Objektif utama penggunaan sistem ejen INAI2U adalah bertujuan untuk menjamin pengurusan dalam ekosistem jaringan pengedar yang lebih cekap dan akan membantu para pengedar untuk menguruskan perniagaan dan pasukan dengan lebih sistematik.
Beberapa penambahbaikan yang terdapat dalam INAI2U adalah sistem pendaftaran pengedar dan pembelian yang lebih bersistematik. Paparan laporan data jualan, ranking pengedar berasaskan KPI juga turut diaktifkan dalam sistem ejen INAI2U ini.
Selain dari itu, pihak syarikat juga akan menyediakan bahan-bahan pemasaran bersepadu untuk digunakan oleh pengedar dan ejen di seluruh Malaysia. Sistem baru ini juga turut memberikan nilai tambah dan perkongsian keuntungan yang lebih baik dan telus pada semua pengedar dan ejen yang berdaftar. Penyata pendapatan juga boleh dimuat turun secara automatik setiap bulan untuk memudahkan dokumentasi.
Paling menarik & unik sekali ialah sistem baru ini turut membolehkan pendapatan pengedar untuk diwarisi. Maklumat waris boleh dimasukkan ke dalam sistem semasa pendaftaran.
“Sistem pengurusan ejen baru Inai2u ini bakal memberi manfaat kepada lebih 356 pengedar sedia ada dan mampu menampung jumlah pengedar serta ejen yang lebih ramai. Sistem ini antara lain turut menyediakan khidmat pengeposan secara berpusat melalui ibu pejabat. Ini mengurangkan keperluan pengedar untuk berurusan di luar rumah sekaligus risiko jangkitan virus Covid-19 serta kemalangan dapat diminimumkan”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Inaidamia, Amirul Naain Zulkhairi.
“Dalam krisis Covid-19 ini, sistem pengurusan INAI2u ini disediakan untuk membolehkan pengedar dan ejen untuk lebih fokus pada jualan dan tambah pendapatan. Yang lain-lain akan diuruskan oleh syarikat”, katanya.
Sistem Ejen INAI2U adalah sistem yang beroperasi sepenuhnya secara atas talian. Para pengedar boleh melayari https://inaidamia.my/login/ untuk mengakses sistem ejen INAI2U.
Objektif peralihan kepada sistem ini diyakini akan memberi impak positif dalam perkembangan syarikat dan pengurusan sistem pengedar yang saban hari semakin meningkat keahliannya.
Dapatkan maklumat terkini di www.inaidamia.com untuk maklumat lanjut,
P/S: Mudah! Semakin hari semakin canggih. Semuanya di hujung jari korang aja kan kan...
nice sharing. bagusla buka peluang orang lain utk jana pendapatan
ReplyDeleteKann Nurul, banyak peluang ada kalau yang siapa ingin mencubanya..
Deletebyk boleh jana pendapatan skrg ni kan..rajin dgn tak je :)
ReplyDeleteYaaa kalau usaha dan rajin, pasti akan membuahkan hasilnya...
DeleteExclusive gila produk inai dia. Tertarik tengok packaging dia. inai pun boleh buat duit kalau tahu caranya kan. btw, kak link www.inaidamia.com tu ada double link akak paste, kalau klik keluar error 404.
ReplyDeleteTau takpe, tak sangka itu inai hehehehe...
DeleteOoo okay Fizah, makaseh beritau..
tuan boleh melawat website kami di sini ya https://inaidamia.com/. terima kasih atas maklum balas yang positif =)
DeleteYaa Saya pun dah betulkan tu linknya..
Delete