dari Kiri: Anak Kak Sue, Izam, Anak Kak Sue, Jeff. Duduk Dari Kiri: Suami Ima & Suami Sis Lin

Sebab apa kata nanti Suami jeling haaa nengokk, kami bawa Suami hohoho, sporting giler Suami kami semua malam tu, memasing turut sama juga menemani isteri memasing. Yang bestnya, bila kami semua bergurau gelak macam nak pecah pinggan, ehhh yang Suami ni pun sama gak tumpang sekaki gelak dan buat lawak, bertambah riuh dalam bilik makan tu hahahaha...nasib baik tak kena halau oii..

Tapi okay laa kan, kami semua memang kemana pergi, atau apa je event, memang semua bawa Suami, takde nak sorok-sorok Suami oii, lagi selamat bila Suami ikut. Yang takde Suami pula, mesti bawa anak memasing teman, jarang sangat kami semua keluar seorang gitu laa, kecuali memang kami pakat jumpa siang hari, barulah kami keluar sendiri, sebab Suami memasing kerja.



Inilah birthday girl dan birthday boy sepanjang bulan Januari hingga June. Yang takde di sini hanya Juwita dan Haslin aje laa, dan kebetulan ketika kami pergi ni pada 28/6/2020, betul hari tu genap 44tahun birthdaynya Eizam. So memang betul-betul sambut kena pada hari kejadian laaa..

Tu yang dia excited sangat, sampai dapat surprise dari Haslin di Mekah, dapat sejambak ayam goreng dan cokelat brownies untuknya. Memang Sis tau dah plan Haslin tu, sebab Sis nak stanby kamera video hehehe.. Yang lelain semua tak tau..menjadi gak surprisenya hehehe.

Yang kelakarnya sampai kami gelak macam nak pecah perut, si birthday boy ni buat hal, excited punya hal, sampai kasut dia tanggal tapaknya hahahahaha...dah le kasut tu dia kata beli jenama Zain Saidin (Laki Che Ta) katanya, habis tanggal ko!.. hapooo le memahal beli tapi sampai tapak tanggal oiii...hahahahaha...


Kalau korang tengok videonya, memang gelak semalam lee tak tido adoiii, mana yang tetiba jadi pakinson, macam-macam hal.. tapi tak kowser nak upload videonya sini hahahahaha...bior le jadi kenangan kami bersama ...

Untuk korang semua, happy belated day buat Juwita, Cha, Kak Sue, Haslin dan Iezam, Sis doakan moga persahatan kita kekal kasih sayangnya, jujur, amanah, dan bahagia hingga ke Jannah. Sis sayang korang semua!.. Dan untuk geng-geng yang lain juga, Ima, Jeff, Cik Yan dan arwah Syukri, korang tetap dia hati, 'Kita Sahabat Selamanya' ...

Throughout life you will meet one person who is like no other. You could talk to this person for hours and never get bored, you could tell this person things and they will never judge you. This person is your soulmate, your best friend. Don’t ever let them go. – Unknown



P/S: Terima kasih Allah atas kurniaan sahabat yang memahami diri ini dan saling berkasih sayang, alhamdulilah.. 

إرسال تعليق

32تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. seronoknya dapat spent time dengan kawan-kawan. sesekali macam ni pun memang dihargai kenangan tu. duduk2 chatting, bertambah mesra...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa han, sangat-sangat seronok...bila jumpa memang pecah ruang jadi bahan gelak..

      حذف
  2. meriah kalau dapat jumpa kawan-kawan sekepala kan

    ردحذف
    الردود
    1. Begitulah Eda...riuh di wahtsapp, apatah lagi kalau jumpa depan mata...

      حذف
  3. Semoga setiap tahun dapat meraiakn ulangtahun bersama-sama.Aamiin.

    ردحذف
  4. Bestnya dapat sahabat-sahabat sebegini kan. Tak semestinya selalu bersama tapi sentiasa dalam hati dan doa. Rawlins doakan kekal bersama selamanya insyaAllah

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Rawlins, kami jarang juga jumpa, hanya riuh di group wahtsapp..tapi bila dah jumpa, riuh dia kuss semangat...nasib tak kena halau aje hahaha...aamiinn makaseh Rawlins..

      حذف
  5. Best dapat jumpa geng macam ni. Macam-mAcam cerita boleh keluar. Tengah plan dengan kawan-kawan jugak ni,harap-harap dpat dilaksankan.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Azirah...kee in touch selalu... Sis doakan moga urusan perjumpaa Azirah dan kawan-kawan terlaksana..

      حذف
  6. syoknya bersahabat sampai tua...moga Allah pelihara persahabatan uols sampai bila2..ameen...dahsyat gak sampai parkinson ek..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn...kita pun doa sesama tau, moga kita sahabat hingga ke tua dan jannah..

      حذف
  7. Seronok gathering ramai ramai macam ni. Dengan suami masing masing sporting

    ردحذف
    الردود
    1. Tu lerr, kitaorang baik bini baik laki, memasing dah kenal perangai memasing dah, sampai laki pun tumpang gelak hahahaha

      حذف
  8. Seronok tengok ramai2 berkumpul. Mengimbau kenangan lama2 kan. Nanti lagi 10 tahun boleh la buat macam ni jugak. Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa tu lerr, kami cari juga gambo 10 tahun dulu, tapi masa tu kitaorang takde FB plak, tunggu 10 tahun akan datang...

      حذف
  9. Tahniah
    Semoga ukhuwah terus berpanjangan

    ردحذف
  10. Wah seronoknya sambut birthday kat hotel..mesti meriah kan.. hehhehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yup Ayu, nak plan kemain tu, last minit menjadi juga...

      حذف
  11. Wah.. Meriahnya sambut birthday mmg seronok klu sambut bersama2 kekawan and mkn kat hotel.. class gitu...

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Kak ..sesekali sambut lain dari lain, lagipun harga makan malam tu murah, hanya RM 58 sahaja..

      حذف
  12. Best dpt kumpul sambut sama2.. Meriah.. Mesti riuh.. Walaupun dh lama tetap bersmaa kan.. Siap bawk suami masing2.. Ok sangt tu

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat Nad, memang akan jadi kenangan kami laa sampai ke tua..

      حذف
  13. Memang bagus dapat meluangkan masa dengan sahabat karib yang telah akrab sejak bangku sekolah lagi kan. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa, syukur sangat kami masih lagi keep in touch... kawan susah senang bersama..

      حذف
  14. Bersahabat sehingga hari tua kannnn... Ini jugalah matlamat saya dalam berukhuwah... Those yang stay memang worth to be valued sebab along the journey tu, macam-macam yang dilalui bersama kannnn... Tahniah dan happy birthday Sis Lin dan GBS... Hehehehe...

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa, sahabat sampai seru nama sesama di Jannah kalau boleh...insyaAllah, kawan ketawa senang di cari, kawan menangis, ini laa yang kita kena hargai...

      حذف
  15. seronoknya berkumpul ramai-ramai ni. Dah lama teringin nak pergi renaissance. Dekat dah dengan rumah

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo Ai duk area Permas eh...dekat dah tu, ni ada promo ni, jom le kita..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!