MEMPERKENALKAN APLIKASI ‘ROYAL CANIN CLUB’, PANDUAN PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA | Royal Canin Malaysia telah melancarkan ‘Royal Canin Club’ dan mahu anda menjadi sebahagian daripadanya!
Aplikasi baru ini direka untuk mendidik dan membimbing pemilik haiwan peliharaan di Malaysia mengenai amalan terbaik penjagaan haiwan peliharaan melalui kandungan yang informatif dan menarik dalam topik seperti diet dan pemakanan, kesihatan pencernaan, penjagaan dari neonatal hingga penuaan, penjagaan kulit dan bulu, latihan dan tingkah laku, dan kesihatan umum mereka.
Royal Canin Club direka khas untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk kucing dan anjing secara holistik dengan memperkasakan pengetahuan pemilik haiwan. Ia bertujuan untuk mendidik pemilik haiwan peliharaan untuk membuat pilihan yang tepat untuk haiwan kesayangan mereka dari setiap aspek perkembangannya.
“Rakyat Malaysia gemar menjaga haiwan peliharaan. Ini mungkin kerana kebanyakan dari mereka membesar dengan haiwan peliharaan, atau ada kemahuan menjaga haiwan peliharaan. Namun, tidak semua pemilik haiwan peliharaan dilengkapi dengan pendidikan yang betul mengenai cara menjaga haiwan mereka. Oleh itu, aplikasi Royal Canin Club dicipta untuk dijadikan panduan mudah alih kepada semua pemilik haiwan peliharaan yang mudah diakses di mana sahaja mereka berada dan menciptakan dunia yang lebih baik untuk kucing dan anjing”, kata Dmitriy Sokolov, Ketua Pasaran Royal Canin Malaysia .
Pada waktu ini, rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah akibat wabak yang melanda dunia, dan haiwan peliharaan telah menjadi peneman yang baik untuk membantu mereka melalui masa yang sukar ini. Aplikasi ini tiba pada masa yang tepat untuk membantu dan membolehkan pemilik haiwan peliharaan mengetahui lebih lanjut mengenai teman berbulu mereka.
Terdapat kira-kira 2.2 juta kucing dan 1.2 juta anjing di bawah jagaan pemilik haiwan peliharaan di Malaysia. Antara baka kucing paling popular adalah Parsi, Siam, dan Bulu Pendek British(British Shorthair) sementara baka anjing yang lazim adalah Gembala Jerman(German Shephard), Pomeranian, dan Rottweiler.
"Berdasarkan baka mereka, setiap haiwan peliharaan mempunyai kandungan genetik tersendiri yang menentukan risiko mereka menghidap masalah kesihatan tertentu. Itulah sebabnya penting untuk kita belajar mengenai haiwan peliharaan kita dan memahami apa aspek kesihatan mereka yang memerlukan perhatian khusus. Aplikasi kami akan menyampaikan maklumat yang dipadankan dengan pemilik haiwan supaya ia sesuai dengan baka dan keperluan khas teman berbulu mereka, dan memberi pemilik haiwan kebolehan untuk membuat pilihan yang lebih baik”, tambah Dmitriy.
Panduan mudah untuk haiwan kesayangan anda
Royal Canin Club diprogram untuk memberikan pengalaman yang diperibadikan kepada pemilik haiwan peliharaan ketika mereka mengisi profil haiwan kesayangan mereka dan menjawab beberapa soalan mudah mengenai baka, jenis bulu, usia, dan masalah kesihatan yang sedia ada. Aplikasi ini akan menyediakan kandungan yang berpadanan dengan haiwan kesayangan mereka.
Selain itu, pemilik haiwan peliharaan dapat mengumpul mata ganjaran setiap kali mereka berjaya menyiapkan tugas di atas aplikasi. Ini termasuk mengisi profil haiwan kesayangan mereka, menyertai tinjauan dan menjawab kuiz.
Pengguna baru juga boleh menggunakan kod rujukan dari rakan niaga kami dalam proses pendaftaran aplikasi untuk memperoleh mata ganjaran. Dalam tahun ini juga, pemilik haiwan akan dapat memperoleh mata ganjaran dengan setiap pembelian produk Royal Canin menggunakan aplikasi ini.
Setelah mendaftar untuk aplikasi Royal Canin Club, pemilik haiwan akan diberi baucar permulaan dan set hadiah yang boleh ditebus dari rakan niaga Royal Canin di seluruh negara.
Sementara itu, pemilik haiwan peliharaan juga dapat menggunakan mata ganjaran mereka untuk menebus hadiah dan produk Royal Canin yang akan dihantar ke depan pintu rumah mereka.
Aplikasi Royal Canin Club boleh didapati dari App Store (iOS) atau Google Play Store (Android). Daftar sekarang untuk tebus baucar permulaan dan set hadiah (selagi stok masih ada)!
P/S: Bagus sangat ni... yang memelihara kucing atau anjing, bolehlah download aplikasi ni ya..
apps ni apps ni function dia utk kenali lebih dalam baka yang kita pelihara then jumlah yang ada?
ReplyDeleteBegitulah menurutnya, tapi dah belek, boleh juga tau makanan dan tips penjagaan kucing...
Deletetq for sharing..
ReplyDeleteSesama kasih Aini..
DeleteNak soh Iman install la
ReplyDeleteInstall Kak, nanti claim makanan kucingnya hehehe
Deletemenarik jugak boleh tahu info tentang anak bulus kita...tapi mungkin lebih sesuai buat yang memelihara baka tulen...
ReplyDeleteYaa Sunah, tapi aku dah tengok, semua jenis baka boleh.. walaupun baka dah kawin sana sini hehehehe
Delete