HOTEL TOUR & PRODUCT REVIEW JDT BLOGGER DI IMPIANA HOTEL SENAI BERTEMAKAN 'PINKTOBER'

Sis Lin
26
HOTEL TOUR & PRODUCT REVIEW JDT BLOGGER DI IMPIANA HOTEL SENAI BERTEMAKAN 'PINKTOBER' | Seawal jam 7.30am Sis dah keluar dari rumah, dan kebetulan pada hari itu Sis menghantar Suami ke tempat kerja, then Suami kata, 'Awal lagi ni, jom sarapan', adeii makan le pulak, ingatkan nak kontrol makan pagi tu, nak makan brunch aje, tapi bila dah sampai warung, ternampak roti jala, makanya, licin gak sekeping besar cecah dengan kari ayam hahahaha. 

Makan dan berborak ajeee, tengok jam hampir dekat jam 8.30am, terus Sis ajak Suami gerak. Kisah bermula pada 10.10 bulan lepas, di mana Sis dan bersama ahli JDT Blogger yang lain semua mendapat jemputan khas kolaborasi bersama untuk event Hotel Tour & Product Review anjuran dari BrandCulture PR & MarCom Agency bersama JDT Blogger. Walaupun kisah dah lama, tak apa, Sis nak kongsikan juga di sini. 

Mula dapat invitation dari pihak mereka, memang sangat teruja, sebab inilah kali pertama Sis jejakkan kaki masuk ke Impiana Hotel Senai ni, padahal kesahnya selalu juga lalu lalang depan hotelnya ke Senai Airport. Then bila kata akan ada hotel tour dan product review, lagilah excited. Walau belum lagi pernah staycation di sini, tapi dapat melihat keadaan biliknya semua pun dah kira bagus, at least bolehlah plan bercuti atau berkongsi view kepada mereka yang datang bercuti ke Johor. 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Terima kasih buat Izam dan Kak Sue #GengBasSekolah Sis yang sudi meluangkan masa menemani Sis ke Impiana Hotel Senai ni. Masa ni Sis masih lagi dalam keadaan pemulihan selepas pembedahan tonsil, so memang agak tak selesa juga sebenarnya bila cakap banyak, tapi takpe, sebab dah berjanji awal, so Sis tetap hadir juga event ni. Sebab tu bawa mereka berdua untuk menemani Sis drive.

Kedatangan Sis kira awal le, event mula jam 10am, tapi Sis ko jam 9.30am dah terpacak kat lobby hotel, apalagi, berOOTD le kami dan welfie bersama. Sekejap tu kami naik atas. Di sambut oleh pihak BrandCulture PR & MarCom Agency,Grace dan pembantu mereka yang lain. 

Oh! Yaaa lupa nak bagitau, tema kami pada haritu semuanya PINK. Sempena bulan Oktober yang suopport Breast Awareness #PinkTober. So memang nampak sweet aje semuanya hehehe.. 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Sebelum semua ahli JDT Blogger yang terlibat pada haritu sampai, Sis sempatlah minum kopi secawan. Sambil berbual-bual dan juga berOOTD gak sana sini. Macam biasalah, doorgift sebagai tanda penghargaan tetap ada. Comel plak tu siap reben Pinktober lagi.. 

Sampai masanya, bila semua sudah sampai, kami di beri sedikit penerangan mengenai event pada haritu. Di sebabkan kami semua ramai hampir lebih 10 orang, so kami di pecahkan kepada 2 kumpulan. Untuk kumpulan pertama di wakili oleh Sis, Izam, Kak Sue, Nona dan juga Afzani yang di ketuai oleh Angeline dari BrandCulture PR & MarCom Agency

Dan untuk kumpulan kedua di wakili oleh Rohaida, Juju, Mia dan juga Suzie. Dan bila dah berpecah, makanya sampai ke balik lerr kami takde pun dapat amik gambar berkumpulan dan photo group, aishhh... 

Comel aje kan gambar kami dalam lift hahaha. 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Untuk aktiviti pertama kami buat Hotel Tour. Kumpulan Sis di bawa untuk melihat bilik-bilik yang sedia ada yang terdiri dari Deluxe Room dan juga Executive Suites mereka. Impiana Hotel Senai ini menawarkan 172 bilik, termasuk 6 suite eksekutif yang luas dan selesa. 

Bukan itu saja, Impiana Hotel Senai sangat sesuai untuk mereka yang datang berbulan madu, berehat atau berkumpulan yang mana korang inginkan penginapan dalam satu pakej termasuk buffet/ala carte hitea/dinner/lunch, ruang event, bilik meeting, kolam renang dan juga dewan untuk majlis besar seperti majlis perkahwinan. 

Untuk melihat lebih banyak lagi gambar sewaktu Hotel Tour Sis di sana, korang boleh ke facebook Pages @akusislin di sana, atau jika korang inginkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi terbaru mereka, korang boleh ke website impwww.impianasenai.com ya. Memang puashati!

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Lepas habis selesai aje Hotel Tour, kami kembali semula ke ruang perjumpaan kami dan kami ke aktiviti seterusnya yaitu Produk Review. Untuk yang produk yang pertama, kami di perkenalkan dengan produk Drs Secret yaitu produk penjagaan kulit luar dan dalam. 

Okay jujurnya, Sis memang baru pertama kali tau nama produk ini dan sudah pun mencubanya. Memang 'ajaib' laa bila menggunakannya, sebab jika korang sendiri buat percubaan untuk pertama kali mencubanya sendiri, korang akan dapat dan lihat perbezaannya pada kulit muka korang serta merta! Yaaa ini serius, memang benar. Ada ahli JDT Blogger yang buat percubaan pertama pun dapat rasa kesannya serta merta. 

Okay jika korang nak tau lebih lanjut mengenai Drs Secret ini, korang boleh ke :
Facebook | Instagram | Youtube | Website atau hubungi Ruijing di talian +60 16 719 9010

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Study Anytime, Anywhere! Yaaa itulah visi dan misi VSchool Trend. Korang pernah dengar dan tau tentang VSchool Trend ni? Untuk produk review kedua kami pada haritu, kami di dedahkan kepada pembelajaran untuk anak-anak yang bersekolah dari darjah 1 sehinggalah ke tingkatan 5 melalui online. Ye laa, sejak wabak Covid19 ni belum lagi hilang, keadaan di mana-mana juga tidak begitu selamat. Hinggakan ramai ibu bapa yang tidak dan jarang menghantar anak mereka ke sekolah. 

So, macam mana dengan tahap pembelajaran mereka? Korang yang bekerja tu, ada percaya anak korang belajar dan buat home study di rumah? Kalau Sis pun tak percaya juga. Anak-anak sekarang lebih terdedah dengan gadjet aje kan. Makanya inilah peluang ibu bapa untuk memberikan anak-anak korang lebih produktif dan memperbaiki prestasi pembelajaran anak korang melalui VSchool ni. 

Jangan risau, dengan sistem pembelajaran online VSchool ni, korang sendiri boleh menjadi 'cikgu' kepada anak korang dan juga memerhati dari tempat kerja atau di mana sahaja melalui 'log in' sebagai ibu bapa kepada si anak. Macam bestkan?.. Yaa dia punya gaya, cara pembelajarannya pun memang buatkan anak-anak gembira belajar dan tidak bosan. Siap ada audio suara, kamus bergambar, dan yang bestnya ada video membaca dan mengeja. Anak-anak mesti suka!

Sis nak cite panjang pun memang takut korang tak faham. Korang boleh ke :
Facebook | Website untuk dapatkan maklumat lanjut. Atau korang boleh email kepada Sis sendiri di linmdnoor@gmail.com bagi mendapatkan info sepenuhnya ya. 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Dan untuk produk review ketiga dan terakhir pada event haritu, produk Inchaway yang pernah Sis kongsikan dengan korang sebelum ini. Yaaa produk Inchaway ni Sis dah cuba dari 2 bulan lepas sehinggalah ke hari ini masih lagi juga minumnya. Sebab apa Sis kata minum, sebab ianya sejenis cecair yaitu minyak zaitun dari sejenis tumbuhan ajaib. Dan yang bestnya Sis minum Inchaway ni ianya melegakan sembelit!. Lancar pembuangan air besarnya. 

Inchaway atau Sacha Oil adalah minyak Sacha Inchi yang mengandungi asid lemak tak  berganda yang kaya dengan omega dan sangat bermanfaat untuk penyakit kronik yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan kerana diet yang tidak seimbang. Selain bermanfaat bagi kesihatan, Sacha Inchi dipercayai dapat menjadikan kulit kita lebih halus luar dan dalam. 

Sis sendiri dah cuba memang ada lainnya rasa badan. Lebih cergas bertenaga dan makan pun boleh kontrol, sebab ianya di amalkan setiap pagi dan juga malam sebelum makan. Bagi yang tak suka akan rasanya, buat macam Sis tu haa, letak dalam minuman atau makanan yang kita makan. 

UNtuk dapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Inchaway ni, korang boleh ke :
Facebook | Instagram | Website atau email juga kepada Sis untuk apa-apa pertanyaan. 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Dan selepas selesai semua seisi Hotel Tour & Product Review, kami di bawa ke Restoran The Tiffin Impiana Hotel Senai yang terletaknya di ruang tepi lobby mereka untuk makan tengah hari. Buat ketika ini The Tiffin menawarkan promosi Eat-All-You-Can [Buffet]. Korang boleh makan dan nikmati sepuasnya ketika makan di sini. Memang banyak pilihan menu. Tengok aje laa pinggan atas meja Sis ko tu, tak padan dengan sakit tonsil kan? Hahahaha.. 

Isnin hingga Jumaat .𝟭𝟮:𝟬𝟬𝗽𝗺 - 𝟮:𝟯𝟬𝗽𝗺
RM25nett Dewasa | RM12nett Kanak-Kanak

Sabtu & Ahad *termasuk Public Holiday 𝟭𝟮:𝟬𝟬𝗽𝗺 - 𝟰:𝟬𝟬𝗽𝗺
RM30nett Dewasa | RM15nett Kanak-Kanak

Sila buat tempahan sebelum walk-in. Takut nanti full house aja. 
📞: +60 16-713 4590 

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai Bertemakan Pinktober

Satu penghargaan dan pengalaman yang sangat berharga buat Sis dan juga team JDT Blogger dengan kolaborasi event ini. Jutaan terima kasih kepada Grace Chiam yang menguruskan dan menjemput kami ke event khas bersama BrandCulture PR & MarCom Agency  dan juga Impiana Hotel Senai. Moga selepas ini lebih banjyak lagi kerjasama kami kepada kedua pihak. Alhamdulilah.

Oii Kak Sue, tu berdiri gaya macam PA Sis ko aje menunggu Sis bergambar yaa hahahaha.. Apa-apa pun memang haritu kami sangat enjoy! .. Terima kasih kepada semua yang terlibat. 



P/S: Sambil update tadi, Sis ko buat kerja sekolah okay budak darjah 1 VSchool tu, aishh seronok plak hahahahahah... 

Post a Comment

26Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bestnyaaa.. teringin la staycation sanaaaa.. niceeee nampak kawasan situ... Macam macam produk berguna.. untuk sihat.. dan minda anak anak masa program ni ek.. bagus betul

    ReplyDelete
  2. haah ek..sampai ke sudah tak ber group photo..best hotel ni..Hi tea dia pun murah..ajom kita sis

    ReplyDelete
  3. murah jugak tu dia punya buffet..boleh la aku ajak kawan aku nanti..hihihi

    ReplyDelete
  4. Rasa mcm nak je staycation kat sana..tenang je tgk bilik² dia..restoran & mkn pn ok jgk..😊😍

    ReplyDelete
  5. murahnya buffet dia. itu dulu yang nampak yer. Bilik dia nice sangat. :)

    ReplyDelete
  6. wau macam best jer nak juga lah menginap dekat sini sebagai percutian ringkas

    ReplyDelete
  7. Ok masuk dalam list masa nak pi JB nanti bulan 11...harap2 jugak SA dapat jumpa sis lin kat JB....

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar makanan terus lupa nak komen apa tadi, hahaha

    ReplyDelete
  9. even tak selesa dan tak sihat sngt gladly you had fun. buffet dia nampak best sngt....

    ReplyDelete
  10. Pergghh! bilik hotel dia cantik! TV boleh pusing tu yang best tu. kalau macam ni, mmg tak keluar jenjalan la. sanggup habiskan masa bergolek main pusing2 tv dlm bilik hotel.hahaha

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya, nampak cantik la hotel tu dan biliknya nampak luas dan selesa sangat. Nice siap ada product review sekali 👍🏻

    ReplyDelete
  12. Bahagia betul kolaborasi sebegini ye. Semua pihak win-win. Harapnya cepat la Covid ni blah, senang nak collab lagi dengan pihak hotel kan

    ReplyDelete
  13. Wah......menarik nyer campaign pinktober nie. Siap ada pink mask lagi tu. love pink colour.

    ReplyDelete
  14. Aktif ye sis JDT Blogger..bagus la atleast something kannn..cam aktifkan content and etc sambil eratkan hubungan hehe

    ReplyDelete
  15. cantik hotel ni, nampak best dan selesa bilik dia. suka tengok sis aktif join event macam ni :)

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaaa.... decoration hotelnya pun lawa simple but nice. Dengan makanan yang disediakan di kafe lagilah rasa nak pergi menginap dekat sini

    ReplyDelete
  17. Wah seronoknya dapat hotel tour dalam masa yang sama review product 😍. Excited pula tengok

    ReplyDelete
  18. Murah gila eat all you can rm25 je sorang?? Kenapa takde kat KL? :'-( huhuhu

    ReplyDelete
  19. Nice la ada initivative mcm ni dari JDT bloggers! Well done and nice sharing. Tertarik bethol dengan buffet eat all you can dia.. Harga pun sangat mur2

    ReplyDelete
  20. Murahhhh nya... Serius sangat berbaloi mana ada hotel makan harga macam ni. Memang nak sangat staycation kat sana kalau dekat. Rindu nak makan kat hotel

    ReplyDelete
  21. Murahnya buffet dia. Seriuslaaaa. Ni yg nak ngecek suami ni. Alang2 tu boleh staycation kat sana kann

    ReplyDelete
  22. Wahh bertemakan pink gitu... Dah lama tak ke jb kalau dulu selalu sgt... Hotel ni menarik juga ya. Boleh rekemen kt famili sbb hujung thun mereka nk ke jb ada jemputan boleh stay sini

    ReplyDelete
  23. cutenya pink2 gituuu... lama nya tak pi JB baru ingat tahun ni travel cuti2 kat mersing tapi tu laaaaa diaaaa...

    ReplyDelete
  24. Bestnya kat sana tak ada PKPB hehehe boleh lagi jalan-jalan dan duduk hotel kita dah lama tak duduk hotel dan makan sedap-sedap ni nak juga lah waaaaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!