WORDLESS WEDNESDAY - NASI DAGANG SELERA TRENGGANU | Korang perasan tak, sekarang ni kalau nak makan menu dari memana negeri, korang dah tak payah dah sampai nak travel jejauh, kekadang tu dalam satu negeri dan depan mata aje ada makanannya.
Contohnya, Nasi Dagang ni haaa. Ikutkan nak sedap pi le Trengganu sana makan, akan tetapi....Sis yang dah berapa kali ulang alik ikut Suami ke Paka,Trengganu tu, dan dah juga makan Nasi Dagang negeri sana, rasanya Nasi Dagang Selera Trengganu di Holiday Plaza ni lagi sedap hehehehe.
Yaa serius kata, bukan kata Nasi Dagang dia je, Laksa Trengganu dia pun sedap, air kopiO dia, perghh pun kaw! Walau kedainya bukan sebuah kedai sebuah, tapi rasa pada masakan dan minuman dia dah jadi 'ketagih' setiap hujung minggu Sis keluar bersama Suami.
Korang kalau nak cuba, pergilah Holiday Plaza dan gerainya depan pintu keluar dan masuk berhadapan dengan Watson. Cubalah..
P/S: Nak cuba Nasi Dagang Terbang? Contact @JayMohd
fuhh sedap nasik dagang..
ردحذفlama xmkn..
Sedapnya.Sekarang dah mudahkan Sis.Makanan atau menu khas negeri dah mudah didapati cuma mungkin yang tidak sama rasanya sahaja.TApi kalau rasanya sama nikmat dan rezeki tu.
ردحذفTerliur tgk nasi dagang , dah la tgh lapar ni
ردحذف