KALAU MAKAN BURASAK LAWANNYA ASAM PEDAS IKAN PARANG, BARU KAW! | Siapa sini pandai makan atau pernah makan burasak? Ke ada yang tak tau dan tak pernah makan? Burasak merupakan menu hidangan orang Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Burasak disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Dan kalau nak makan burasak, lawannya asam pedas ikan parang, baru kaw!.
Menjejes-jejes menaip ni haaa, nasiblah kenyang makan pagi tadi hahahaha.
Biasanya kalau nak makan burasak ni, kenalah tunggu raya atau kena pergi jauh nunn di Pontian sana. Tapi alhamdulilah area belakang taman Sis aje dah boleh dapatkan burasak ni. Jangan kata burasak aje, siap dengan aneka asam pedas lagi. Maksudnya ada asam pedas ikan parang, ikan mayong atau duri, ikan kembong dan kekadang tu ada asam pedas aya,, perghhh dasyat ko pepagi punya makan hahahaha.
Haaa nampak tuu..pepagi lagi sarapan Sis ko kemain meriah hahaha. Biasalah kalau keluar sarapan dengan Suami, dah macam keluar dengan blogger gak, sana sini hunting makan, ada je menu dan tempat baru, mesti Suami bawa pi makan.
Dan pagi ini, di sebabkan semalam Suami baru balik dari Kuantan agak lewat, so pagi ni dia tak dapat turun memancing, lagipun ada kerja yang perlu di settlekan. So kami berdua hanya keluar sarapan pagi aje. Bila di tanya nak makan apa, terus Suami bawa pi belakang taman aje, katanya, 'kita makan burasak ya', hehehehe..
Sis ookay aje, janji makan bersama lalalalala...
Nama kedainya Ikan Bakar Madi Best. Yaa memang ada jual ikan bakar, tadi masa pergi pun ikan baru perap, kang tengah hari time lunch, haaa dah ada le ikan bakarnya. Menu berlauk dia pun kemain meriah, kalau datang tengah hari memang rambang biji mato ko nak pilih makan apa. Tapi asam pedasnya tetap menjadi pujaan.
Madi Best ni pun ada FoodPanda gak, tu yang kekadang Sis order gak guna FoodPanda hehehehe. Ikut mood lerr, agak malas nak memasak, order aje. Tapi kalau korang datang pagi, haaa cubalah makan burasak kat sini, dan jangan lupa makan dengan asam pedas ikan parang, baru kaw. Kenapa ikan parang? Sis ko pun tak tau jawabannya, padahal boleh je makan dengan ikan lain kan hahahaha..
Dah le ikan parang tu banyak tulang, makan kena penuh kesabaran, kalau tak mau tercekik dek tulang parang tu oii...jangan buat keje gile kalau korang tak pandai nak asingkan tulang. Makan aje laa asam pedas ikan kembong hahahaha..
Madi Best ni Sis tak tau buka jam berapa, seawal jam 7am kalau korang pergi memang dah ada, cuma asam pedas baru nak siap laa..nak best datang le jam 8am gitu, haaa semua dah siap.
Alamat? alamak tak tau laa alamatnya, setahunya Taman Scientex aje hahahaha.. rasa korang waze Madi Best boleh sampai kot. depannya rumah putih besar gitu hehehehe.. next time pergi lagi Sis tengok alamat ya.
Okay, jom le memasak..today nak masak campak-campak sebab mood kurang baik harini..P/S: Next time nak bawa Sunah makan sini, dia mesti terkejut nengok lauk pauk hahahaha...
mood kurang pun ,tapi tgk masakkan nampak sedap sngt
ReplyDeletesedap tu sis, lagi ikan parang uiiii sedap.
ReplyDeleteBurasak kita tak berapa pandai makan sangat, just rasa je selalu haha.
posting ni buat kita kecur, tak silap asam pedas ikan parang ni disebut Nasumatey, tengok gambar dah tau asam pedasnya sedap tu
ReplyDeletetak pernah makan burasak tu
ReplyDeleteFuhh sedapnya asam pedas. merah menyala asam pedas tu. Kelihatan sedap amat! Tak pernah makan burasak tu. apatah lagi nak makan dengan asam pedas. huhu
ReplyDelete