TONSIL BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA TIDAK DI RAWAT | Tajuk dia memang menakutkan, sahaja Sis letak macamtu sebagai peringatan buat diri sendiri yang tak tau nak bertindak segera, sedangkan dah tau diri sendiri ini ada Tonsil, huhuhu. Bukan tak amik endah, Sis dah buat rawatan, pergi medical check-up dan juga dah ada buat appoinment untuk buang tonsilnya, cuma tergendala prosesnya gara-gara wabak Covid19 ni.
Yeee apalagi, penakut nak buat swab ler hahaha. Oii jangan gelak sangat ek, kena kat ko, ko pun sama takut okay,ceh!. Tapi tu ler, jenis Sis ko memang suka membaca dan suka mencari info mengenainya, dan ada yang Sis baca tonsil boleh membawa maut jika tak di rawat. Contohnya dalam kes Sis ni, sukar bernafas dan nafas tersekat ketika tidur. Ini yang ada terjadi mati dalam tidur, Allahuakbar, ngerinya kan..
Sis dapat tau yang Sis sukar bernafas setelah Sis buat ujian Sleep Test. Result sleep test tu memang menunjukkan dalam tidur Sis ada beberapa kali penafasan Sis terganggu. Memang sangat bahaya. Then selepas tu barulah Sis rujuk kepada Doktor Pakar, dan selepas tu baru Sis tau Sis ada tonsil.
Setelah diperiksa dan berbincang, Doktor sarankan Sis buang tonsilnya, ini juga kerana lelangit nipis Sis jadi menebal, so bila tidur, ianya akan menutup saluran penafasan tu. Ermm semakin bikin aku kaget!. Tapi alhamdulilah laaa, sebab Sis tau cepat dan boleh fikir apa nak buat. Jenis Sis ni kalau tau sakit sikit, memang nak cepat ubatnya, takutttt jadi melarat, taknak menyusahkan orang nanti menjaganya bila keadaan semakin buruk Betul tak?
So korang yang ada Tonsil tu, segeralah dapatkan rawatan atau yang rasa macam ada tu, silalah pergi buat pemeriksaan. Nak tau lebih lanjut mengenai bahayanya tonsil ini? Meh Sis kongsikan serba ringkas di bawah ini.
Sumber & image : copy paste sana sini. Sebagai rujukan buat diri sendiri.
- Tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks).
- Setiap manusia mempunyai 2 biji tonsil. Tonsil berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks) di antara tiang anterior (“anterior pillar”) dan tiang posterior (“posterior pillar”).
- Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
Fungsi
- Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
- Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
- Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
- Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.
- Tonsilitis akut atau sakit tekak akut disebabkan oleh virus atau bakteria.
- Tonsillitis Berulang dalam kes sedemikian, pemberhentian antibiotik membawa kepada serangan lain terhadap jangkitan bakteria dalam masa beberapa minggu, sehingga menyebabkannya berulang lagi.
- Tonsillitis kronik berlaku apabila jangkitan tonsillitis berulang menyebabkan sakit tekak yang kronik, nafas berbau dan nodus serviks lembut yang berterusan.
- Tonsil atau Tonsillar Hyperplasia atau Tonsillar Hypertrophy ini berlaku pembesaran tidak normal tonsil palatal dengan gejala kardinal termasuk berdengkur, kesukaran menelan dan (jarang) kesukaran dalam bercakap.
- Penyebab utama tonsilitis ialah bakteria atau jangkitan virus.
- Ia boleh tersebar daripada orang dengan batuk dan bersin.
- Orang dewasa yang mempunyai beberapa bentuk imunodeficiency (contohnya pesakit yang dijangkiti HIV) juga terdedah kepada tonsilitis.
- Pengambilan antibiotik yang memusnahkan flora normal organisma di dalam mulut dan diabetes tidak terkawal adalah sebab-sebab lain dari tonsillitis.
- Virus yang menyebabkan kebanyakan tonsilitis akut adalah adenovirus, rhinovirus, influenza, coronavirus, dan virus pernafasan. Virus yang kurang biasa adalah virus herpes simplex, virus Epstein-Barr (EBV), sitomegalovirus, dan HIV.
- Kebanyakan tonsillitis bakteria (strep throat) disebabkan oleh streptokokus Kumpulan A β-hemolitik (GABHS)
- Sakit tekak yang sangat teruk
- Sukar dan sakit ketika menelan
- Nafas berbau
- Sakit kepala
- Suhu badan tinggi 38 ° ke atas
- Batuk
- Hilang selera makan
- Berdengkur
- Sakit di telinga dan leher
- Tonsil yang kelihatan merah dan bengkak
- Tonsil yang mempunyai bintik putih atau kuning
- Kesukaran bernafas
- Mengganggu bernafas semasa tidur (Obstructive sleep apnea)
- Jangkitan yang merebak jauh ke dalam tisu sekeliling (Tonsillar cellulitis)
- Jangkitan yang mengakibatkan koleksi nanah di belakang tonsil (Peritonsillar abscess)
- Demam panas lebih daripada 103˚ Fahrenheit
- Kelemahan otot
- Sakit tekak yang berpanjangan lebih dari 2 hari
- Basuh tangan dengan bersih dan kerap, terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum makan
- Elakkan berkongsi makanan, minum gelas dan botol air
- Gantikan berus giginya selepas diagnosis dengan tonsillitis.
- Jauhi anak anda ketika dia sedang sakit
- Tanya doktor sekiranya ada masalah untuk anak anda kembali ke sekolah
- Ajarkan anak anda batuk atau bersin menggunakan tisu jika perlu
- Ajar anak anda untuk mencuci tangannya selepas bersin atau batuk
- Pesakit diminta untuk mendapat rehat yang secukupnya
- Minum air yang mencukupi
- Kumurkan tekak dengan air garam
- Gunakan ‘air humidifier‘ untuk melembabkan udara persekitaran supaya tekak terasa lebih selesa
- Gunakan ‘lozenge‘ untuk mengurangkan sakit tekak
- Gunakan ubat tahan sakit ataupun ubat demam untuk mengurangkan sakit dan demam
- Tonsilitis berlaku sebanyak 7 episod dalam satu tahun
- Tonsilitis berlaku sebanyak 4 hingga 5 kali setiap tahun dalam masa 2 tahun
- Tonsilitis berlaku sebanyak 3 kali setiap tahun dalam masa 3 tahun
- Sekatan pernafasan ketika tidur (obstructive sleep apnea)
- Susah untuk menelan
- Nanah pada tonsil yang tidak baik setelah mengambil ubat antibiotik.
betul..sebab tu paling risau kalau anak kita kena tonsil ni.Nasib baiklah tonsil dia tak terlalu teruk.Tapi kalau kena tu sakit jugak tekak dia.Sampai muntah-muntah..boleh susut badan dia cepat
ردحذفbahaya nya tonsil ni kan.. takot la tiba2 ada tonsil ni... i scare of two things.. tonsil and buasir .. huhuh sbb anything boleh kena kan
ردحذفIndeed betul tu tonsil boleh jadi bahaya jika dibiarkan dan tak check lebih lanjut kan. Sharing yang bagus, banyak yang qeela dapat tambah info lagi lepas baca ni hehe 😁
ردحذفBtul tu! Tonsil is very dangerous. That’s why Kalo rasa sakit tekak better pegi check cepat. Tonsil x boley dianggap main2.
ردحذفngerilah pulak..
ردحذفkakak sayang... cepat ye gi buang tonsil..
ردحذفnanti saya banjer makan eskrem :p
Tonsil ni bahaya utk semua. Kalau budak, lg tak tau nak bg tau sakit apa. Bawa pi hospital, nganga dah bernanah la. Bengkak la. Hurmmm. Saya pun ada tonsil sebab dah start berdengkur bila tido. Hehe
ردحذفSamalah macam nad, kalau ade sakit suka baca dan cari info. Bila baca sampai boleh bawk maut memmg sramla. Tengok gambar pun tau skait snagat tu.. Semoga akan diberi kesihatan ygbaik
ردحذفBahaya jugak tonsil nie tapi nasib baik tahu lebih awal jadi bolehlah ambil langkah2 pemulihan awal..thanks sharing sis
ردحذفThanks for sharing this information. Rasanya salah satu sebab berdengkur kuat pun disebabkan oleh tonsil ni kan. Perlu buat checking juga la...
ردحذفBanyak maklumat berguna dapat lepas baca pasla tonsil ni. Pendek kata tonsil memqmng bahaya jika kitabtak berjaga jaga
ردحذفbila jadi keradangan tu yg bahaya kan..apapun penyakit memang kena rawat segera
ردحذفbahaya jugak eh tonsil ni. ingat ke tonsil ni mcm ulser. okay nk kena check jugaklah mana tahu tetiba ada tonsil pulak.
ردحذفAnak buah pernah kene bedah sebab tonsil. Masa tu baru tau bahaya jugak tonsil ini 😊
ردحذفTonsil ni nampak je macam tak bahaya tapi bahaya dia sampai boleh bawa maut. Banyak juga ye komplikasi tonsil ni. Tq share info kak
ردحذفBetul! it can caused infection and make the whole body immune system down.
ردحذفAlamak takut pulak bila baca pasal bahaya nya tonsil. Bagus juga pendedahan ni. Sebab ramai dari kita Yang ambik mudah. Sekiranya tak dirawat boleh bawa maut
ردحذف