JOM PI MAKAN! 'FANTASTIC FRIDAY BUFFET DINNER' DI RAMADA MERIDIN JOHOR BAHRU KEMBALI LAGI! | Ianya kembali lagi! Mesti ramai menanti-nantikannya kan? Dan mesti ramai yang tertanya-tanya. Bila nak ada buffet dinner di sini. Okay, mulai minggu ini, korang tak payah dah menanti dan bertanya lagi, korang sesiap aje laa bermula Jumaat ini dan Jumaat seterusnya, 'Fantastic Friday Buffet Dinner' di Ramada Meridin Johor Bahru sudah kembali lagi! Yayyyyy!! Boleh jumpa Chef Selebriti tu lalalalala..
Siapa Chef Selebriti tu? Hahaha siapa lagi kalau bukan ketua Chef dapur yang bertanggungjawab menyediakan dan memastikan kesemua menu yang korang makan tu sedap, yaitu Chef Mozart. Chef Mozart pernah menjadi salah satu juri peserta Masterchef Malaysia pada tahun 2011 hingga 2013 yang terkenal dengan menu Nasi Kukus Ayam Berempahnya dan juga mempunyai sebuah restoran di bandaraya Melaka.
Sedap tak sedap air tangan Chef, korang kena datang sendiri makan malam di sini pada setiap Jumaat sahaja di Delish Restaurant, Level 5, Ramada Meridin Johor Bahru. Alhamdulilah Sis tak lepaskan peluang juga untuk merasai menu-menu yang di sediakan dan yang sebenarnya bukan apa, rindu nak ke sini, rasa lama nauu tak datang dan masuk Ramada Meridin ni.
Sempena menghargai jasa Frontliner yang bertungkus-lumus dalam memerangi wabak Covid19 ni, Ramada Meridin Johor Bahru telah menjemput mereka semua makan bersama bersempena bermulanya promosi makan malam buffet ini di restoran mereka.
Banyak menu yang di sajikan. Menu yang apa sedap? Semestinyalah Lamb Shank! Hahahaa..
Tengok aje lah keterujaan Sis ko ketika ternampak Lamb Shank tu. Duk gasak nengokkan Lamb Shank yang di sediakan, sampai nak amik gambar dengan Chef Mozart pun jadi lupa hahaha.. Aishhh payah beno Sis Lin ni kann..nampak makanan terus lupa semua.
Tak apalah, janji kita puashati dan enjoy makan di sini. Menu yang di sediakan pun ada lebih dari 30 jenis menu sedia ada, termasuklah main course, minuman, pencuci mulut, goreng-gorengan panas dan tak lupa juga aneka sup dan salah satunya Sup Ayam Berempah dia yang mesti korang rasa. Tak cuba memang tak lengkap lee makan malam korang di sini.
Main course dia pun boleh tahan oii, ada Nasi Beriani Daging dan Ayam, Nasi Ayam dan juga Nasi Lemak Ayam Kukus (ini adalah menu rotation setiap minggu), juga Baked Whole Fish with Special Sauce, Chicken Tandoori, Satay Ayam dan Daging, Wok-Fried Noodles (Mee Goreng Mamak & Kue Tiaw Goreng), Lok-Lok, Asam Pedas Ikan, Sotong Masak Rempah Kicap dan juga banyak lagi lauk pauk 'main course' yang ada.
Meh nengok gambo yang sempat Sis ko amik sebelum Sis duduk bismillah hehehehe..
Tapi ingat!! sebelum masuk makan, sila patuhi SOP yang di sediakan, termasuk juga etika norma baharu ketika hendak mengambil makanan. Korang akan di hand sanitiser dan diberi glove (sarung tangan) setiap sorang untuk di pakai ketika menceduk makanan. So patuhi arahan yang di sediakan ya.
Okay okay cukup dulu nengok gambo makanan tu, adoii tak ko dengan Sis ko pun sama oii terkecur nengoknya hahahaha. Dok menaip ni ada pulak yang wahtsapp tanya, berapa ringgit sekali bayar dan juga betul ke hanya Jumaat aja..
Fantastic Friday Buffet Dinner ni di jual hanya RM35nett untuk seorang dewasa dan RM25nett untuk seorang kanak-kanak [umur 6 to 12]. Yeee tak payah nak beliakkan mata laaa, dah memang itu harganya, sangat murah dan berbaloi dengan apa yang korang makan.
Cuba bayangkan kalau ko makan kat kedai, Nasi Beriani aje dah berapa hengget, belum lagi order air, tu tak siap pencuci mulut bagai..tapi dengan RM35 ni, jangan kata Nasi Beriani, segala macam menu korang boleh makan, haaaa ada berani???...
Okay meh sambung lagi menu seterusnya..
Haaa jangan tenung lama-lama, nanti lama-lama, sampai menjilat skrin hahaha.. RM35 jerr Bang, silalah bawa isteri, anak, keluarga juga rakan taulan ke sini. Nak honeymoon kat sini pun boleh, pakej penginapan dengan harga yang sangat murah pun ado. Sebut nama 'Sis Lin', nanti dapat ler parking free hahahahaha.. *dah memang free ya lalalalala..
Yaa..mengancamkan satay itu, sedap, besar dan terasa rempah ratusnya dalam isi satay tu. Jap, rasanya 6 cucuk kot Sis makan malam tu. Yang wrap tu pun sedap, panas-panas lagi Chef buat. Live in action gituh. Ko nak makan baru lee mereka buat.
Juga aneka jenis kuih-muih tradisonal dan aneka kek dan cheesetart, pun adoo. Buah-buahan pun ada, jangan risau. Cendol? Jap...macam rasa takde jerr... tapi minuman banyak pilihan, nak panas nak sejuk pun ado. Eh berapa banyak tanya le korang, pi je laa makan sana, baru tau macam mana.
Nak tengok lebih banyak gambar menu lagi? Sila ke @akusislin
So apalagi, silalah buat tempahan meja korang sekarang dan nikmati makan malam dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi. Untuk tempahan sila baca details di bawah sebagai rujukan. Tak faham boleh komen dan bertanya ya.
MAKLUMAN : Menu seperti diatas sentiasa bertukar @ rotation (bertukar-tukar setiap minggu), jika ingin kepastian mengenai menu pada minggu seterusnya, boleh call dan bertanya pihak hotel terlebih dahulu okay.
Jom Pi Makan! 'Fantastic Friday Buffet Dinner' Di Ramada Meridin Johor Bahru Kembali Lagi!
Ramada Meridin Johor BahruPromosi sehingga 31 October 2020.
Bermula jam: 7pm to 10pm
Venue: Delish Restaurant, level 5
Untuk tempahan:
Boleh Tel: 07-531 8888
Email: fbadmin@ramadameridinjohor.com
*Free parking & WIFI
*Halal certified restaurant
sekarang ni kebanyakan buffet hotel harga bawah RM50, tepuk dada tanya selera
ReplyDeleteamboi kemain menganga lagi dia ek..hahah..
ReplyDeletenasi briyani ka tu, huaaaa terliur ni
ReplyDeleteAaaa...Lapoo perot nengoknya...
ReplyDeleteterliurnya tengok..serius la rm35 je dengan menu macam tu. giler berbaloi..lamb shank tu. aduh tergoda kite..
ReplyDeletemurah gila buffet sorang RM35 je! menu dia pun bukan biasa-biasa fuhh
ReplyDeleteMengancam teruk menu-menu dia. LH paling suka pergi makan buffet sebab tak pening kepala nak pilih makanan apa
ReplyDeleteWah..murahnya...kenapalah jauh kt Johor tue..klu kat KL, k mid dah pergi dah nie...semua sedap2 tue
ReplyDeleteHuwaaaa bestnya buffet. Kita dah lama tak po buffet ni. Rasa rindu plak. Akak ni kannn. Grrrrr..
ReplyDeletekalau dekat dengan ai ji dah poie dahhh .....sate tu geram jer , dessert pun dah lama ai tak makan ...hari tu pi johor pun emergency kalau tak nak gak singgah mana2 hotel yg ada buat buffet camni ....murah tapi masih banyak pilihan
ReplyDeleteComplete menu nya lahaii mau tak pandang orang dah nampak makanan sana sini. Hehehe
ReplyDeleteKita kalau tgok menu cmni sis lin, mmg melantak kejenya..sampai xtau nak pilih menu apa sbb rambang tgok.. Hahaha
ReplyDeleteWahhh harga buffet dinner kat hotel ni sangat berbaloi la.. Since akan berada di JB arinie, nak cuba try test la if kesempatan nak pergi nanti..
ReplyDeleteMeriahnya buffet dekat Ramada ni. Rambang mata nak pilih ye sis. Harga pun murah tu.
ReplyDeletesedap2 semua tu. suka yang kambing ats nasi tu, mengiurkan
ReplyDeleteSerious la sislin? Semua menu-menu buffet yang sedap-sedap ni RM35 je seorang? seriousla? Heavennya makanan kat Johor ni. Saya nak pindah Johor la macam ni
ReplyDeleteMeriahnya menu buffet. Harga pun murah sangat ni..dah la chef selebriti yang masak. Kalau dekat hari ni jugak yaya tuju.
ReplyDelete