6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND™ | Kalau bercakap mengenai 'Bento Box' ni kan, Sis memang teruja dan salute habislah pada ibu bapa yang gigih menyiapkan sarapan dan bekalan sekolah anak pepagi dengan pelbagai hidangan bento box untuk anak mereka.
Zaman Sis membesarkan anak-anak, rasanya belum masuk lagi bab bento box ni, kalau anak ke sekolah pun, Sis buatkan koko krunch + milo, ataupun jejemput, nasi goreng atau roti sapu jem aje. Janji sarapan. Tapi sekarang, macam-macam menu makanan khasiat yang mudah dan cepat untuk ibu bapa sediakan untuk anak-anak mereka.
Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.
Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.
Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Korang juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi korang sendiri.
Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box:
So korang yang takde idea lagi nak sediakan bento box yang enak dan mudah, korang boleh cuba antara 5 Idea Bento Box Yang Sedap Dan Menyelerakan Daripada Ayam Brand™ ni okay.
Jom kita lihat menu-menunya..
Burger Tuna Begedil
Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.
Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 3
Pasta Tuna dan Jagung
Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk korang juga. Mudah sahaja.
Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Sushi Roll Saba Mayo
Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel.
Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan.
Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika korang ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri korang.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 1
Nasi Goreng Tuna
Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.
Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Patty Telur Tuna
Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.
Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Tuna Pita Tanpa Mayo
Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayonis untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak.
Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.
Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 2
Haaa mudahkan?...
Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada idea tersendiri hidangan kotak bento korang yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Korang berpeluang memenangi hadiah menarik!
Peraduan berakhir pada 31 Oktober 2020.
Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes, https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat.
Facebook | Instagram
P/S: kalau dah siap gini punya lawaa tapi anak tak makan juga, ermm mungkin anak korang bukan pemakan.

- Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna
- Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat
- Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan
- Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwich, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.
- Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad
- Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan
- Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan
So korang yang takde idea lagi nak sediakan bento box yang enak dan mudah, korang boleh cuba antara 5 Idea Bento Box Yang Sedap Dan Menyelerakan Daripada Ayam Brand™ ni okay.
Jom kita lihat menu-menunya..
Burger Tuna Begedil
Isi tuna dan kentang diletakkan antara roti burger pasti popular antara kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.
Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 3
Pasta Tuna dan Jagung
Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk korang juga. Mudah sahaja.
Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Sushi Roll Saba Mayo
Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel.
Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Nah, siap untuk dimakan.
Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika korang ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri korang.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 1
Nasi Goreng Tuna
Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.
Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Patty Telur Tuna
Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.
Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 10 minit
Jumlah hidangan: 2
Tuna Pita Tanpa Mayo
Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayonis untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak.
Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.
Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.
Masa penyediaan: 5 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 2
Haaa mudahkan?...
Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada idea tersendiri hidangan kotak bento korang yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Korang berpeluang memenangi hadiah menarik!
Peraduan berakhir pada 31 Oktober 2020.
Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes, https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat.
Facebook | Instagram
P/S: kalau dah siap gini punya lawaa tapi anak tak makan juga, ermm mungkin anak korang bukan pemakan.
dapat dah idea nak buat apa utk bekal anak esok..mcm menarik je sushi tu kan
ReplyDeleteWaaa rajin Ammi yaa... terbaekk laaa...
Deletei tgh learning how nak make cute bento like japanese from channel in youtube ..
ReplyDeleteYaaa silalah belajar dan buat, nanti boleh buat untuk anak-anak hehehehe
DeleteKalau ena yang buat bento box ni rasa xjadi bekalan. Masuk ke perut ena terus. Hehe
ReplyDeleteHahahaha siap je masuk mulut terus ek Ena hahahaha
DeleteKannn Sis pun tak reti laaa, tak kreatif, masak-masak masuk terus je dalam bekal hahahaha
ReplyDeleteIni kalau ika dah eksited dah ni dapat bekal macamni . nice sangat. kalau ada naka nt boleh buat hehe
ReplyDeleteaaa sedapnya! Tak pernah lagi buat begedil tuna dan tak pernah terfikir pulak combination dua bahan ni ngam. Kreatif!
ReplyDeleteAlolo comel2 betul nampak bento tuu semua, makanan pon semuanya nampak menyelerakan! Kalau mcm ni confirm anak2 happy dan berselera nak makan 🥰
ReplyDeleteMenariklah bento box nie..zaman k mid jaga anak2 xda lagi mcmnie..klu rajin pun goreng mee goreng, meehon atau nasi aje..hahaha
ReplyDeleteSukenya resipi mudah senang siap untuk prepare bento box ni.. How I wish dulu2 dah ada resipi ni... Takpe. I prepare ni untuk I gi office jer next time.. 👍
ReplyDeleteBagus idea bento ni. Selalu juga Ruby buat utk standby makanan. Nak makan sandwich kat kedai pun mahal. So, buat sendiri aje. Hehe
ReplyDeleteComel dan kemas bento2 ni. Patut lah anak2 suka makan. Nk buat pun tak susah mana cuma kena kreatif kan kak.
ReplyDeletebagus idea ni, nak cuba lah dan nak join lah contest menarik ni. thanks sharing sis lin
ReplyDeleteCantiknya hiasan bento ni kanak kanak mesti suka makan tu... good idea.
ReplyDeletealahai comelnya bento box nie. Menarik warna warna nya memang buat kanak kanak berselera lah nak makan. Beruntung budak budak sekarang , mak mak sediakan pelbagai bento yang menarik untuk kita bawa bekal. Zaman iena kecik dulu takde la merasa bento macam ni .
ReplyDeleteNampak sedap dan berkhasiat hee seronok nak makan bila hias lawa2 macam ni
ReplyDelete