KETAM MASAK LEMAK CILI HIJAU YANG PEDAS BERAPI TAPI SEDAP

Sis Lin
19
KETAM MASAK LEMAK CILI HIJAU YANG PEDAS BERAPI TAPI SEDAP | Eh! Mana ko tau pedas? Kan ko sakit tonsil Sis? Anak yang cakap.. Mana ko tau sedap? Suami yang kata..so? Ko jeles ek tak dapat makan ketam? Sebab tu ko banyak tanya kannn, Hahahaha... 

Sibuk je kann, letak tajuk pun nak jadi isu. Isu ayat 'sedap' tu jadi kontroversi di kalangan kawan-kawan Sis yang suka membawang. Bila letak je sedap, terus keluar ayatnya, 'Ye je la tu sedap', Grrr rasa nak ganyang je mulut orang yang macamtu kann, sibukkan orang punya hal, entah masak ke tidak dia kat rumah kan.. 

Sedap ke tak sedap ke, sendiri masak ikut sukalah nak tulis sedap. Anak-anak dan Suami yang makannya, kalau dah orang tersayang kata sedap, maka memang sedaplah. Takkan nak masak bagi sekampung rasa, ngekk betullah kann hahahahaha..

Dah le moh le cite pasal Ketam Masak Lemak Cili Hijau Yang Pedas Berapi Tapi Sedap yang Sis masak semalam untuk anak-anak dan Suami. 

Ketam Masak Lemak Cili Hijau Yang Pedas Berapi Tapi Sedap

Sekali tengok aje nampak macam sedap sangat kannn.. Sis semalam dapat jugalah merasa dan beranikan diri meratahnya. Hampir sekor gak Sis makan. Anak tanya, 'Tak sakit ke Mak tonsil Mak makan pedas ni?'.. Ye laa anak pun faham akan kesakitan Emaknya selepas pembedahan tonsil tu.. Tapi di sebabkan sebelum makan tu Sis dah pun makan ubat Difflam Anti-Radang Lozenges tu, so bila dah rasa kebas aje lidah dan tekak, terus je Sis makan ketam ni, makanya tidaklah rasa sakit bila makan.

Tapi cuma feeling dan nikmat makan sebenarnya tu tidak seperti biasa. Macam makan tapi tak makan, ermmm sedih sungguh rasa huhuhu.. 

Ada le terasa pedas lemak cili tu, cuma bila kata sedap tu, lupa kejap rasa sedap tu macam mana, sebab ye laaa kebas kan, so macam mana nak rasa makan tu...erghhhhh... faham tak perasaan Sis tu? ... 

Ketam Masak Lemak Cili Hijau Yang Pedas Berapi Tapi Sedap

Nak resepi? 

Alaa mudah aje nak masak ketam lemak cili hijau ni. Dah ramai dah yang buatnya. Kalau google pun ada je tu.. tapi tak apalah sebab Sis ko ni baikhati, Sis tuliskan jugalah resepinya yaa.. jangan tak cuba plak tau hehehe.. 

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Hijau 

Bahan-Bahan:
  • 5 ekor ketam dikerat 2
  • 2 batang serai dititik
  • 1 helai daun kunyit 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping

Bahan untuk kisar halus:
  • 10 biji cili api hijau
  • 1 biji lada merah
  • 1 biji labu bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

Cara Memasaknya: 
  • Bersihkan ketam, dan toskan. 
  • Masukkan ketam kedalam periuk/kuali dengan bahan kisar dan tuangkan air sedikit dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. 
  • Kemudian masukkan pati santan. Kepekatan mengikut citarasa masing-masing.
  • Perlahankan api dan gaul sampai santan jangan pecah.
  • Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Haaa senang aje kan? So silalah ke kedai membeli ketam dan masak untuk makan tengah hari hari ini hehehe.. kalau dah siap, jangan lupa tayang gambar sekali hehehehe.. 

Selamat mencuba.. 


P/S: Petang sikit ingat nak buat roti jala dan makan dengan kari ayam..lama betul tak buatnya.. Suami mesti suka ni.. 

إرسال تعليق

19تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hari lunch konon- konon mencari ketam kat pasaraya, mana tau malam kang boleh masak...sekali takde ketam..sedey

    ردحذف
  2. HAAA.. tulah ingat nak cari ketam kat Kong Kong tu, kena cari kat Gelang Patah ajelah. Akk pulak bukan jenis berhantu makan ketam cuma akk suka tang kuahnya tu, hahaha. Boleh tambah nasi, ketamnya makan sebelah aje cukup

    ردحذف
    الردود
    1. Oooo memang beli kat KongKong ni Kak ketamnya ni..sekilo RM32 hengget hehehehe

      حذف
  3. Aduhaiii. favourite ni. Lama tak makan. pedas tu lagilah sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, samalah teringin nak makan, so meratah pelan-pelan aje Sis telan, nasib ada ubat kebas tu..

      حذف
  4. sapelah yang sibuk menanya itu ini ek..Takde keje eh! ketam masak lemak tu nampak sodap weh!! kalau kat rumah letak kunyit jelah,nak letak cili kang, si anak dara tu pandang je..makan taknak

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe..kepoci hahahaha
      Oo ni pun cili kurang Eda, sebab Emaknya nak merasa sekali, kang pedas mampos sakit tonsil aku hahahaha

      حذف
  5. sedapnyaaaa!!!! ketam susah makan tapi sedap

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, tapi kalau jenis banyak isi, senang nak makan...

      حذف
  6. Favourite ni.. Mak selalu ajar nk pilih ketam. Dulu tak pandai pilih. Kena tahu beza jantan betina. So ameklah betina. Hahaha.

    ردحذف
    الردود
    1. Sis pilih ikut berat, kalau berat banyaklah isi, pastu suka betina.. hehehe kadang jantan pun ookay, janji ketam..

      حذف
  7. alorrr sian ko kurang nikmat makan ketam kegemaran...huhuhu..takpe tunggu nanti sihat sikit da boleh makan dengan pelahap macam biasa ekkk

    ردحذف
  8. الردود
    1. Yaaa sedap CT, cuma nikmat makan hilang kejap dek kerana tonsil huwaaaa

      حذف
  9. Memang! Akan beli gak nanti ketam, nak buat chili crab hahahahaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!