1 SEPTEMBER 2020, MOGA HARI MENDATANG PENUH DENGAN KEGEMBIRAAN | Laaa bukan kata sebelum ni tak gembira, tapi kalau boleh nak lebih gembira dan penuh kebahagiaan yang berlipat ganda. Siapa aje taknak gembira dan bahagia kan, binatang dalam hutan pun tau nak bebas dari kandang, ini kan pula kita manusia yang mampu hidup ke sana ke sini kan.
Dua tiga hari ini agak sendu nak update blog, ini di sebabkan laptop Sis pecah covernya dan mood nak membuka laptop yang penuh dengan hati-hati tu agak meruntun jiwa huwaaaa... usah di tanya kenapa boleh pecah, sebab taknak menyalahkan sesiapa. Biarlah, mungkin ada hikmahnya, kot laaa kan nak dapat yang baru lalalalalala...
Suami tanya pun Sis malas nak cite, nanti takut mengungkit plak kesalahan orang, dan taknak laaa kesalahan tu jadi serba salah bagi orangnya, makanya kita redha aje laa.. Boleh guna, cuma tu ler, nak buka tu kena betul hati-hati dan ada skillnya, salah skill, takut skrin dia plak yang rosak.
Anak bujang dah kata, boleh tukar cover aje, then boleh pakai macam biasa. So kita tunggu anak bujang dapatkan tempat nak tukar covernya nanti. Ingat Sis ni jenis tak menjaga ke? Sis laaa orang yang paling menjaga barang, lagi kalau jenis barang tu hadiah dari orang. Tapi tu ler, benda nak jadi, maka terjadilah..
Di sebabkan itulah nak update semua jadi tergendala, banyak posting tertunggak dan perlu di siapkan. Mood aje belum nak masuk. Ada yang Sis update guna handphone aje sesambil. Nasib dah pandai, kalau tak, memang tak berupdate laaa blog.
So harini 1 Setember 2020 kita mulakan semuanya dengan penuh senyuman dan sentiasa positiif. Jangan di amik kesah benda remeh temeh yang lalu lalang di timeline facebook ke, baca gossip di instagram dan twitter ke atau peduli dengan kata nista orang keliling kita. Tapi kalau ada teguran, kita amik, simpan dan perbaiki diri.
Jangan pulak dah orang tegur, lagi nak melenting plak, tu not good okay. Yang ada blog tu, update aje ikut suka apa ko nak update, tak kisahlah cerita apa, janji kepuasan menulis tu kita sendiri yang rasa. Post berbayar ke tak ke, ikutlah suka, orang nak datang baca ke tak ke, biar, tak payah amik kesah. Yang kita amik kesah dan usaha adalah pageviews kita, kalau agak rendah, kita cari ikhtiar untuk naikkan pageviews.
Banyak cara boleh kita buat, nak dengan taknak jer, jangan nanti bila ada job, memasing kata, 'tak layak laa, tak sesuailah', haaa tapi sendiri yang tak update blog dan tak nak usahakan untuk naikkan pageviews. Cara dan gaya penulisan orang semua berbeza, jangan samakan kita dengan orang, begitu juga blog. Blog memasing juga ada kelebihan dan kekurangannya, so jangan amik kisah yaa.
Sis sejujurnya, kekadang blog ni jadi satu kepuasan, kegembiraan dan kebahagiaan buat diri Sis. Nampak je macam tulisan penceritaan bodo-bodo, tapi bila selesai menulis, rasa puas gilerr bila tengok pageview ramai masuk baca, dan rasa puas dapat meluahkan dan berkongsi. Tak kisahlah cerita apa, walaupun hanya review makan. Yaa sangat puas!.
Alhamdulilah bulan Ogos 2020 lepas, genaplah blog Aku Sis Lin 12 tahun lamanya. Dari zero, now bukanlah hero sangat, tapi cukuplah dapat ceduk ilmu dalam bidang blogging ni hingga blog dah cecah 7 juta pageviews setakat ini. Dari menulis suka-suka, now dah boleh buat duit kocek, dan juga dapat menjana pendapatan melalui iklan di blog sendiri, alhamdulilah.
So korang yang newbie dalam dunia blogging ni, jangan mudah putus asa, bukan harini kau jadi blogger, harini kau terus berjuta pageviews orang masuk blog ko, at least ko rajin update, kongsikan dan pandai bercerita dan tarik pembaca masuk membaca, lagi advance kalau ko pandai SEO, lagi cepat ko naik.
Dan bulan-bulan lepas juga banyak kisah duka dan sedih yang Sis lalui, moga bulan September dan bulan mendatang membawa keceriaan, kegembiraan dan kebahagiaan buat diri Sis dan orang-orang di sekeliling Sis, aamiinn..
Eh..panjang pulak celoteh..hehehehe.
Update guna handphone gini lerr, non stop hahahaha..
Okaylah nanti sambung lagi ya.
Gambar atas tu ekslusif fresh from oven, gambar pagi tadi keluar sarapan dengan anak di Taman Molek. Ko ingat senang Sis ko nak up gambo sengsorang hahahahaha... kena paksa dek anak ni oii..katanya, 'sweet laa Mak, nampak muda' kakakakakakakah!! Dan dan Mak terus upload... (makaseh Suami untuk blouse cantik itu)..
P/S: Jom masak sambal udang permintaan dari anak yang nak bawa bekal balik Shah Alam.
wei aku tengah taip nak puji cantik, boleh dia refresh blog ni...tak jadilahhh 😝
ReplyDeleteHahahaha takpe, tu dah ada ayat cantik tu dah kembang dada dah hahahaha
Delete31 Ogos PC sedih kucing PC keluar tak balik-balik..bengkak mata nangis.Eh awal pagi hari ni nangis dia dalam longkang.Ya Allah.Ujian dan nikmat tiada boleh didustakan.
ReplyDeleteAlahaii sedih siannyaaaa PC... huwaaaaa i feel you..huhuhuhu
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan yang mendatang
ReplyDeleteAamiinn, mudah-mudahan Wak..
Deletesesekali up gambar sendiri dalam blog sendiri..why not..hahahah
ReplyDeleteKhennn...sesekali je tak boleh selalu hahahahaha
DeleteAminnnn.. semoga bulan 9 ni penuh dengan kerahmatan daripada Allah.. Apapun be strong ya kak lin, lappy tengah sakit mmg pedih sikit.. Ena punya lappy ni pun dah kena tukar skrin... keluar line2 pelik dah
ReplyDeleteYaaa Ina, aamiinn...mudah-mudahan di murahkan lagi rezekinya kita semua...
Deletemanis melecaih!
ReplyDeleteHahahaha hati-hati, takut tergoda hahahaha
Delete