AKU MULA STRESS DENGAN PERANGAI KENIT DAN PANJANG!

Sis Lin
11

AKU MULA STRESS DENGAN PERANGAI KENIT DAN PANJANG! | Hehehe tengok pada gambar, tak orang tak kucing gak ek, mula-mula jauh, malu, lama-lama dekat, tu namanya malu-malu tapi mau hahaha..alahaii tu lee kesayangan Sis buat masa ini si Kenit dan si Panjang. Tapi Panjang tu masih lagi dalam proses serasi bersama ahli keluarga, sebab ada je perangai yang dia buat, sampai Suami naik angin, adoiii, behave oii Panjang, sebelum kang kena duduk luar kang.

Macam Kenit dia memang kucing pertama le datang tanpa di undang, manja dan siap tidur atas katil dengan Suami. Kalau Panjang ni masih baru lagi, tapi bukan kucing datang, kucing dari Sunah yang Sis minta bawa untuk jadikan kawannya Kenit. Fury? Fury dah takde dah, Sunah bawa balik sehari, kemudian kata Sunah pagi tadi, Fury dah mati sebab infection kurap dia. Maafkan Mak Fury..

So now Sis cuma ada 2 ekor sahaja laaa kucing belaan di rumah. Memang duduk dalam rumah, Sis tak benarkan keluar, kalau keluar pun time Sis berkebun sekejap, pastu Sis bawa masuk rumah. Buat masa ni okay aje 2 ekor tu, cuma si Kenit tu, memang tak boleh tengok Panjang duduk diam, ada jee dia nak usik kacau si Panjang. 

Yang Panjang pula, sejak Sunah balik, mulut bising macam mencari sesuatu, seolah kehilangan, mungkin sebab dah biasa dengan kawan-kawannya yang ramai di rumah Sunah, tiberr duduk rumah Sis, yang ado si Kenit sekor, mana taknya Panjang pelik. Semua tempat dia selongkar, turun naik tangga dia mulut bising, nasib baik bunyi dia tak kuat, kalau tak adeii tak boleh tido malam. 

Tu pun ada gak Suami bising sebab dia suka panjat-panjat, tak macam Kenit, Kenit kalau sekor kat rumah, dia akan diam dan duduk lee celah Sis menunggu Sis menaip blog, tapi si Panjang, haaa masa Sis menaip ni pun, dia tengah panjat tingkap hall tu adoii...turun laaa Panjang oi!!!!...Kenit perhati aje si Panjang.. 

Aku Mula Stress Dengan Perangai Kenit Dan Panjang!

Aku Mula Stress Dengan Perangai Kenit Dan Panjang!

Sis bukan lah pencinta haiwan sangat tapi seperti yang Sis bagitau sebelum ni, mungkin rezeki kita ada rezeki untuk mereka ni, makanya Tuhan tu datangkan mereka kepada Sis untuk berkongsi rezeki dengannya. Dan kedatangan Kenit pada mulanya memang tepat masanya, ketika tu Emak Sis baru aje meninggal, so jiwa tu agak tak menentu emosinya, so bila Kenit muncul, hilang kejap rasa semua rasa dalam kepala, lagi pulak Kenit ni manja, memang tumpu kat dia je masa tu. 

Sis pernah bela kucing sikit masa dulu, rasa sakit kehilangan tu tetap rasa tau, berapa lama kita menjaga, tiba-tiba kucing hilang, then sekor lagi mati depan rumah kena langgar orang, ingat tak sedih ke...menangis anak-anak masa tu.. tapi nak buat macam mana..sejak dari tu Sis takde membela kucing lagi.. 
 
Aku Mula Stress Dengan Perangai Kenit Dan Panjang!

Aku Mula Stress Dengan Perangai Kenit Dan Panjang!

Aku Mula Stress Dengan Perangai Kenit Dan Panjang!

Dan bila datangnya Kenit, mula tu memang susah juga nak mulakan balik, banyak benda nak di beli, banyak benda nak di jaga, seperti buang najis, kena selalu kemas, kena rajin perhati, tapi takpe, Sis tawakkal aje, dan alhamdulilah Suami dan anak-anak pun menerimanya Kenit.

Kemudian muncul plak Panjang yang jadi penghuni sama ni, dah 4 hari ni masih juga belum serasi nak bergaul dengan Kenit, kecuali time tidur. Kalau time berjaga jangan harap mereka nak dekat macam dalam gambar tu. Asyiklah kejar kejar dan bergaduh, entah gaduh ke main ke tak tau, tapi memang nampak macam Panjang marah bila Kenit usik dia. 

Aishhh geram pun yaaa oii.. semalam malam sampai kena marah Panjang dengan Suami, hampir kena letak luar, mana taknya, dia panjat dan lompat TV masa kitaorang tengah tengok TV, mau tak menjerit semua.. nasib baik tak jatuh TV tu, kalau takkk.... yang Kenit duduk diam celah Sis macam orang dalam ketakutan, si Panjang lepas kena marah, terus bising mulut dia, adoiii... stress Sis ko semalam bila Suami start membebel huhuhu..

Sis bagi peluang tengok 2/3 hari ni, kalau dia sama juga perangai macam ni, memang terpaksa pulang balik kepada Sunah, bukan sebab apa, sebab kesian asyik kena marah dan Sis ko jadi stress bila Suami bebel manjang dek sebab kucing sekor ni huhuhuhu... 

Dari kang si Panjang kena letak luar, elok pulang kat tuannya biar dia balik dan jumpa kengkawannya yang lain. Panjang ni pun macam rasa kehilangan, memang nampak sangat...sian pulak nengok.. Harap-harap dua tiga hari ni Panjang baik-baik aja dan Kenit mula berkawan dengannya, kalau sama juga...ermmmm ... 

Orang kata bela kucing ni terapi, tapi makin hari tak memasal aku mula stress dengan Kenit dan Panjang adoii..tulunn tulunnn... Mak nak admit ward ni nak oiii...tolonglah... 


P/S: Korang ada tips ke nak bagi kucing serasi bersama? Ke sebab sekor jantan sekor betina haa?? 
Tags

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahh Kenit ada kawan.Biasanya jantan dengan betina mudah ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, duk gasak bercakar ajee memasing, sampaikan si Panjang tu dah menyorok diri...

      Delete
  2. Sesuai amanya panjang
    kakinya panjang sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nama sebenarnya Patchi, Sunah manggil...sampai rumah Sis Lin, jadi Panjang hahahaha

      Delete
  3. macam dana lah kak masa mula-mula comot datang rumah dulu, edy yang sayang dia lebih... dana biasa-biasa je... marah betul bila dia dok berak dalam pasu pokok dana hehehe... tapi sebab dia pandai amik ati edy, tak pernah kencing atau berak merata dalam rumah kami biarkan... sampaikan la dia bunting dan beranak dapat anak 4 ekor... kami ni laki bini rela je beli macam-macam keperluan dia... heheheh

    paling geram kalau diaorang main berlari abis semua barang kita berterabur hehehe
    si panjang tu baru nak sesuaikan diri tu kak, lama-lama nanti ok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dana..last-last Suami yang banyak melayan si Kenit..cuma tu laaa..Kenit susah nak ngam dengan Panjang, masih lagi bercakauu...Panjang plak suka memanjat, habis tadi pagi dia tumbangkan pasu bunga semua.. adeiii fening Omakk..

      Delete
  4. hahahaha , menyempit nyaa dua ekor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyeee sekarang tidur pun jejauh, susah nak serasi bersama...pening Omaknya ni haaaa

      Delete
  5. hahahahah tadi aku baca pasal menenangkan tu...nampak post ni kat related bawah, kelakor ek sebelum ko operate diorang menstresskan 🤣🤣🤣 nasib da faham bahasa skang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!