SIAPA KATA AKTIVITI MEMANCING TU BUANG MASA?

Sis Lin
21
SIAPA KATA AKTIVITI MEMANCING TU BUANG MASA? | Buang masa? Buang masa kat mana? Setahu Sis buang umpan aje ke dalam laut, then tunggu umpan makan, dan hasilnya dapat berjenis ikan dan di bawa balik untuk keluarga dan menjadi rezeki pada hari itu dan seterusnya (jika banyak hasilnya).

So datang mana plak buang masanya tu? Cer cakap cer cite?...

Mungkin yang berkata tu dia sendiri tak minat memancing, atau pun tak dapat 'green light' dari Isterinya kut, tu yang dia kata buang masa. Masa tu kita adjust, bukanlah hari-hari ke laut atau kolam untuk memancing, kena bagi-bagi masa dengan keluarga. Jadikan aktiviti memancing ni sebagai hobi, maka tidaklah rasa ianya buang masa.

Contoh dekat Sis aje. Dah selalu Sis menulis mengenai Suami Sis pergi memancing, dan hasilnya memang sangat lumayan, belum pernah lagi Suami pulang tidak membawa hasil. Baik memancing di laut ataupun di kolam. Mesti ada je hasil yang di bawanya. Tak kisahlah ikan kecik ke ikan besar ke, janji ada hasilnya.

Cuma satu je Sis nak bagitau, memang kalau dah hobi orang lelaki memancing, jangan di tahan atau di marah, ianya sedikit sebanyak boleh beri kesan emosi dan impak pada diri mereka. Sebab yee la kita kena faham, sebab mereka dah bekerja seharian penat, so bila ada masa terluang, itulah yang mereka nak hiburkan hati bersama kawan-kawan keluar memancing.

Yang tak boleh tahan tu satu jer...bila dah kata hobi kann, alatan memancing mereka perghh boleh tahan gakk mahal harganya. Tu yang jenis memang 'taiko' kaki mancing lee, semua alatan nak jenis branded..kalau yang jenis biasa-biasa janji ado tu, tak kisah branded pun, janji dapat pi mancing heheheh... ye dak Bang...


Sebenarnya, aktiviti memancing mempunyai banyak rahsia yang korang mungkin tidak tahu. Malah, seperti hobi yang lain, memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental seseorang. Memancing bukan sahaja mampu merendahkan tahap stres seseorang, malah ia juga boleh bantu lelaki jadi makin cergas!

Tak percaya? Jom baca artikel Hello Doktor di bawah ini.

7 sebab mengapa korang perlu jadikan memancing satu hobi

1. Bantu korang jadi lebih cergas

Bukan mudah untuk mendaratkan seekor ikan yang bersaiz besar ya! Seorang lelaki perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki untuk menarik seekor ikan ke darat.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang, tempat memancing yang menjadi port juga jauh daripada kawasan awam. Peminat aktiviti memancing perlu mendaki sedikit ataupun berjalan 10 hingga 15 minit sebelum tiba ke destinasi yang dituju.

Tambah lagi, khemah dan peralatan memancing juga perlu dipasang, dan semua aktiviti ini juga perlukan tenaga!

Siapa kata aktiviti memancing ini hanya duduk dan tunggu sahaja?


2. Memancing tambah vitamin D dalam badan

Vitamin D banyak terkandung dalam sinaran matahari. Oleh itu, individu yang sukakan aktiviti yang dilakukan di luar rumah pasti dapat menerima vitamin D yang cukup untuk badan. Antara fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan juga phosphorus dalam badan. Vitamin D juga bantu sistem imun berfungsi dalam kadar yang normal.

Jika korang tidak mendapat vitamin D yang mencukupi, penyakit seperti osteoporosis boleh menyerang korang di kemudian hari. Selain itu, vitamin D yang cukup juga dapat merendahkan risiko seseorang untuk menghidap depresi.

3. Lebih fokus

Menurut pakar, individu yang gemar menghabiskan masa dikelilingi dengan alam sekitar mempunyai keupayaan untuk fokus dengan lebih lama.

Tambah lagi, di dalam jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa yang lebih panjang.

4. Hobi memancing bantu kurangkan stress

Kajian mendapati bahawa orang dewasa yang mempunyai hobi kurang berisiko untuk mengalami stress ataupun depresi. Mereka juga mempunyai mood yang lebih baik jika dibandingkan dengan individu lain yang tidak mempunyai hobi.

Aktiviti memancing yang membolehkan peminatnya untuk keluar menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam sekitar sudah pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa lebih tenang dan bahagia.

Jika korang alami masalah tidur malam, cuba libatkan diri dengan aktiviti memancing. 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.


5. Individu dengan hobi memancing banyak kawan, sahabat

Hobi memancing juga dapat bantu eratkan tali persahabatan ataupun ikatan kekeluargaan. Pasti seronok bukan jika sepanjang hari dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat dan juga hobi yang sama. Bukan sahaja dapat berkongsi pendapat, malah, mungkin pada hujung sesi memancing nanti korang boleh jumpa kawan baru!

Tambah lagi, ada dalam kalangan pemancing yang melakukan aktiviti ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Seorang ayah mungkin akan bawa anak lelakinya memancing pada waktu senggang. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.

6. Hobi memancing bantu tingkatkan keyakinan diri

Kaki pancing selalunya gemar bertukar-tukar cerita antara satu sama lain. Mereka akan bercerita tentang pengalaman memancing yang lepas seperti ikan apa yang telah mereka tangkap ataupun tempat yang terbaik yang mereka pernah lawati.

Semua aktiviti ini boleh bantu para pemancing untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. Tambah lagi, hobi memancing juga boleh bantu asah skil komunikasi dalam berhubung dengan orang lain.

7. Amalan memancing ikan bantu korang lari sebentar dari dunia nyata

Seperti hobi lain, hobi memancing amat membantu penggiatnya untuk lari sebentar dari dunia nyata dan hiruk-pikuk kota. Setelah menghabiskan banyak masa terperangkap dalam pejabat dan hanya duduk di hadapan skrin komputer, pasti mental rasa lega ketika mendengar bunyi jeram di sungai.

Kepala juga rasa lebih ringan ditiup angin sejuk di luar bandar. Pasti badan yang rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!


Haaa bila dah dapat hasil yang di bawa Suami, apalagi, masaklah dengan penuh kasih sayang...gituh! Yaaa Sis kalau Suami bawa balik aje ikannya, memang akan masakkannya sedap-sedap...gembira Suami bila makannya. Cuma kekadang ikutlah nasib, ada rezeki dapat ikan besar, ada masa ikan kecik, tapi ada lee yang di bawanya balik..

So ibu-ibu ...jangan marah kalau Suami pergi memancing yaaa...takde buang masanya, masa tu kasi adjust hehehehe... Macam Sis, hanya kebenaran memancing hari Sabtu aje, hari Ahad masa bersama... kalau public holiday pun Sis benarkan.. baik tak Sis ko ni hahahaha...

Okaylah...nanti sambung lagi yaa...


P/S: Tekak teringinnya nak makan lauk Ayam Kicap Pedas... ermmm kena masak le gamaknya ek..

إرسال تعليق

21تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. orang yg sabar je boleh mancing ni, saya tak mampu..haha

    ردحذف
  2. Bagi kitalah, kan.. orang pandai memancing ni sebenarnya ada deria ke-enam. Kita memang tak ada, pernah dulu memancing dengan dengan student, mata kail tu elok jer tapi umpan habis. Orang yang pandai mancing, dia boleh rasa bila ikan dah ragut umpan tu, dia akan rentap, barulah dapat ikannya, tak gitu

    ردحذف
  3. Husband pi mancing ikan takpe lagi Sis Lin, jangan ke lain kan..hehe gurau je. Best la mancing ...nak² bila menjadi, bawak ikan fresh tu. Terus masak..isi ikan baru sedap sangat

    ردحذف
  4. rugilah kata gitu...Baguslah aktiviti memancing ni.boleh tenangkan fikiran..Hadap laut/sungai yang tenang dari ngadap perangai orang yang entah pape..hhahaha

    ردحذف
  5. dana takde kesabaran nak memancing hehehehe

    ردحذف
  6. minat memancing ni mmg lain dari yg lain, hanya yg bersabar ja mampu.. klu i , mmg tak la...

    ردحذف
  7. SA tak minat memancing tapi SA suka lepak tgok orang memancing...dengan pemandangan yang cantik dan mampu membuatkan hilang stress, why not kan?

    ردحذف
  8. Anak sulung saya pun yang terlalu suka main video game pun bulan lepas dah mula suka memancing. Terus lupa dah sibuk nak main game masa bawa ke Pulau.

    ردحذف
  9. Indeed hobi memancing ni mmg bagus kan, better la daripada melepak mana-mana tak tentu hala tu kan hehe. At least memancing ni selain bnyk kebaikan unt pemancing, insyaAllah ada je buah tgn yg akan dibawa balik mereka nnt kan, kita pon seronok makan sama2 hasilnya 😁

    ردحذف
  10. suka mancing tapi tak suka ikan ! hhaha boleh gitu. tapi betul lah memancing ni banyak faedah dia .cumanya kite cepat jeles kalau tengok member dapat dulu ikan hahahaah

    ردحذف
  11. Kmid faham sangat nie sbb hubby k mid memang kaki pancing...pantang ada masa terluang, dia and the geng mesti hilang pergi memancing..dulu rajin gak ikut klu memancing kt kolam ikan

    ردحذف
  12. Orang kaki pancing ni kena sifat penyabar. Hehe. Bukan senang nak pancing ikan. Pakcik2 ena gila memancing tp habuan die jgn cakaplah memang buat duit. Sekali upload FB licin jual. Wife dia untung mcm2 ikan mahal makan. Xpayah beli

    ردحذف
  13. Memancing ni satu aktiviti yang sihat.Jadi tak sihat bila terlalu taksub sampai abaikan banyak perkara.Selagi semuanya terkawal..ok saja.

    ردحذف
  14. Saya kalau pi mancing. Macam pi piknik kak. Kerusi kecik, baldi, khemah, periuk, kayu api, arang, bekas masakan dan buku. Sambil mancing baca buku. Best betul moment gitu. Hehe

    ردحذف
  15. Rawlins sejenis yang tak leh duduk diam lama2 maka memancing bukan kegemaran Rawlins. Tapi memang setuju dengan faedah2 tu semua

    ردحذف
  16. Bila baca ni reminds me of my childhood, Sungai Miri just behind kedai nenek dan habis sesi persekolahan jer sure akan pergi beli alat memancing dan spent whole afternoon memancing with friends. Sekarang Sungai Miri ni dah jadi dataran dah huhu...

    ردحذف
  17. dulu arwah ayah suka la memancing, joran pun ada lagi. Hobi dia turun dekat adik lelaki bongsu tapi ikan tak dapat la pulakkkk hahaha

    ردحذف
  18. Dia yang caka bosan tu memg dlm hati tak minat memancing.. Hahaa.. Kalau prgi memancing memg cmpak umpan tumggu ikan tu makan. Paatu smbil tunggu buatla apa patut.. Part menunggu la memng penat, bila dapat, teruja. Hahah

    ردحذف
  19. sebenarnya aku pun suka memancing, dulu masa degree aku siap beli joran, kawan baik aku kat kampung sesama UTM gak, ajak aku mencipta hobi ni dengan dia...tapi tak pernah lagi la kami dapat tangkap ikan guna joran tu sebab mancing kat tasik yang takde ikan..hahahahhahahahah

    ردحذف
  20. Best mancing kalau dapat something dan dibawak balik pape..wow...nice sis...public holiday pun bg husband mancing..kah kahhh...kerr...sis pun busy jugekkk public.....hihi

    ردحذف
  21. Teringat kat arwah pakcik za yg suka bwk za memancing masa kecik2 dulu. Seronok memancing ni lagi2 bila dpt tangkap ikan. Tapi za geli nak pegang. Haha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!