10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG BOLEH KORANG PERGI KETIKA BERCUTI KE JOHOR

Sis Lin
30
10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG BOLEH KORANG PERGI KETIKA BERCUTI KE JOHOR | Korang tidak akan salah tujuannya ketika membuat keputusan untuk melancong ke Johor kerana Johor antara negeri yang sepatutnya berada dalam senarai tempat yang korang perlu tujui.

Bukan sebab Sis ni orang Johor so Sis kata macamtu, tidakkk... tapi Sis sekadar ingin berkongsi dengan korang antara 10 senarai tempat menarik di Johor yang mesti korang pergi jika kebetulan korang bercuti ke Johor.

Mungkin korang merupakan seorang penggemar aktiviti outdoor? Korang ingin melihat monumen dan bangunan bersejarah? Korang mahu merasa makanan tempatan yang sedap-sedap lagi asli? Dan mungkin korang yang suka berOOTD?..

Tak perlu bimbang kerana sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyediakan semuanya untuk korang. Johor Darul Takzim, sebuah negeri yang kini pesat membangun, kaya dengan pelbagai keunikan dan tarikan pelancong. Jika korang berada di negeri Johor, pastikan korang betul-betul enjoy dan bercuti sepuasnya ya.

Jom Sis kongsikan antara 10 tempat menarik di Johor yang boleh korang lawati..

1. SKYSCAPE JOHOR BAHRU 


Kalau orang KL boleh jalan atas kaca kat Skybox, orang Penang kat Rainbow Walk dan orang Melaka kat The Shore, now Johor pun ada benda yang sama kat JBCC. Berjalan di atas jambatan kaca setinggi 149 meter dari tanah. Dan dari sini bukan saja boleh selfie tapi tengok suasana bandar JB sampai Singapura.

Bagi korang yang gayat ke atau ada penyakit jantung, tidak di benarkan sekali, Sis ko hampir-hampir pengsan tau.. Tapi yang nak mencubanya apa salagnya, boleh datang ke Skyscape Johor Bahru.

2. B5 STREET MARKET 


Dibangunkan oleh Johor Corporation dibawah kelolaan Johor Land Berhad (JLand) & Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dengan keluasan 5.9 ekar menjadikan ianya sebagai "Centralised Retail Tourism Center". Diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang bakal menjadi lokasi ikonik bagi pelancong dalam dan luar negara. Reka bentuk dan suasana keseluruhannya adalah berdasarkan ciri warisan dan keindahan Johor yang akan membawa anda kembali ke Johor Lama.

Dan ada pelbagai gerai jualan barangan keprluan, makanan dan juga persembahan kesenian dan budaya di sini. So jangan lupa nanti korang singgah di B5 Street Market ni ya..

3. MALAY CULTURAL VILLAGE, JOHOR


The Malay Cultural Village (TMCV) adalah muzium hidup yang terletak di Johor Bahru. Muzium ini menyediakan program budaya berasaskan pendidikan. Setiap program dirancang untuk menunjukkan keunikan budaya dan tradisi Malaysia. Ada banyak yang korang boleh ditemui, dipelajari, dan lakukan di TMCV. Walaupun hanya sehari yang diluangkan di sini, korang akan memulakan pengembaraan yang penuh dengan lawatan eksploratif, lawatan galeri muzium, persembahan langsung dan aktiviti langsung.

Sekiranya korang mencari destinasi pelancongan atau merancang lawatan berkumpulan 1 hari yang penuh dengan kenangan yang menyeronokkan dan bermakna, korang datanglah ke Malay Cultural Village ni okay.

4. UMBRELLA ALLEY, MUAR JOHOR


Siapa sangka, jalan belakang lorong pun kalau di hias dan di jaga, pun boleh jadi tempat instagrammable kan? Begitu juga di dengan hiasan deretan Payung Berwarna-Warni menceriakan dan menghidupkan lagi lorong belakang OCBC Bank ni. Sis belum pernah sampai, rata-rata kawan yang pergi semua kata mesti singgah kalau ke sana.

Okay masuk list Jalan-jalan Cari Makan Sis di Muar nanti, so korang jangan lupa singgah juga Umbrella Alley Muar Johor ni ya..

5. LAMAN KREATIF KLUANG


Disebut Laman Kreatif Kluang, jalan belakang ini dipasang di belakang dua barisan kedai dan berjalan selari dengan Jalan Dato 'Kaptain Ahmad dan Jalan Dato' Teow Siew Khor. Setelah membersihkan jalan belakang dan menaik taraf infrastruktur, sukarelawan dan seniman diberi kebebasan untuk menghiasi dinding belakang rumah kedai dengan seni yang menyeronokkan.

Banyak yang boleh korang abadikan kenangan dengan bergambar di sini dan ianya sudah tentu menjadi daya tarikan pelancong jika singgah ke Kluang pasti akan ke Laman Kreatif Kluang ini.

6. Kolam Puteri Gunung Ledang 


Kolam Puteri Gunung Ledang ni boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri. Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu bimbang tentang keperluan mercun, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai mercun Sagil.

Kolam Puteri ini adalah setinggi 900 kaki atau sedikit lebih dari 300m dari pangkalan. Jadi bagi mereka yang sukakan hiking dan aktiviti mendaki, boleh cuba mendaki bersama kawan-kawan di Gunung Ledang ini untuk naik ke atas sehingga ke Kolam Puteri Gunung Ledang.

7. Pantai Desaru Kota Tinggi, Johor


Ramai yang kata Pantai Desaru adalah pantai yang tercantik di Johor. Keindahan pantai di sini mampu membuat korang terlupa akan masalah dan bebanan dunia buat seketika. Pantai yang dihiasi dengan deretan pokok rhu sepanjang 25 km serta pasir putih luas terhampar di persisiran pantai ini menjanjikan sebuah pemandangan yang cukup memukau.

Diulik pula dengan deruan ombak yang memukul gigi air dan bayu petang yang menampar lembut pipi ternyata omongan ini bukanlah omongan kosong. Maka tak hairanlah jika pada musim cuti sekolah, Pantai Desaru Kota Tinggi, Johor ini menjadi target lokasi keluarga untuk bersantai-santai.

8. KIDDOMO DISCOVERY 


Bermain seluas 15.000 kaki persegi, taman permainan inovatif dan pendidikan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 15 tahun untuk mendorong pembelajaran bebas, merangsang kreativiti dan rasa ingin tahu, serta memberi inspirasi kepada permainan imajinatif ditambah dengan penggunaan teknologi.

Kalau korang datang bawa anak bermain di sini, terdapat15 stesen Kiddomo Discovery telah di sediakan secara unik untuk menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, holistik dan pendidikan (seperti seni, muzik, teknologi dan permainan kreatif) untuk meningkatkan perkembangan fizikal anak , koordinasi tangan-mata, kemahiran berfikir kreatif, dan banyak lagi!

9. FOREST CITY, ISKANDAR PUTERI JOHOR


Taman tema air di Forest City menjadi tarikan baru pengunjung ke bandar futuristik pintar dan hijau Iskandar Puteri. Beroperasi setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, ia menawarkan harga berpatutan kepada orang ramai.

Bukan hanya taman tema airnya aje menjadi tumpuan, tapi pantainya yang indah dan menjadi tempat keluarga duduk menghabiskan masa bersama keluarga. Ada banyak lagi tarikan di sini seperti muzium hijau, pakej lawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut di Forest City Iskandar Puteri ini.

10. AMA RESORT, MUAR JOHOR 


Di AMA Resort & Training Centre nie selain bermandi-manda ia ada menyediakan homestay & tempat training. Kalau korang nak buat family day, majlis perkahwinan, seminar, bbq atau apa-apa aktiviti berkumpulan memang sesuai sangat buat disini. Tempatnya cantik, ada dewan makan, dewan berhawa dingin, bilik tidur, bilik tidur dorm, tandas, bilik mandi, kolam ikan, tracking game dan tempat solat pun ada.

Harga homestay hanya dari RM160 hingga 1 banglo rm1000 je. Lengkap macam kat rumah sendiri. Boleh muat sehingga LEBIH 10 orang. Yang bestnya tu buka pintu homestay je terus nampak kolam! Apalagi, cuti sekolah ni jom laaa ke AMA Resort & Training ni ya...

Okay siap senarai 10 tempat menarik di Johor..

Nak lagi?... tungguu...ada kelapangan Sis senaraikan lagi tempat menarik di Johor dan juga tempat makan best di Johor ya.. Johor ni best kann..hehehehe..


P/S: Psttt..orang Johor pun tarakkk sombong maaaa...hahahahaha.. 

Post a Comment

30Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dari 10 tu, tiga jer kita dah pergi, huhu

    ReplyDelete
  2. alaaaa awat lambat sangat kuo nya kat sini....
    dah baliikkkk....
    tapi nnt nak g Kluang, leh ar jenguk jap lorong tu klu sempat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu lerr, takpe, ko kan selalu Jalan-jalan Cari Makan Johor, so next time boleh rujuk sini yaa...

      Delete
  3. thanks for listing these down sbb hope after covid over mmg nak g johor jenjalan

    ReplyDelete
  4. nak pegi ke Skyscape tu...macam best je

    ReplyDelete
  5. rindu pantai, bila nak pergi desaru ni? ekekekkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next week ar, kita lepak-lepak pantai haritu sambil makan Laksa Penang hehehe

      Delete
  6. tak pernah pergi lagi semua tempat ni. Nanti balik johor boleh la pergi kalau sempat.

    ReplyDelete
  7. paling menarik hatiku Kolam Puteri Gunung Ledang...masuk wishlist kalau nak pergi bercuti di Johor nanti..kami anak beranak suka mandi ayaq terjun mcm ni..yang lain2 tu bolehlah nak singgah..hihi

    ReplyDelete
  8. Setakat ini Naim belum sempat sampai ke negeri Johor. Insha Allah jika ada peluang hendak lawat semua tempat yang ada di sana. Terima kasih berkongsi ya

    ReplyDelete
  9. Thank you share tempat-tempat ni. Semua tempat tak pernah pegi lagi

    ReplyDelete
  10. Good list. Gives people ideas for cuti2 Malaysia. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. dulu pernah jalan-jalan dekat JB tapi banyak lagi tempat tak pergi. Nak kena repeat balik ni kak lin.

    ReplyDelete
  12. Pergh, banyak juga port best kat Johor. Selalu ingat ada Legoland dengan Puteri Harbor yang popular je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha weyyy tu pun bukan ini ajerr, ada lagi...cuma ini senarai 10 tempat menarik Johor je..kang kalau senaraikan sini, 3 hari 3 malam tak habis baca hahahaha

      Delete
  13. sis lepas ni masukkan KM0 sebagai destinasi weajib lawat kat Johor jugak. Biar ramai orang tahu pasal kilometer sifar dalam negeri tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga tu...baik nanti Sis try buat plak...

      Delete
  14. Wah kena masuk dalam list ni. Kalau ke johor bolehlah terjah tempat2 ni

    ReplyDelete
  15. banyak jugak tempat menarik untuk dilawati di Johor rupanya. bolehlah masukkan dalam itinerary sbb mmg tengah plan nak ke sana nanti

    ReplyDelete
  16. Ok thanks for the intro, nanti kita nak pergo Johor will check out all these places

    ReplyDelete
  17. those are great places to visit. Time to plan a trip down to Johor with family and friends

    ReplyDelete
  18. pernah sampai johor sekali je dulu. lepas tu tak pernah sampai dah. banyak juga tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. bolehlah masuk dalam travel list. hehe.

    ReplyDelete
  19. Wahh menarik ni..boleh lah iena masukkan dalam list..nanti nak ke johor boleh singgah tempat tempat ni

    ReplyDelete
  20. Baru tahu banyak tempat best dan menarik kat Johor ni yer hurmm yang pernah kita pergi hanya pantai Desaru tu pun tak mandi just ambil gambar her wakakakak... Bestnya lah boleh buat travel hunting kat sini......

    ReplyDelete
  21. lama dah tak pergi johor. Dulu time sekolah belajar kat mersing paling kuat pun area mersing je la. tapi pernah pergi legoland masa mula2 bukak dulu. sekarang dah ada macam-macam tempat menarik boleh pergi. nanti kalau pergi johor blh la singgah.

    ReplyDelete
  22. dah lama sangat tak bercuti menghala ke selatan terutama sekali ke johor.. ok boleh masuk dalam list kalau pegi ke sana nanti. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  23. tak pernah lagi pergi tempat-tempat yg you senaraikan. So far, saya baru sampai Taman Mini Asia dan Legoland.

    ReplyDelete
  24. Menarik sekali nih, sekiranya berkunjung ke tempat kami Eonchemicals di Indonesia, juga banyak tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi.

    ReplyDelete
  25. banyak rupanya tempat menarik dijohor

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!