AL-FATIHAH BUAT EMAK | Allahukabar.... sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi jua, itu hakikatnya yang harus kita terima dan redha.. Ahad 22 Ogos 2020 jam 5.00am, Emak Sis telah disahkan oleh Doktor di Hospital Sultan Ismail, yang Emak telah pun kembali ke rahmatulallah dan satu panggilan dari adik yang berada dan menjaga Emak di sisinya pada pagi itu, memang sangat menyentap emosi jauh di sudut hati ini...
Kun Fa Ya Kun... jika Allah berhendak juga, maka terjadilah ia.. REDHA ..
Memang kami semua maklum bahawa kanser payudara Emak sudah merebak ke dalam badan Emak sejak seminggu sebelum Emak pergi. Dan juga jangkitan kuman Emak juga pada tahap yang snagat kritikal ketika Emak masuk ke Hospital.
Apabila Doktor kata dan minta kami semua bersiap sedia pada sehari sebelum Emak pergi, makanya kami adik beradik REDHA jika pemergian Emak dapat meringankan kesakitan dan penderitaan yang lama Emak tanggung. Yaa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Allah itu Maha Berkuasa, tidaklah Emak menyusahkan sewaktu pemergiannya di saat akhir, mengikut kata adik sangat mudah. Adik sempat melafazkan kalimah syahadah di telinga Emak beberapa kali sehinggalah Emak pergi dengan tenang sekali.
Selepas mendapat panggilan, beberapa minit juga Sis termenung. Terus Suami tenangkan dan menyuruh bersiap. Selepas Subuh Bergegas Sis dan Suami terus ke rumah mayat untuk uruskan jenazah Emak. Kami pakat adik beradik, uruskan Emak di hospital sahaja, dan setelah siap, jenazah di bawa balik ke rumah Emak.
Hanya Sis (sulung) dan adik no-2 sahaja yang menguruskan mandi dan kafankan Emak, manakala adik lagi dua orang menunggu di rumah.
Syukur alhamdulilah, semua urusan jenazah dan pengkebumian Emak Sis di permudahkan pada pagi itu. Terima kasih semua yang mendoakan Emak Sis dari kejauhan dan juga yang datang ziarah ke rumah Emak.
Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikkan korang semua..
Al-Fatihah buat..
Rosnah Wong Binti Abdullah (63 Tahun)
19 Februari 1957 - 22 Ogos 2020 .
#BreastCancerSurvivor
P/S: Masih tak percaya Emak dah takde... :((

Allahu.Al Fatihah (dibaca)
ردحذفSalam takziah ya Sis.Moga bonda Sis Allah tempatkan dikalangan insan-insan yang dirahmati.
Ya Allah sis..salam takziah , moga keluarga sis and sis sniri kuat utk hadapi kehilangan ini...
ردحذفAllahummaghfirlaha warhamha wa'fiha wa'fu'anha.
ردحذفSemoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
AL-FATIHAHA,
ردحذفSALAM TAKZIAH BUAT SIS SEKELUARGA
salam takziah kak...
ردحذفsalam takziah sis..ciktom faham perasaan tak percaya tu..sbb ayah ct meninggal bulan pose aritu smpi skang rs masih x percaya..hmm
ردحذفsemoga Allah tempatkan Allahyarhamah Rosnah Wong Binti Abdullah di kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa...ameennn
ردحذفsalam takziah sislin
ردحذفSalam takziah untuk sis sekeluarga. Al fatihah
ردحذفSemoga Allah swt mengampunkan segala dosa emak & menempatkan roh emak di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn
ردحذفAlFatihah (dibaca).
ردحذفSalam takziah sisLin, semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amiiin YRA.
Salam takziah
ردحذفSemoga rohnya dicucuri rahmat
Aamiin
salam takziah sis lin, semoga roh alyarhamah ditempatkan bersama-sama orang2 beriman..sedih yang amat bila kita lalui saat2 begini.
ردحذفsalam takziah sekali lagi sis..semoga emak-emak kita ditempatkan bersama2 org2 yg beriman dan beramal soleh..
ردحذف