WORDLESS WEDNESDAY - PAYUNG EMAS

Sis Lin
13

WORDLESS WEDNESDAY - PAYUNG EMAS | Sejak dua tiga hari ini hebat sana sini memperkatakan pujian dan cacian viral mengenai Isteri menemani dan menguruskan Suaminya pergi menikah satu lagi dan menerima si madu dengan rela hati. Rata-rata ada yang puji, ada yang bangga dan tak juga ada yang simpati. Hinggakan ada yang mengatakan si wanita ini akan mendapat 'Payung Emas' kelak.

Soalan: Apakah sahih berkenaan payung emas?

Jawapan : Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

Firman Allah SWT:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471].

Pic by Google .

Payung Emas


P/S: Cuba kita letak diri kita di tempat Isteri yang pertama. Sekian ..
Tags

إرسال تعليق

13تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ye yang pertama
    Tiada dua, tiga atau empatnya.

    ردحذف
  2. Pandai org zaman dulu bagi nama istilah payung emas ni.

    ردحذف
  3. herm,memandai je wujudkan payung emas,,nak sedapkan hati para wanita ke..uhuks
    thanks for the info

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, Sis memang tau tak sahih, cuma belum ada kesempatan nak update, ini kali update juga!

      حذف
  4. pernah terbaca kat buku hadis palsu, mana ada pasal payung emas... pepandai je depa ni, payung emas lah sangat

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Dana, memang takde pun dalam hadith...kita ni aje nak sedapkan hati orang berpoligami...ermmmm

      حذف
  5. الردود
    1. Jika benar sekalipun, siapa aja yang nak kan PC...

      حذف
  6. i pun ternampak tiba2 tentang hal tu, tringin nak tnya, lelaki tak nak ke payung mas? lol

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kan kan, cuba dia letak kita ni di tempat dia...mau berparang agaknya kannn...

      حذف
  7. Niat nak tumpang kasih je..x lebih..hohoooi

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!