AKHIRNYA AKU SERAH DIRI KE KPJ PASIR GUDANG | Yaaa akhirnya Sis ko rela dalam kerelaan demi kesihatan berpanjangan, makanya Sis serah diri ke KPJ Pasir Gudang untuk jalani pembedahan Tonsil Sis tu. Biar punya biar, now dah tak sanggup menahan sesak nafas dan ketidak keselesaan semasa tidur, so kita buatlah pembedahan.
Memang agak mengejutkan, tetiba je kan Sis ko ni, padahal semalam baru check-in hotel di GBW Hotel, then pagi tadi ke Pejabat Agama Johor pulak urus anak saudara menikah, tup-tup ehhh nak warded pulak hahaha...perghh bizi betul kann jadual.
Takpelah janji semuanya dah selesai dan semuanya dipermudahkan, so inilah masa Sis plak nak merehatkan diri dan utamakan diri sendiri. Hal-hal lain nantilah kita fikir...
Pagi tadi lepas sarapan dan check-out di GBW Hotel, then terus ke Pejabat Agama Johor bersama Suami dan ahli keluarga lain, semasa tengah sibuk di sana, pihak KPJ Pasir Gudang dah call, katanya dah boleh warded dan mereka nak submit insurans. Sis terus booking single room, then balik aje dari Pejabat Agama tu terus ke KPJ Pasir Gudang hantar kad insuran dan IC, terus masuk bilik Doktor Nidzam untuk penerangan lanjut.
Setelah Doktor 'jolok' masuk hidung guna kamera tu (sakit giler okay), Doktor terus kata, 'tonsil awak dah level-4, memang dah besar kiri kanan, then lelangit tu dah menutup sekali, so memang kena buang'..begitulah ayat Doktor tadi. Sis ko iyekan aja.
Tuu nampak tuu gambar tu, memang saje Sis ko kongsikan, supaya korang semua takut akan bahayanya tonsil boleh bawa maut jika tidak di rawat.
Demi kesihatan, demi kepentingan diri sendiri, so kita ikut nasihat Doktor, kita buang semua. Terus Sis sign semua surat berkaitan dan esok Selasa jam 8am, Sis akan jalani pembedahan. Doakanlah Sis ko ni kuat lawan sakitnya selepas operate, kalau masa operate tu tak le rasa sakit sebab bius satu badan,
Yang ngerinya bila dah hilang ubat bius tu, adeii serammnyaaaa duk fikir.. Mesti tak boleh nak cakap banyakkannnnn...kannn kannnnn... Sunah suka tu kalau aku banyak diam hahahahaha...
Setelah selesai urusan di bilik Doktor dan dah siap sign semua surat, Sis di bawa untuk buat test Covid19, yaa tu semua prosedur sebelum buat operation. Kalau takat warded aje tak payah buat swab. Bila kata nak buat swab, dia punya ngeri tu sampai mengigil lutut oi menunggu hahahahaha...
Tapi kann kannn...nasib baik tauuu, yang buat swab tu budak lelaki hencemm, nampak muda, sejuk mata memandang dengan sopannya, so lega sikit hati Sis ko, hilang gigil bila budak tu cakap, 'tenang yee Kak, sikit aje' hahahaha..alahaiiiii..
Mula jolok mulut, lepas tu jolok hidung sebelah kanan plak, sekali tarik nafas, dia jolok..perghh masuk hidung sampai terasa sampai ke tekakk weyyy...nasib baik Sis ko control ayu, takde lerr terbahakkk hahahahaha..
Selesai sudah..alhamdulilahh...lepas buat swab, Sis pulang dulu rumah, tunggu insurans approved dan call dari KPJ Pasir Gudang juga result Covid19 tu, then jika semua takde masaalah, terus warded ini hari juga, sebab bilik sudah siap.
So korang.. dua tiga atau mungkin tiga empat hari ni, maaflah jika blog sepi ya. admin masuk wad. Tunggu dah sihat, Sis akan update macam biasa, mesti! Sebab mulut je sakit, jari sihat gebuuu hahahahaha...
Okaylah doakan Sis ya.. makaseh korang...
semoga dipermudahkan segala urusan sis dan semoga sis cepat sembuh.. ngeri pulak tengok gambar tonsil tu..
ردحذفmoga semuanya berjalan dengan lancar.Kalau fikirkan takut nak operation, memang ler kan..Tapi fikirkan nak sihat .Taknak dah tanggung sakit selalu.Kena jugak serah diri
ردحذفsemoga pembedahan esok berjalan lancar. lepas operet makan yg sejuk2 dan lembut2 je biar cepat elok. cakap pakai sign language je
ردحذفsemoga pembedahan berjalan dengan lancar. jaga diri Sis Lin. :)
ردحذفsemoga baik2 saja SisLin.. jaga diri elok2 :-)
ردحذفMoga urusan Sis dilancarkan dan tempoh pemulihannya nanti cepat.
ردحذفMoga dipermudahkan segala urusan ye sis... Jangan Risau sgt, you will be fine, everything will be okay... Good luck dengan effect Selepas boys tu sisturrr..hehehe .rindu suara youuuuu
ردحذفtake care sis, semoga dipermudahkan urusan. semoga sis cepat sembuh ye
ردحذفMudah2an perawatannya berjalan lancar dan cepat sembuhnya.
ردحذفAamiin.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh kak. Aaminnn
ردحذفsemoga cepat sembuh ye
ردحذفMoga dipermudahkan segala urusan sis. Take care 💐
ردحذفsemoga dipermudahlan dan cepat smbuh ya..take care
ردحذفSemoga cepat sembuh & segala urusan dipermudahkan.
ردحذفAkhirnyaa... yeay ada geng buang tonsil... alhamdulilah semoga cepat sembuh awak!!
ردحذفjangan makan yang pedas2 k...sementara nak baik tu nanti awak..semoga cepat sembuh ya..
ردحذفjemput ke segmen saya bila dah sihat ya..
https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html