MASAK PENUH DENGAN KASIH SAYANG DI HARI JUMAAT | Ececece tajuk kemain ek, masak penuh dengan kasih sayang hahaha...Apa agaknya selama ni masak tak penuh kasih sayang ke Puan Lin? Hahahaha. Alaaa korang ni kann, tajuk pun nak jadi bahan, bukan sebelum ni takde kasih sayang, tapi untuk hari ini lain sikit, sebab Sis ada tetamu di rumah, makanya masak tu penuh kasih sayang, gituh!..
Siapa tetamu Sis? Hohoho siapa lagi kalau bukan Cik Sun kita hahaha. Yaa Cik Sun tidur rumah Sis semalam, pepagi dia dah sampai bersama dengan Panjang aka Patchi. Sapa tu? Jap tunggu sampai bawah korang baca ya.
Sebenarnya pepagi tadi lagi dah duk depan laptop, duk tengok sana sini, tapi tak tau nak update apa. Tup-tup bila Sis sign out, kasi clear cache dan cookies di laptop, bila sign in aje, alamakkkkkkk interface blogger dah bertukar baru dan tidak boleh revert ke classic lama lerr, adudududududu..
Teruslah terpinga-pinga sambil bercakap dengan Cik Sun...eee malasnya nak tukar template lagi nak edit bagai adoiii.. tapi Cik Sun gigih, dia terus buat dan tukar template blog dia, korang pi le tengok..
Sis? Malas nak melayankannya, so Sis masak dulu di dapur. Menu untuk Jumaat harini, Udang Masak Lomak Nanas, Ikan Kembong Goreng dan juga Sambal Hijau Petai yang anak Sis beli online. Juga adalah Ikan Pekasam kelmarin yang Sis simpan dalam peti ais dan Sis panaskan. Jadilah menu untuk hari Jumaat ni.
Rasanya lama juga Sis tak masak beriye begini, ye laaa bizi keluar masuk dengan event. Juga satu hal, semua orang dalam rumah semua diet, termasuklah Suami. Memasing semua taknak makan malam. Kang masak bebanyak siapalah yang nak makannya?
Sebab itu bila ada tetamu gini, kebetulan ada lauknya, maka rezeki tetamu laaa kan, kita masak sedap-sedap, masak penuh dengan kasih sayang, gituh! Tapi memang sayang pun sama dia hehehehe..
Dah masak senang, kerja pun dah siap, tinggal nak melipat kain yang penuh berbakul, tapi esok aje laa buat..petang ni Sis ada event di sebuah Hotel dengan Cik Sun juga. Suami pula katanya balik lewat sikit, sampai Johor dari KL, nak ke Kong Kong Laut dan mencari umpan katanya, esok kan Sabtu, apalagi, mancing lerr dia.
Siapa Panjang aka Patchi? Haaa tu diaaaa...tetamu baru dalam rumah ni. Merangkap kawannya si Kenit. Comel tak? Nampak garang tapi dia baik dan manja. Mula-mula memang laaa kan, yang si Kenit pun kemain garang, nak terkam cari gaduh aje dengan si Panjang ni, tapi harini nampak dah boleh kawan dah.
So kucing rumah Sis dah ada 2 ekor laa termasuknya Panjang ni. Yang Fury aje belum jadi penghuni tetap, sebab masih di kandang kerana kurapnya. Itupun Cik Sun akan bawa dia balik. Kesian Fury, dia kecil sangat nak berkawan dengan Kenit, dan Sis pula takde pengalaman membela kucing yang ada kurap, maafkan Mak ya Fury huhuhu...
Aah Panjang kucing Cik Sun, Fury pun sama, so kalau korang nak kucing, boleh minta dengan Cik Sun. Kenit aje bukan, dia kucing jalanan yang sesat masuk dalam rumah Sis. Rezeki merekalah.. Sis ni bukanlah suka sangat membela kucing tapi tu laa orang kata, dalam rezeki kita, ada juga bahagian orang lain, so Kenit dan Panjang la yang dapat bahagiannya.
Okaylah, nanti sambung lagi...rasa kekok laaa update guna interface blogger baru ni, harapnya gambar janganlah blur ni huwaaa..kalau tak kenalah tukar template juga.. ermmm
P/S: Harapnya Kenit dan Panjang behave menjadi penghuni rumah ni.. ada masa biol kepala nengok kenakalan mereka, aiyoooo...
alhamdulillah, sedapppp makan tengahari hari ni, ke laut diet karbo aku weiii!
ردحذفHahahaha...ko datang sini jangan nak diet sangat yaaa...
حذفSedap sungguhhhh nampak! Alahai, bila nak Rasa lagi air tgn youu sis...hohohoh... Nice, hancur diet cik Sun..kah kahhhh
ردحذفMai lee, next time kalau Sunah datang, Sis bgtau ko eh..Sis masak...
حذفSemoga si panjang dan si kenit jadi teman penghibur
ردحذفAaamiinn...makaseh Wak..ni pun Panjang belum serasi, masih bising meow semacam kehilangan sesuatu...
حذفSedapnya menu hari nie.. kalau yang nak diet pun harus tergugat jadinya.. hehehe..
ردحذفAlhamdulilah Kak Sue, rezeki tetamu...
حذفhi Panjangggg... comelnya awak :) sedap dah tu Lin
ردحذفHahahaha harap comel laaa macam Tuannya hahahaha...
حذفdapat rasa kasih sayang tu walau mampu tgk gambar yg sis kongsikan tu jew :)
ردحذفHehehe alahaiii makaseh Atie..
حذفudang tu namapak menyelerakan
ردحذفYup..letak nanas, sendiri masak sendiri puji sedapnyaaa...
حذفhuwaaaaa lapo tengok petai tu hahahaha
ردحذفHahahaha silalah beli online aje tu huahuahuahua
حذف