Siapa je tak kenal Muss tu kan, artis rock kapak yang Sis dan Suami membesar dengan semua lagu-lagu dari masa kumpulan May lagi. Pstt sampai dulu bercinta pun, Suami siap tujukan lagu Sendiri tu kat Sis, syyhhhhhh hahahaha..
Tu yang semalam bila tau pencalonannya tu Muss, apalagi memang di tunggu-tunggu laaa. Selain Muss ada gak le Yantzen yang boleh di katakan Sis dan Suami vote boleh maju ke depan, yang lain tu, belum terlintas boleh nampak powernya, mungkin sebab Sis sendiri kurang mengenali dan minat mereka. Kalau Noraniza Idris pun okaylah, cuma lebih kepada Irama Malaysia, so kurang sikit le Sis dan Suami minat hehehe..
Semalam adalah konsert pertama di musim ke-7 Gegar Vaganza. So para peserta/pencalonan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu hits killer mereka di zaman kegemilangan dahulu kala. So memang best lerr melayan semalam.
Dan yang gelihatinya, sebelum GV tu mula, petangnya tu Sis dan Suami keluar ke kedai. Sebabnya Suami sibuk nak mencari air kelapa. Di belinya sampai 6 biji. Then Suami belikan pulak Sotong King tanpa spicy untuk Sis, sebab dah kata teringin nak makannya, akhirnya dapat juga.
Balik rumah, sebelum mula GV, minumlah kami 2 biji. Kemudian bila nak naik atas (sebab tv atas ada Astro, tv kat hall hyptv je) Suami kata, 'Nanti naik bawa jajan naik atas sekali, kita makan sambil tengok tv', hahahah adeii elok pulak yaa di kata 'bawa jajan', selalunya Suami laaa yang tak gemar makan jajan. Agaknya sebab nak melayan konsert, tu yang nak makan gonyeh-gonyeh ek...
Maka bawalah Sis naik segala jajan sebakul tu haaa hahahaha...amekkawww.. seronok plak, Laki Bini ngadap gegar Vaganza macam pergi piknik gayanya! hahahaha..
Tapi bila konsert start, alaaa bukan makan sangat punn, lebih kepada fokus nengok persembahan aje hehehe, gitu lee aktiviti kami hujung minggu Ahad semalam. Sebab siangnya Suami bekerja, so memang semalam Sis di rumah aja. Petang Suami balik baru kami keluar.
Korang layan juga ke Gegar Vaganza? Siapa pilihan korang?
So untuk minggu kedua Gegar Vaganza, jom kita semak lagu yang akan di bawa oleh semua peserta GV2020 musim ke-7 ini..
Sesaat Aku Datang - Jihan & Nabil (Pengacara)
Aku Kekasihmu - Noraniza Idris
Cinta Kristal - Muss
Hanyut - Clif Umar
Cinta Antara Benua - EVA
Duit - Yantzen
Ke Hujung Dunia - Ayu Damit
Kerana Terluka - Haslinda
Mungkinkah - Linda Nanuwil
Sempurna - Ashira
Bila Tiba - Nomad
Sepenuh Hati - Oja
Hadirlah Kasih - Indigo
Sambutlah Kasih - Ajo Success
Hajat - Rozita Izlyn
Tak sabar tunggu minggu hadapan..harapnya Nabil come back laa ya dan sihat!! ..
P/S: SEPATUTnya laa, selesai buat persembahan sementara menunggu lagu, mereka ni semua pakai pelitup mulut sebagai patuhi SOP memasing, tapi tidak, so agak terkilan di situ..
TERBAIK LA SIS
ردحذفHahahaha khennnn piknik depan tv aje lebih selamat...
حذفsuka dgr naqiu nyanyi lagu VE smlm
ردحذفOoo tak minat dia hahahaha
حذفsejujurnya tak pernah tengok GV ni. Heee aneh kan?
ردحذفWaaaa bior betul.. cubalah nengok sekali hehehehe
حذفMacam tak tenguk semalam.
ردحذفTakpe Wak, semalam konsert pertama, tunggu nanti minggu depan..
حذفamboi Lin kan main naa.. sokong sapa tu ? Tapi Mus May mantap sungguh kan, kalau hat muda2 ni kak ana suka Linda Nanuwil dengan Ayu Damit :)
ردحذفHahahaha Lin sokong Mus Kak.. memang dari dulu suka lagu-lagu dia hehehe
حذفFuhhh, mantappppp...saya belum menonton lagi....nanti ahad nak tengok ar..
ردحذفTapi saa minat Yanten tuu....Mus pun minat la sesikit...Hohoo
Jomm menonton depan tv aje Non..ko mesti banyak jajan ko bawak hahahaha
حذفbelum ada hati nak layan GV tahun ni, tapi akk pun jenis tengok tv fokus, kalau ada jajan hilang konsentrasi
ردحذفHehehe kan Kak, last-last bukan makan snagat pun..fokus nengok persembahan...
حذفCubalah nengok sekali, Sis pun ramai Sis tak berapa ingat dan kenal, tapi sebab Mus tu ada lee Sis nengok..
ردحذفhadui. tak sempatlah nak tengok gegar berganza ni sis lin oii..hahah...bila umi dia nak tengok tv, sibuklah bebudak ni nak tengok cerita diorang.cerita umi tak sedap katanya..
ردحذفkalau tengok tv menghadap segala jajan ni.. memang tak sedar dah habis :)
Hahahaha engko sama macam adik aku leee Eda..mana boleh Mama dia tengok cite dia.. tu yang kena rekod ajee hahahaha
حذفAmboiii..tu dia sebakul kudapan depan TV. Ala kita tak tengok GV this year.huhu
ردحذفHahahaha bukan makan sangat pun Fizah, fokus pada nengok persembahan ajee kejenyaaa..
حذفTerpaksa lah tengok ulangan sebab saing plak immortal song final. Hehe. Ni dah start pkpb agak2 ada tak ea konsert?
ردحذفOoo Immortal tu Sis tak layann... ni tak tau le apa sudahnya dah PKPB ni Enaa...
حذفkemain ko ek siap berbakul ikea lagik hahahaha..ni da pkpb, maksudnya GV takde la kan untuk dua minggu?
ردحذفHahahaha tau takpe, Laki aku gitu lerr datang mood kekanak dia hahahahaha
حذف