JOM MAKAN NASI DAGANG DI HOTEL THISTLE JOHOR BAHRU! | Sebut aje Nasi Dagang, mesti korang dah terbayangkan negeri Pantai Timur,Trengganu kan? dan kadang ada gak le masuk ke Kelantan nasinya, tapi originalnya Nasi Dagang ni asalnya dari Trengganu. Nak rasa yang sebenarnya asli, memang kena pi Trengganu, cuma gaya dan cara persembahannya aje berlainan setiap orang yang meniaga.
Sama juga kalau di Johor ni, ada juga peniaga yang berasal dari Trengganu dan meniaga Nasi dagang ni, bezanya cuma kadang, beras dan rempah kari yang di gunakan tu. Tapi setakat ni, jiran arwah Emak Sis yang asal dari Trengganu tu meniaga Nasi dagang, dia punyalah rasa Sis sedap bangat! Memang sama dengan rasa asli yang Sis makan kalau Sis ke Trengganu beli kat Pasar Malam,Paka.
Tapi tu lerr, buat apa ko nak pi jejauh semata nak makan nasi dagang oii, melainkan memang ko ke sana. Kalau nak cari yang meniaga tepi jalan atau restoran pun susah, haaa apakata Jom Makan Nasi Dagang Di Hotel Thistle Johor Bahru ni. Pun sedap bak hang!.
Amacam? Ada rasa lapar tak? Hahahahaha..
Sebenarnya kan, promosi Nasi Dagang ni dah bermula awal Oktober lagi, tapi baru semalam Sis dapat pergi mencubanya. Maklumlah kesihatan Tonsil tidak mengizinkan. Tapi takpe, at least Sis dapat juga mencubanya semalam walaupun promosinya akan tamat pada 31 Oktober ni nanti. Tapi masih sempat lagi kalau korang nak pergi mencubanya.
Dan setelah mencubanya, ternyata sangat memuaskan dan Sis puashati dengan harga yang di tawarkan tu. Yaa one set macam tu, siap Nasi beserta Acar Mentah, Telur Asin , Keropok Ikan, juga 2 Ketul Ikan Aye (Tongkol), Ice Lemon Tea dannnnnnn seketul Tempuran Durian Goreng HANYA RM 18.90 Sahaja!!!..
Berbaloi tak? Bagi Sis sangat berbaloi dengan apa yang ada depan mata Sis tu. Ikan tu sampai 2 ketul okay, bukan potongan kecik, agak besar juga tu. Dan nasinya pula, nampak je sikit, tapi bila ko makan, separuh je dah kenyang oii..percayalaaaaa..
Dan sebagai pelengkap set Nasi Dagang tu, seperti Sis cakap, set tu beserta dengan minuman Ice Lemon Tea dan juga seketul Tempura Durian Goreng yang mabelesss gilo rasanya, nasib tak gile jee masa makan, cuma gila tu hampir nak datang bila makan tak cukup seketul hahahahaha..
Korang yang memang suka makan Nasi Dagang, bolehla cuba makan di Thistle Johor Bahru ni. Selagi promosi masih ada. Bukanlah kata rugi kalau tak cuba, tapi bila lagi kann, ingat senang ke nak makan Nasi Dagang kat hotel oii hahahaha.. sambil makan boleh sembang-sembang mesra dengan kengkawan di temani ikan-ikan koi di tepi kolam Restoran Glass tu. Nyaman gitu..
Maaf sedap itu subjektif, lain orang lain rasa, makanya kena cuba sendiri dan rasa sendiri ya. Kalau bagi Sis, ya sedap, kena dengan tekak orang Johor kita.
So apalagi, kalau tak tau nak makan mana, haaa jom laaa singgah makan tengah hari atau makan malam di Thistle Johor Bahru ya. Segala butiran Sis letak kat bawah ni. Korang boleh buat tempahan melalui wahtsapp yang Sis berikan di bawah.
Pastikan patuhi SOP yang di sediakan, dan #StaySafe #KitaJagaKita .
Promosi Nasi Dagang @ Thistle Johor Bahru
Bermula : 5 Oct - 31 October 2020
Dari Jam : 12.00pm - 10.00pm (Monday to Sunday)
Harga : RM18.90nett per-set **inclusive of a drink and durian tempura dessert!
Bertempat : Glass, Thistle Johor Bahru, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Hubungi : 07-222 9234
Tempahan Meja : https://wa.me/60127892092 (WhatsApp)
P/S: Sis memang suka ikan tongkol, so semalam 5 ketul Sis ko bedal, sebab ada kengkawan yang taknak hahahaha..
aku patut bagi lagi ikan tongkol aku kat ko..hahahhaha..kak seri pun semalam ada seketul lagi dalam mangkuk dia..memang lebih dari cukup kan portion dia..boleh makan dua orang hihi
ReplyDeletehaa.. ikan dia besar, kan
DeleteBagi akak memang berbaloi la RM18.90 dengan portion yang besar dan suasana makan yang nyaman tu, Lin. Awas la kalau ada sesape cakap makan kat warung Kak Yah lagi sedpa, haha
ReplyDeletesedapnya nasi dagang
ReplyDeleteBila teringin dah tau mana nak tuju.
ReplyDeleteamboi sedapnya sis! eh harga dia so murah la! sebab ada set kan? terliur dah kite mcm nasi dagang tu boleh request lauk lain ke ? sbab tak makan ikan
ReplyDeletebetul tu, if org tnya sedap ke tak.. susah nak jawab sbb tekak kita lain2 kan
ReplyDeletewahh sedapnya nasi dagang, dah lama juga saya tak makan nasi dagang. nampak sedap pulak, terliur dibuatnya :)
ReplyDeleteUwaa.. kenapa la buat saya lapar malam2 ni.. Nnti kalau saya pergi rumah makcik sy kat johor, boleh la singgah sini.
ReplyDeleteSuka tgk cara dia hidang dalam set kuali kecik mcm ni heheh.. nampak presentable
ReplyDeleteBanyak nasi dia. Aduhai sedap betul melihatnya. Menyesal tak ikut haritu. Kalau ikut ni, memang licin laa nur kerjakan
ReplyDeleteaduhhh sedapnya tengok nasi dagang hotel thistle ni, kalau tengok portion memang dah cukup dah untuk sorang makan. Untung orang JB
ReplyDeleteAduhai... Tergugat diet kita tau!
ReplyDeleteAwat laaa nun jauh kat Johor. Nanti dah habis PKPB akan ku redah sampai Johor nak pekena Nasi Dagang tuu
I like nasi dagang, I had many of it when travel to ID last time. I wish can go for staycation at Johor Baru with my family soon
ReplyDeletewah.. ada Nasi Dagang di Hotel Thistle ni yea.. menarik.. Tapi tu la .. jauh sangat nak kesana.. kalau singgah sana boleh la try nanti..
ReplyDelete