TIAP KALI ADA MAJLIS KENDURI, MESTI NAK 'REWANG' | Yaaa, memang betul, tiap kali bila kata ada majlis kenduri ke majlis keraian ke atau apa-apa aje la majlisnya, Sis mesti nak 'rewang'. Dari zaman Mak Abah Sis dulu, atuk nenek pun sama, ada je buat kenduri, haaa pakat semua jiran-jiran datang ke rumah merewang.
Merewang ye bukan membawang hahaha.. Zaman sekarang yaa, lebih kepada membawang dari merewang, pantang ajak berkumpul. ada je cerita dan bahannya nak di bukak cite, ishh ishh ishhh... #PeringatanBuatDiriSendiri juga..
Korang tau ke maksud 'Rewang' tu?
Kalau di utara semenanjung, rewang membawa maksud bergerak atau meronda dengan tanpa arah tujuan dan sebab, tetapi ia membawa maksud berbeza di negeri Johor ni. Rewang lebih menjurus kepada aktiviti yang dilakukan bersama-sama dalam bentuk kumpulan agak besar secara bergotong royong untuk menguruskan sesuatu majlis atau kenduri.
Amalan rewang sememangnya terkenal dalam masyarakat kampung. Tetapi amalan atau aktiviti rewang ni memang semakin dilupakan dan bukan hanya berlaku di kampung tetapi di seluruh negari disebabkan tuntutan gaya hidup masa kini yang semakin moden. Ye laa sekarang semua order je kan, terus siap sedia.
Memang betul, dah ramai tidak amalkan rewang ketika mengadakan kenduri, lebih-lebih lagi tang memasak kenduri. Rata-rata semua order catering aje, order terus settle semua. Sama jugalah macam Sis masa Majlis Pertunangan anak baru-baru ni, semua order catering aje.
Tapi, ada certain benda Sis buat rewang juga. Lagi-lagi kalau ada Geng Bas Sekolah Sis ni, merekalah yang excited terlebih nak rewang kalau Sis buat kenduri. Tapi bukan kami rewang masak-masak, kami lebih kepada merewang membungkus dan packing goodies atau 'berkat' buat tetamu.
Dan atas permintaan Suami yang nak beri tetamu pada majlis pertunangan anak Sis tu telur asin dan makanan ringan buat kanak-kanak, so apalagi, mulalah Sis mencari bahan dan segala bungkusan bag, dan semuanya di settlekan oleh Geng Bas Sekolah Sis. Sis hanya beli, rebus telur dan nengok jerr hahahaha..
Dari bag kertas polos tanpa hiasan, kena dek air tangan Geng Bas Sekolah Sis, terus jadi macam 'mewah' terus bungkusan 'berkat' tu ookay.. Siap di letak reben, sticker lagi dan segala macam barang dalam bag tu, di bungkus rapi dan muat-muat aje masuk dalam bag tu.
Tu semua idea dari mereka semua, terutama dari otak si Izam hahaha. Sis dah kata, Sis hanya beli, rebus dan siapkan bahan aje. Lelain semua mereka yang buat. Ada jugalah sempat Yana dan kawan baik dia tu tolong siapkan mana yang tak siap. Sebab Ayahnya dia tu last minit tambah lagi goodies, so packing lagi.
Tapi alhamdulilah, tetamu yang datang semua dapat 'berkat'nya, termasuk kekanak juga. Puashati bila nampak mereka gembira... Tak sangka ramai yang datang meriahkan majlis, walaupun dalam suasana Hari Raya Haji dan dalam keadaan arahan SOP.. tapi semua datang bawa rezeki pada kami sekeluarga.
Dan bila dah dapat kumpul, apalagi... sehari sebelum majlis, kami sambutlah birthday mereka yang lahir pada bulan Julai lepas termasuk juga Suami Sis hehehehe... Surprise buat mereka masa tu, semua tak tau hahahaha..
Bukan senang nak kumpul sesama, kalau takde kenduri memang jarang juga kami jumpa. Jumpa pun tak semua ada, tapi kalau dalam group whatsapp haaa yee, meriah macam haperr... tak dan nak scroll baca oii hahahahaha...
Mereka inilah yang menceriakan suasana dan memeriahkan majlis, selain adik badik Sis dan anak-anak saudara yang kuss semangat ramainya kann... padahal family kecik aje, tapi dek memasing beranak ramai, makanya meriah le dengan anak-anak aje hahahaha...
Terima kasih buat semua yang terlibat dan membantu sepanjang majlis bertunang anak Sis. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa budi korang semua..
I love You SEMUA ..
P/S: So lepas ni, kita tunggu 'rewang' seterusnya ya..jeng jeng jeng...

rewang la best kak..mengeratkan sillaturahim..:)
ردحذفrewang best kan, tapi penat org tua tua nak buat kerja.. thats why skrg prefer booked mana2 dewan jer.... but rewang ALWAYS THE BEST
ردحذفeee kalo aku ada, mesti aku masuk frame gambar last sekali tu kannn..hahahaha
ردحذفammi pun suka merewang tapi kalau kat rumah orang jelah. masa ni seronok borak2, gelak2 sambil tangan bekerja. kalau kat rumah sendiri rasa mcm semua nak order je sbb malas nak kecah2 hahaha.
ردحذفbest nya rewang, masa tu lah boleh gosip macam-macam, buat macam-macam kerja sambil ngunyah hahahahah bahagia kak oi
ردحذفAktiviti yang bakal dirindui. Buat sesama. Saudara mara datang menginap di di rumah kita. Masak sesama utk makan menu kegemaran. Buat persiapan sesama. Hari majlis nanti semua tenang ikut flow. Rindunyaaaa.
ردحذفbestnya dapat rewang dengan seluruh keluarga. bising rumah jadinya. rindu betul nak rewang.
ردحذفWah......dah lama x dengar the word “rewang”. Tringat nostalgia dulu2. Yeah, work together is fun. But ingat physical distancing yeh.
ردحذفkerja paling BBL suka time rewang isi goodies bag sebab boleh ngap coklat sambil buat kerja.. ye betul lagi2 buat kerja ramai2 rasa mudah je.. eh rindu la nak rewang kenduri ni
ردحذفha'ah masa study dekat Johor baru tahu apa maksud rewang sebab balik kampung dekat kedah dia jadi lain hahahaha
ردحذفMemang best dapat rewang2 ni.. Suka ramai org datang.. Hehee.. Betul sekrg lebih kepada catering.. Macam bungkus2 ni pun dekt kmlung masih amalkan lagi rewang mcm ni. Bgus sis kawan2 geng bas tolong..
ردحذفtime merewang ni lah banyak gossip terlepas, makcik2 bawang berkumpul tanya pasal life. HAHAHAHA tapi memang best bila borak dengan mereka sambil kerja pun siap cepat
ردحذفAmalan rewang memang terkenal di kampung jika tak rewang penduduk akan rasa kecewa...
ردحذفBelah Penang tak tahu panggil apa rewang ni. Tapi family eiza memang suka rewang jika setiap kali ada kenduri kendara. Best tau dengar cerita itu ini dari sanak saudara yang jauh sambil pack jajan untuk kanak-kanak dan susun bunga telur.
ردحذفbestnya budaya rewang ni, dari orang yang kita tak kenal pun boleh jadi rapat.. hee~ seronok sesekali balik kampung dan join sama.. kat KL ni dah susah nak jumpa geng2 rewang.. kan ?
ردحذفJarang join rewang, nanti dorg tanyaaaaa Bila Nak Kahwinn, ahhahahahahaha~
ردحذفTahniah siss..tashabar nak tunggu next rewang, boleh i makannnnnn besorrrr...Kannnn