SUBUR PLAK POKOK OREGANO AKU | Celik mata pagi tadi duk nengok pokok bunga, sekali ternampak laaa pokok Oregano Sis ni haa, waa kemain subur plak dia membesar dengan hijaunya. Elok je hidup dalam pasu kecik tu.
Ini adalah pertama kalinya Sis menanam pokok Oregano ni. Pokok Oregano ni adalah pemberian dari kawan Sis, Kak Mas. Kak Mas tu ada banyak tanam pokok Oregano ni. Masa ke rumahnya Sis minta sikit dan dia petik dan bagi Sis 2 batang pokoknya. Balik Sis rendam dulu dalam air kasi naik akar, kemudian barulah Sis pindahkan ke dalam pasu.
Dah hampir sebulan kot rasanya, now pokoknya dah tinggi dan subur menghijau. Buat masa ni Sis belum petik dan guna lagi. Kalau ada pun petik buat gigit dalam mulut pepagi. Dan sebenornya tak tau nak guna buat apa hahahaha. Suka tanam sebab suka akan baunya yang boleh menghalau nyamuk kata orang.
Nanti laaa Sis cuba google dan baca, apa boleh buat dengan daun Oregano ni. Ye laa biasa beli dah siap serbuk atau jenis kering, ni daun segar, mana le kita tau kan hehehe..
Pokok Oregano
Nama Botani : Origanum Vulgare L.
Famili : Lamiaceae
Oregano merupakan tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama spesisnya dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano memiliki rasa yang agak unik, didefinisikan sebagai 'pedas' dan ia kaya dengan kandungan anti oksidan. Oregano boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang dan pecahan anak.
Kegunaannya:
Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera.
Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.
Lain-lain Kegunaan :
Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut,
Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.
Baru ku tahu banyak khasiat pokok Oregano ni yaa.. Haa korang dah ada tak pokok Oregano ni? Kalau takde bolehlah cuba tanam ya.
P/S: Nanti buat spageti bolehlah amik selai hiris dan tabur atasnya kan, mesti shedap..

banyak juga khasiat tanaman ini.
ReplyDeletekenapa ek wak tak tanam
Yaaa Wak, ni pun minta kat kawan, sekali tanam subur plak dia..
DeleteUishhh hijau cantik dauun dia.. Senang sis pasni petik2 aja nak masak..
ReplyDeleteKan kan, pepagi selalunya Sis makan masuk dalam mulut Farah hahahaha
DeleteBanyak jugak benefit ye. Kita tahu buat masakan aje. Bagus ni guna ntk anak demam cara semulajadi
ReplyDeleteSamalah, Sis tau masuk dalam spageti aje hehehe tu pun beli kering..
Deletecantik rupanya pokok oregano ni..
ReplyDeleteyg sy tau oregano ltk dlm pasta tu je.. hahaha
Yup, daunnya agak berbulu sikit...tapi bau dia kuat..
Deletebuat la pizza ke, bolognese ke...sedap tabur ni...
ReplyDeleteYaaa mu tunggu hahahaha
DeleteBanyak jugak kegunaanya ye.. ingat letak masa masak spagetti & pizza je.. haha
ReplyDeleteTau takpe, ingat buat masak aje Dilah hehehe
DeleteOooooo..macam ni ye rupa pokok oregano. Biasa beli yang dah hancur kering siap siap tu. best gak ada tanam oregano ni. boleh letak dalam masakan fresh fresh lagi terasa aroma dia.
ReplyDeleteSama lerr Sis Fizah, biasa beli yang kering tu jeee..ni baru tanam yang real punya hahahaha
Deletebaru tahu rupa asli oregano ni
ReplyDeleteHehehe ramai juga yang baru mengenalinya..
Deletesebelum baca tadi ingatkan daun pudina tadi
ReplyDeleteYaaa ramai juga ingat pudina tu Ammi...hehehe
Delete