McDonald's MALAYSIA BAWA PAPAN TANDA IKONIK KE SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA

Sis Lin
4
McDonald's MALAYSIA BAWA PAPAN TANDA IKONIK KE SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA | McDonald's letakkan papan tanda Mekdi di restoran-resoran terpilih sempena sambutan Merdeka, perkenal pilihan hidangan sampingan baharu untuk Nasi Lemak McD kegemaran ramai.

Mekdi Sentiasa Di Hati… Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang.

Papan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk 'McD', singkatan bagi McDonald's telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu Lalu Putrajaya, dan akan dipaparkan dengan jelas di 16* restoran terpilih di seluruh negara.


"Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. Pelanggan kini boleh menikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar, dan telur goreng, berserta sambal pedas.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).

McDonald's juga menyuntik citarasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu, yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair, dan jeli Cendol.

Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.

McDonald's Malaysia - Jenama global terkenal berjiwa Malaysia

Menurut Hajjah Melati, McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan, sehinggalah kepada warga kerjanya, dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.

"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita," kata Hajjah Melati.


Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara bermula pada bulan Mac tahun ini sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

"Matlamat kami bukan sekadar untuk membina reputasi kukuh dalam industri perkhidmatan makanan, tetapi juga sebagai sebuah syarikat yang memupuk bakat warga kerjanya dan membantu mereka membangunkan kerjaya yang bermakna. Kami berharap ini akan meningkatkan standard pembangunan modal insan di Malaysia," tambah Hajjah Melati.

McDonald's Malaysia yang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat mengalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir.

Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara.

Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.


P/S: Okay siapa nak follow Sis makan Mekdi? Ajommm kita perabis baucer hahahaha... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mekdi,anak-anak kecil pun dah hafal sangat.Moga terus maju dan akan lebih banyak pembaharuan yang menambat hati peminat setia mekdi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, harini macam nak makan Mekdi nasi lemak dia tu jerr..sedap plak nengok hehehehe

      Delete
  2. moga Mekdi ni success and famous seluruh malaysiaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn...memang dah ada tempat di hati peminatnya heheheh

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!