PUASHATI DAN SELESA MENGINAP DI LOTUS DESARU BEACH RESORT - ONE BEDROOM SUITE

Sis Lin
19
PUASHATI DAN SELESA MENGINAP DI LOTUS DESARU BEACH RESORT - ONE BEDROOM SUITE | Cuti-cuti Malaysia telah pun bermula walaupun negara kita masih lagi dalam usaha menangani wabak Covid19 ni. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia jika berpeluang dan ada rezeki, jom turut serta dalam memeriahkan dan menaikkan kembali ekonomi Malaysia dengan hanya cuti-cuti dalam Malaysia aja.

Lagipun kan pintu-pintu masuk ke Malaysia dan keluar negara masih di tutup, so inilah masanya untuk kita bercuti, mengenali tempat-tempat menarik di Johor (tempat Sis) atau di Malaysia yang mungkin kita sendiri pun tak pernah pergi kan kan kan..

Bagi Sis, jika kita patuhi SOP yang di berikan, dan kita sentiasa #KItaJagaKita, insyaAllah wabak Covid19 boleh di atasi dari menular ke sana sini. Jika tak sihat atau korang ada bawa golongan yang berisiko tinggi, eloklah #DudukDiRumah aja.

Dan untuk harini Sis nak kongsikan percutian penginapan Sis dua hari satu malam di Lotus Desaru Beach Resort ni. Sis dan Suami amik one bedroom suite aje. Yo laa hanya kami berdua aje, anak-anak semua tak ikut, kira dah macam honeymoon ajo ni haaa...


Lotus Desaru Beach Resort ini terletak di sepanjang pantai timur Johor. Hotel ini memiliki taman air yang sememangnya menjadi kesukaan para pengunjung di sini. Yaa anak Sis pun kalau datang sini, belum apa-apa, tempat air tu dulu mereka tejahnya. Juga ada pusat kecergasan (gym) dan termasuk juga ada gerai menjual pakaian mandi dan cenderahati.

Maaf tak amik gambar teman tema dan wimming poolnya sebab tak de nak ke arah situ, maklum takde bawa anak hahahaha..

Bilik-bilik suite mereka pun ada banyak pilihan dan ruang yang luas termasuk dengan dapur kecil. Tempat letak kenderaan pun mereka bagi percuma dan siap ada shuttle free untuk korang pergi dan balik jika bilik korang jauh dari tempat makan restoran mereka.



Kalau korang pergi berdua dan amik bilik one bedroom suite ni, korang jangan terkejut plak bila masuk aje ke dalam tak nampak ada bilik ya hahahaha.. sebab biliknya satu di ruang atas nuu.. Yaaa kena naik tanggalah, so kalau rasa korang memang tak boleh nak naik atas atas sebab kesihatan, makanya janganlah amik yang one bedroom suite ni. Kang tak pasal-pasal, lutut sakit plak hehehe..

Untuk bilik Sis ni, dari balkoni bawah tu kalau buka tingkap akan nampaklah kawasan lapang yang saujana mata memandang walaupun bukanlah indah sangat pemandangannya, tapi kira okaylaaa, dari buka tingkap nampak hutan hahahaha..



Haaa tu tengok tu, tu lee tangga yang Sis kata untuk korang naik ke bilik atas. Memang nampak tinggi dan curamkan, Sis ko nak naik pun mulanya pun seramm gak hahahaha.. Tinggi beno ko, ni kalau ada anak kecil, baik-baik laaa jaga tengok anak tu, takut kang lain hal pulak jadi kang.

Sebab bila ko naik atas, beranda bilik tu terbuka, so kalau jenis anak yang agak hyperaktif, uisshhh kang takut plak mereka terjun. So hati-hati yaa.. Sis pesan aje, jangan kata Sis tak cakap haaa...



Untuk one bedroom suite ni, mereka sediakan katil King size ko, memang besar lapang katil, boleh guling-guling gaya hindustan dengan Suami hahahaha.. Dan di tingkat atas sahaja yang ada bilik air okay. Tingkat bawah tidak ada, so kalau korang balik ke bilik, kalau nak terkencing, silalah naik atas, jangan sampai terkencit plak kat tangga yaa hahahahaha..

Lain-lain macam biasa, kelengkapan mereka semua lengkap termasuklah sterika baju, water heater, pemanas air, peti ais, barang mandian dan tuala juga sejadah pun ada. Tapi time wabak Covid19 ni, korang bawalah tuala dan sejadah sendiri ek, lebih selamat.


Restoran tempat makan pun ada juga di sana. Biasa sarapan pagi akan makan di Cafe Teratai ni. Dan kalau korang rajin nak ronda-ronda dan taknak makan di dalam Lotus Desaru Beach Resort ni, haaa korang boleh keluar mencari makan di sekitar Bandar Penawar. Banyak gak kedai makan seafood yang ada di luar sana.

Tapi kalau malas nak keluar ke, makan aje di Cafe Teratai ni atau ada satu lagi restoran Cina mereka. Lupa plak namanya. Cuma time Covid19 ni agak terhad laa ye, tak boleh bersesak-sesak time buffet tu. Patuhi SOP okay.



So korang yang ada nak ke area Kota Tinggi Desaru dan nak bawa keluarga bercuti, mai le Lotus Desaru Beach Resort ni, mereka tengah ada promosi 'Buy Now, Stay Later' yang pasti ianya menjanjikan kegembiraan buat korang seisi keluarga.

Untuk tempahan, korang boleh ke :

Contact : +607 8842800 ext 1886
Email : rsvn@lotusdesaru.com

Facebook | Instagram | Website 


P/S: Bila Sis pergi ni? Eh adalah, sibuk! Hahahah #AkuYangCutiKauYangPanas Ekkk... hahahaha

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ohh menariknya...aku selalu ada impian nak bilik tidur macam tu, kat atas ade katil tu aje..macam dalam cite2 korea..haha

    ReplyDelete
  2. bestnya tang bilik tu..mmg sesuai sgt hpney to the moon..haha...

    ReplyDelete
  3. actually byk ja kan tempat dlm malaysia ni yg cantik2.. kita ni asyik nmpk negara luar ja cantik, but this time.. mmg kena tawaf satu malaysia ja... sbb pintu still tutup eheheh

    ReplyDelete
  4. cantikla bilik die. betul kalau ada anak2 kecik tak sesuai sikit la kalau bilik mcm ni. takpe nak bercuti dlm malaysia..pastikan jaga jarak dan kebersihan.facemask jangan lupa..hehe

    ReplyDelete
  5. lama dah tak check-in lotus, dulu pernah beberapa kali duduk one bedroom suites & dua ke tiga bedrooms. Pernah kat one bedroom ni, masa tu Iman tidur bawah, sekali malam-malam.......

    ReplyDelete
  6. pehh, best nye. dah macam duduk kat rumah sendiri je tengok suasana rumah tu. nampak selesa

    ReplyDelete
  7. Huhuhu......tringat pula my former organization family day 2015. We had our celebration at Lotus Desaru. The room was good.

    ReplyDelete
  8. Serious lah murah. Aduhh rambang mata plak nk holiday mane ni. Lexis hibiscus ke Desaru hahaha.. Dilema btol.

    ReplyDelete
  9. cantik lah bilik dia. tak pernah stay suite room yang jenis camtu. murah plak tu.

    ReplyDelete
  10. Lawalah bilik dia.luas betul kan, selesa kalau ada anak ramai macam ai ni. Hihi

    ReplyDelete
  11. Cantiknya bilik kat hotel ni.. Next time pergi sana dah tahu nak book hotel mana dah.. Thanks for sharing ya..

    ReplyDelete
  12. Memang nampak selesa bilik kat hotel ni, kemas dan bersih je.. rasa macam nak try bermalam kat hotel ni je..

    ReplyDelete
  13. Cantik bilik suit dia. Besar dan luas.. Memng best ler kalau menginap dekat sini

    ReplyDelete
  14. Cantik gak bilik dia. Lain daripada yang lain. Seram tengok tangga tu. Tapi puas hati lah sebab harga promo gitu. Nak beli nanti. Nak honeymoon ngan husband..hehe

    ReplyDelete
  15. Lama teringin.nak dtg sini bercuti. Suka tgk pemandangan laut desaru yg cantek

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kakak . Lotus Desaru memang recomended untuk bawa anak - anak cuti . Lepas ini akak try pergi Mersing pula .

    ReplyDelete
  17. Lotus Desaru punya room looks so nice! I wish I can cuti cuti Malaysia juga. But I choose to stay home if possible la

    ReplyDelete
  18. Best nyer this one room apartment, sangat luas and the facilities pun lengkap.

    ReplyDelete
  19. puas hatinya tengok. nampak luas dan selesa. thanks share sis :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!