BANYAK KERJA AKU YANG TERTUNGGAK!

Sis Lin
13
BANYAK KERJA AKU YANG TERTUNGGAK! | Life must goes on.. yang pergi tetap akan pergi, kita yang hidup ni kena teruskan perjalanan hidup selagi bernyawa. Begitulah kata-kata dari semua sahabat Sis yang Sis cintai. Benar, memang hidup kena teruskan, banyak urusan dunia yang perlu di selesaikan.

Sebagai anak sulung, banyak nak kena beri tunjuk ajar pada adik-adik dan membantu mana yang perlu, sebagai isteri, tanggungjawab makan pakai hal rumahtangga kena laa di laksanakan, dan sebagai media blogger, segala task job review kenalah di selesaikan secepat dan sebaik mungkin.

Mungkin masih dalam keadaan bersedih atau berkabung, tapi kerja tetap kerja, janji tetap di tunaikan. Tak kisahlah free atau berbayar, kau kena laksanakannya dengan ikhlas.

Alhamdulilah, tidaklah banyak mana task blogposting yang nak Sis selsaikan, dan bernasib baik juga, takde laa job yang memerlukan Sis post segera sebab semuanya adalah posting review all time aja, bila-bila boleh datang makan. Kalaulah jenis posting promosi then promosi dah berakhir ke atau nak berakhir, memang akan rasa serba salah laaa hidup seorang Sis Lin huhuhu.

Itu prinsip Sis, tak suka tangguhkan kerja, kalau boleh nak siapkan secepat mungkin, tapi atas sebab yang tak di elakkan, makanya tertunggak semua posting. Now dah depan laptop pun otak masih blur nak menaip posting tu. Kena kasi refresh, update dulu posting lain dari hal kerja, nanti dah okkay, baru kita start menulis.


Dan harini pulak, Sis bizi nak memasak untuk adik-adik. Harini adik-adik nak datang rumah, nak sambut besday anaknya adik yang bongsu,Danny tu, yaaa adiknya Mia. Walaupun Emak baru pergi 5 hari, tapi takpelaa, nak menceriakan cucu-cucunya yang asyik bertanya 'Mana Atuk', so kita sambut besdaynya.

Hanya adik-adik Sis aje, yang ipar semua takde, sorang di Singapura sejak PKP, yang sorang tu memang jenis kurang campur orang dan Suami Sis pulak ke Kuala Lumpur ada urusan kerja. So hanya kami adik-adik sahaja ler..pun dah meriah dengan bebudak ni semua..

Sis nak masak Laksa Penang (dah atas periuk), dan goreng macaroni sahaja. Lelain semua adik bawa. Alhamdulilah... Emak jangan risau ya Mak, kami adik beradik sepakat bersama.. Kami sentiasa doakan Emak di sana.

Okaylah, nanti sambung lagi ya...


P/S: Rindu datang menerpa .. :((
Tags

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. betul tu besar tanggujwab sbgai anak sulung kan. sama la mcm saya tp mungkin agak berlainan. apa2 keep strong sis

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Nurul, begitulah..kena plak semua adik-adik perempuan, walau semua dah berkahwin, tetap juga kena tegur...

      حذف
  2. sedih pulak aku baca perenggan last tu...huhuhu...stay strong uols ya...

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh Sunah... nak taknak kami kena teruskan juga perjalanan hidup...

      حذف
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya.

    ردحذف
  4. semoga dipermudahkan urusan sis

    ردحذف
  5. rindu pada yang tiada memang berat. baru lagi kan sis. Ammi ni dah hilang ayah dah 20 tahun tapi adakala dok nangis sendiri mcm baby sebab tiba-tiba teringat kat arwah. penah skali nangis dlm tren sbb nampak org yg kelibat dia sama mcm ayah.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Ammi, walau nampak macam takde apa, tapi jauh di sudut hati, rindu tu sangat hebat mengawal diri, kena kuat dan redha...

      حذف
  6. its hard to face apa yg sis face, atie doa moga sis tabah and teruskan hidup... sbb atie tau..if ckp apa pun now.. you heart wont accept it

    ردحذف
  7. Yaaa Diana, Sis cuba buat macam biasa..walau jauh di sudut hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!