Tak semestinya membela atau memelihara kucing tu sebab stress tapi sedikit sebanyak, bila ko stress, then ko balik dari keje, ada yang menyambutnya, kemudian ko baring dan ada ler yang menghiburkan dan ada tempat ko nak lepaskan geram bermanja membelai. Yaaa bila ko belai bulu kucing tu, ada satu perasaan aura kasih sayang tu tau, seakan masuk dekat di hati, lagi kalau memang Sis sengsorang dirumah, mereka berdua ni lee jadi teman bermain.
Suami Sis sendiri pun sekarang, kalau balik kerja aje terus cari kucing dia. Yang gelihatinya, bunyi pagar terbuka jer, automatik, 2 ekor kuicng Sis dah menunggu depan pintu seolah macam nak sergah bagi terkejut seperti mana yang Suami selalu buat kat Sis hahahaha..Gelihati kadang nengok tau gelagat si Kenit dan Panjang tiap kali Suami balik kerja hahahaha.
Buat masa ni, cukuplah 2 ekor tu, sekor betina, Panjang (coklat) namanya, sekor lagi si Kenit (hitam putih). Kang bebanyak kang tak larat Sis ko nak kejekan taik kucing oii.. Elok-elok bela kucing hilang stress, Sis ko plak kang jadi stress bela kucing hahahaha.
Korang yang belum ada kucing tu, silalah cuba membela sekor dulu.. kotlah lepas tu, rezeki dan perasaan stress korang tu hilang dan rezeki korang dipermudahkan.. Tapi kalau jenis memang penakut kucing, tak boleh buat apa hahaha..
Memelihara walau hanya seekor kucing dipercayai dapat memberi ketenangan kepada pemiliknya.
Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Penulis fiksyen ternama, Mauriel Spark, dalam 'A Far Cry from Kensington' menulis bahawa kucing memiliki sikap tenang lebih dari apa yang difahami.
"Dan ketenangan kucing akan beransur-angsur mempengaruhi anda,” katanya. Ketenangan itu akan membantu korang menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran.
Sejumlah penelitian ilmiah juga menyatakan tentang manfaat kucing untuk kesihatan fizikal dan mental pemiliknya. Memetik Health Line, berikut beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing.
1. Lebih bahagia
Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.
Memelihara kucing juga baik untuk anak korang. Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200 anak muda berusia 11-15 tahun, anak yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.
2. Mengurangkan stress
Mengusap atau membelai kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stress. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan.
Situasi ini boleh berlaku kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing tidak mudah stress walaupun tidak mendapat sokongan dari persekitarannya. Apatah lagi, kucing bukanlah haiwan yang bergantung dengan manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis Turner dari Universiti Zurich.
3. Melatih hubungan sosial yang baik
Kucing memang perlukan perhatian, tapi si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik. Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.
"Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain," tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky.
Pengkaji Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan rakan-rakannya menulis bahawa haiwan peliharaan dapat menerima secara terbuka penuh kasih sayang, konsisten, setia, dan jujur, karakteristik yang dapat memenuhi keperluan dasar seseorang untuk merasakan memiliki harga diri dan dicintai.
4. Lebih sihat
Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizik. Dalam sebuah kajian, para pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13 tahun. Mereka yang memiliki kucing pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya untuk meninggal dunia kerana serangan jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing.
Kucing juga menjadi salah satu faktor risiko lain seperti tekanan darah, kolesterol, merokok dan indeks massa tubuh.
Tengok ajalah gelagat 2 ekor tu. Kekadang tu memang ada ketikanya jadi amarah Sis juga dengan perangai 2 ekor ni. Ada je benda yang mereka mainkan dan gaduhkan. Tapi sejak Sis keluar hospital selepas pembedahan tonsil tu, mereka berdua ni dah kurang bermain, lebih kepada duduk dan tido diam dan mendengar kata.
Tak tau lee kenapa. Tapi jujurnya masa Sis sakit, selalu dan hari-hari Sis bercakap dengan mereka berdua supaya jangan nakal dan jangan berlari-lari, Sis bagitaulah Sis sakit dan nak rehat. Dan sejak tu laa mereka berdua ni dah jarang nak main berlari dan bergadoh sama dia. Dah macam OKU pulak Sis nengoknya hahahaha..
Cuma tiap kali Sis duduk kat laptop ke, haaa si Kenit tu akan jadi peneman duduk tepi atau belakang laptop sampai laaa kalau Sis bangun dari kursi, dia pun sekali beralih dan tidur di tempat lain. Selagi Sis duduk kat laptop, dia akan tunggu le situ hahahaha...
Gitulaa gelagat mereka berdua. Buat masa ni merekalah kesayangan Sis, Suami dan anak-anak. Kalau hilang kejap, Suami kemain jerit panggil nama memasing hehehehe..
Emak sayang Kenit dan Panjang ❤
P/S: Harapnya janganlah ada yang tak baik jadi memeisahkan kami, fobia dengan kisah lama masa ada kucing juga dulu... huhuhu..
Alahai seronoknya tengok dia tdo. Tp tulaaa tak berani nak bela kucing sbb trauma kene cakar dulu. Tapi suka tengok kucing. Dia mcm bagi kita calming effect gitu
ردحذفbetul..bela seekor je pun mampu memberi ketenangan..tapi kalo bela 10 ekor dalam keadaan kurang mampu menjaga mereka, bole mengundang stress balik..hahahaha
ردحذفTeman. Anak. Sahabat. Keluarga. Ini yang PC rasa bila dah setahun lebih bela ank10 bulu ni..
ردحذفHahahha.. Kadang stress jugak oi
ردحذفTiba tiba rindu pulak dekat Fluffy Mumu.
ردحذفBest ada kucing ni. Kurang stress melayan dia. Dahlah comel pulak tu kan. Kucing tinggal sekor je sekarang. Itupun kat kampung. Tak boleh dok bandar, dia tak bebas. huhu
ردحذفkucing ni mmg penyejuk hati, sbb telatah diorg comel dan manja kan
ردحذفBetul kak. Memang hilang stress. Bela kucing di rumah teres atau kampung adalah environment yang bagus utk kucing. Jika kawasan rumah bertingkat, rumah rapat-rapat dengan jiran dan padat penduduk. Amat tidak digalakkan. Bleh jadi isu memacam. Bau la, taik kucing la dan kucing masuk rumah org la. Kena pandai-pandai la bab ni kan. Seronok ada kucing ni. Manja dan comel. Cuma tulah, rumah saya tak boleh ada kucing. Kami semua ada sinus. Kadang pergi rumah kawan yang ada kucing untuk menumpang kasih. Hahahaha.
ردحذفthis is so true! i just recently adopted a cat and it's the best choice ever!
ردحذفI totally agree with all points. Cats help you with your anxiety. Maybe that’s why a lot of single ladies bela cats.
ردحذفBetul! LH pernah menangis then kucing LH datang golek-golek konon nak menghiburkan lah tu. Memang tak jadi sedih masa tu. Lepas tu nakalnya bukan main, tapi bila kena marah dengar kata. Terus tak buat dah. Comel kan
ردحذفHaha btl tu sis bukan takat ilang stress tp ilang sunyi gak walau kadang2 ilang sabar hahhaah
ردحذفbetul! setuju sis lin! kucing memang banyak tolong hilangkan stress semua! Allah Maha Bijaksana dah aturkan baik2 semuanya kan
ردحذفAla kat rumah kita ni tak dibenarkan untuk memelihara kucing lah kalau tidak kita nak juga and kita ni jarang ada rumah sian kat kucing tu nanti kita memang suka kucing kalau dapat peluk cium hurmmmm.....
ردحذفComelnya awak berdua tu meowwww ;) Mai pun bela 2 ekor kucing. Betul, banyak kelebihan yang kita akan dapat dengan pelihara kucing. Dah la comel, perangai diorang yang macam-macam tu lagi la comel hahaha
ردحذفSisyat masa kecik2 dulu ada juga bela kucing.lepas hanyut dalam banjir. Skrg ni xleh bela sebab si kecik ada asma. Tp betul, kucing ni manja dengan manusia.
ردحذفTrue, actually pets can help us to destress and also keep us company. Some how they know when we are sad or happy also.
ردحذفYes, betul tue... Sama la kucing kita.. Dri bawah rumah lagi dah taw we dh smpi rumah nak bermanja terus... Dulu ada 2 jer..skrg dah sekampung.... Hahaha... Ada 15 belas.. Bila musim mengawan jer akan stress sikit. Hahaha.. Meow siang malam..
ردحذفAm ada alahan dgn bulu kucing.. jadi mmg xleh nak dkt sgt dgn kucing.. tapi seronok tgk bg yg leh beli kucing.. dpt jdkan sebagai kawan baik..
ردحذفSis ni pencinta haiwan juga eh... terapi jiwa...hehehe...
ردحذف