MEE BANDUNG UDANG GALAH TAPI MANA UDANG GALAHNYA?

Sis Lin
11
MEE BANDUNG UDANG GALAH TAPI MANA UDANG GALAHNYA? | Ermm lama nak cerita, duk simpan aje dalam gallery gambar ni. Tapi bila dah dua tiga kawan pergi tempat yang sama dan bertanya Sis, dan komen mengenai udang galahnya, makanya Sis pun kena update gak le sini sebagai makluman buat semua.

Kalau yang pernah baca dan tau tempat makan Mee Udang Galah Sungai Rambah yang pernah Sis update satu ketika dulu, mesti korang teruja nengok postnya kan, sebab memang sepinggan udang kita order, memang datangnya sepinggan udang galah, tapi baru-baru ni bila Sis pergi makan, terdiam kejap dan terpinga dan berkata, 'Eh bukan udang galah ek?'..

Sis tengok Suami, Suami pandang Sis hahahaha.. padahal sebelum datang siap call owner tanya, 'ada udang galah tak?', dan owner jawab ada, tu yang Sis dan Suami terus ke Pontian bawa anak saudara Suami yang datang dari Kuala Lumpur makan malam di sana.


Bila makanan dah sampai dan memasing duk tertanya-tanya, tiba datang aura positif berkata, 'Oo mungkin dalam mee udang tu kot yang guna udang biasa', so Suami pun order laaa sekilo plak sepinggan udang goreng kunyit. Sambil fikir, mungkin yang goreng kunyit guna udang galah..

Ooo sudah tukar kaj? Hahahaha

Sambil menunggu udang goreng kunyit sampai, mee udang kami sepinggan hampir habis dan Suami pula order otak-otak. Malam tu pelanggan agak ramai, dan waktu kami makan hujan gerimis turun. Dalam 5 minit selepas itu, udang goreng kunyit pun sampai..

Tapi ...


Dan benarlah bagai di kata kawan-kawan Sis, Mee Udang Sungai Rambah ni dah takde udang galahnya. Semua guna udang biasa aje. Saiz pun ada besar ada kecik, mereka kira macam mana tak tau laa.. Kalau kami memang redha aje laa, cuma agak terkilan lee sebab tak dapat bagi rasa makan Mee Udang Galah kat anak saudara tu.

Nasib baik rasa mee bandungnya dari dulu sampai sekarang tetap sedap dan sama rasa macam dulu juga. So takde le nak bebel apanya hehehe..


Nak puaskan hati, masa kami order air tambah segelas lagi, terus tanya pada pelayan kedai, 'kenapa dah takde udang galah?', katanya, 'udang galah dah susah nak dapatkan bekalan', ....

Ooo ye laa kami faham, bukan senang nak dapat dan cari bekalan udang galah..ikut musim juga kot kann.. so makan aje laa mee udang biasa tu, janji mee bandung dia tetap power!! ..

Korang yang nak mencubanya, boleh ke alamat seperti yang Sis tulis dalam blog posting Mee Udang Galah Sungai Rambah ni yaa.. Ini adalah antara tempat makan best di Johor yang korang kena cuba kalau datang ke Johor..

Selamat mencuba..


P/S: Selamat berhujung minggu buat korang semua ❤

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ni bayar mahal pun!! puas hati

    ReplyDelete
  2. kena buat note tampal kat dinding la tuan kedai tu kan huhuuu

    ReplyDelete
  3. alahi sedapnya... tgk udang tu mengancam

    ReplyDelete
  4. kena buanglah galahnya
    jadi mee bandung udang aje

    ReplyDelete
  5. udang galahnya tak timbul2 dah sis.

    ReplyDelete
  6. Kiranya stok tak ada la ya Sis.Kalau tak tak boleh sebut udang galah lagi..mee bandung udang je..

    ReplyDelete
  7. bila la aku nak datang makan kat sini ek, da hilang da udang galahnya..tak sempat nak cuba..huhu

    ReplyDelete
  8. udang galah ada musim.. patutnya kena tukar nama.. tp udang apa pun kita suka makan..

    ReplyDelete
  9. Banyak betul udangnya.. tak apalah, tak ada udang galah, layan udang biasa pun boleh.. janji kuah mee bandungnya paduuu.. adududud terliur terus

    ReplyDelete
  10. Mengancam betul udang tanpa galah ni. Terliur dibuatnya.. nampak sedap!! Udang biasa pun tak apa.. yang penting, sedap!!

    ReplyDelete
  11. besar dan gemuk udangnya..ciktom memang suka mee bandung..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!