Mana-mana warganegara Malaysia atau pemastautin di negara ini (berumur 16 tahun ke atas) boleh mengambil bahagian dalam larian 40km tanpa catatan masa, yang melibatkan pengalaman permainan 'level-up' di mana pelari boleh mengumpul lencana pencapaian apabila mereka melengkapkan pencapaian penting sepanjang tempoh larian yang ditetapkan - Tahap 1 (3km pertama), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km).
Coway Run 2020 yang menyeronokkan ini akan merangkumi pusingan mingguan Sunday Boss Fight dari 7 pagi hingga 11 pagi – menawarkan pelari yang menempuh jarak minimum 1 km dalam jangka masa yang ditetapkan peluang untuk merebut hadiah mingguan yang menarik.
Peserta juga dikehendaki untuk menyinkronkan aplikasi larian atau kecergasan mereka ke akaun VRace by Sportheroes mereka, sebuah e-platform khusus yang membolehkan peserta merekodkan jarak yang dilalui dalam larian maya.
Penyertaan anda di Coway Run 2020 akan menjadi lebih bermakna dengan usaha amal - di mana RM10 dari setiap tiket yang dibeli akan disumbangkan ke Happy Water Project Coway, yang membiayai inisiatif untuk menyediakan air bersih dan mempromosikan amalan kebersihan yang baik di kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Jadilah lebih cergas dan sihat sambil menyumbang ke arah misi yang mulia ini!
Dapatkan pakej kumpulan istimewa hanya dari RM35 seorang dan bakar kalori bersama keluarga dan rakan-rakan anda!
Untuk menyertai larian ini, daftar secara atas talian (sebelum 29 November 2020) di www.eventbrite.sg/e/coway-run-2020-change-the-game-virtual-run-tickets atau untuk maklumat lanjut, sila layari www.cowayrun.com.my .
P/S: Bagus betulkan program macam ni, tapi tengah Covid19 ni, hati-hati ya semua..
Kepada yang berminat
ReplyDeleteSelamat melarikan diri
Hehehehe Wak lari ke kebun aje laa Wakkk hehehehe
Deletealahai teringin nak berlari tapi badan berat pulak, huhu
ReplyDeleteHehehehe alaa Kak, buat bristwalk aje tetiap petang ke pagi dah cukup..dalam rumah pun boleh juga...
Deleteactiviti mcm ni best! tambah2 klu ada geng
ReplyDeleteKan kan Atie, Sis kalau berlari rasa tak mampu, kalau takat bristwalk lari anak-anak tu boleh ajee...
DeleteDalam keadaan sekarang bukan tidak boleh beraktiviti cuma perlu lebih berganda berjaga-jaganya.
ReplyDeleteBetul PC, kena amik langkah berjaga. Sis kalau gi bristwalk pun pilih tempat berlari yang kurang orang...
Deletememang bagus aktiviti mcm ni tapi mcm biasa la kena banyak berhati2..jarak..mask semua penting
ReplyDeleteYee betul..sebab biasanya berlari ni ramai kann, so patuhi SOP ..
DeleteCantiklah design tshirt. Banyak juga dapat tu. Banyak juga dah buat larian alam maya ni. At least ada aktiviti untuk kekalkan kesihatan kita.
ReplyDeleteYee sekali bayar penyertaan banyak plak dia bagi doorguft tu kannn...
Deleteooo virtual run ok lah...boleh buat kat mana2 selagi patuh SOP kan...adik aku suka ni, tapi dia da ada hobi baru lak haha
ReplyDeleteIyerr kot laaa ko nak join gakk, jomm lerr hahahaha
Delete