MALAS MASAK? JOM ORDER BENTO 'TAKEAWAYLICIOUS' DARI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU!

Sis Lin
22
MALAS MASAK? JOM ORDER BENTO 'TAKEAWAYLICIOUS' DARI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU! | Alaa biasalah kann, hari Isnin gini, ada yang surirumah atau yang bekerja tu mood 'malas' masak tu datang sesekali kann. Kalau boleh nak melepekk aja, tau-tau balik kerja dah ada makanan nak di makan. 

Yaa Sis faham, sebab kekadang pun Sis macamtu weii.. Lagi sejak dah ada khidmat penghantaran makanan ke rumah, lagi laju lee tangan membelek apps dan scroll menu yang ada. Diam-diam dah sampai depan rumah makanannya hehehehe.

Dan baru-baru ni, mood malas Sis pun dah menyapa gak, so apalagi, jari ni gatal aje nak mengorder makanan kan. Kali ni Sis order dan takeaway dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru. Yaaa kita cuba set menu Bento Paragon 'TakeawayLicious' mereka yang boleh korang order untuk makan tengah-hari dan juga makan malam.

Korang boleh buat pilihan samaada memilih antara 9 jenis masakan Local Bento atau pun korang juga boleh pilih antara 10 hidangan dari menu Japanese Bento. Kesemuanya pasti menepati selera korang. 

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel

Untuk kali ini Sis order & memilih sajian Local Bento :

Mandy Chicken  
Bento Asam Pedas Oxtail
Bento Daging Salai Lemak
Nyonya Laksa 

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Mandy Chicken 

Set ni sampai aje rumah, anak bujang Sis dah cop dulu. Mungkin sebab dia nampak paha ayam gebu yang kemain beso tu ler agaknya. Bila nengok dia makan, kemain selera lagi. Sedap katanya. Nasinya lembut dan ayamnya pun lazat katanya. Sis ada juga rasa sikit, yaa memang sedap. 

Set ni siap sekali dengan acar mentah, sup dan juga sosnya. Harga RM 18.00

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Bento Asam Pedas Oxtail

Kalau dah kata ekor lembu tu, siapa punya lagi le kalau bukan Suami Sis. Dia memang sukalah kann makan ekor lembu, biasa beli atau masak sup ekor, tapi untuk bento takeawaylicious Paragon ni, mereka menjual Bento Asam Pedas Oxtail. Yaa komen dari Suami, ekornya lembut, banyak isi dan juga rasa asam pedas tu sedap, boleh tahan. Macam rasa asam pedas kita masak juga.. 

Untuk set ini disediakan sekali dengan nasi putih, dan juga salad. Harganya RM 20.00 .

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Bento Daging Salai Lemak

Set bento ni untuk anak Sis,Yana. Ooo dia kalau tang makan daging salai gini memang dia suka. Lagi pulak masak lomak ni, sebab tu masa nengok menunya ada Daging Salai Lemak ni, terus Sis amik satu set. Memang sedap. Sis pun tumpang sekaki makan sama dengannya hehehe. 

Kuah santannya pekat dan dagingnya banyak dan lembut sekali. Harga RM18.00 

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Nyonya Laksa 

Sis makan apa? Hehehe sudah tentulah Nyonya Laksanya. Memang sedap. Sebabnya Sis dah makan sekali sewaktu Grand Paragon buka jualannya di Paragon Market baru-baru ni. Tu yang dah rasa sekali terus kesedapan dan bila kata ada juga menu Nyonya Laksa ni, terus Sis amik satu. 

Harga untuk Nyonya Laksa ni hanya RM 13.90 sahaja. 

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Malas Masak? Jom Order Bento 'TakeawayLicious' Dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!

Oh! Ya, bukan sahaja korang boleh order makanan ya. Korang juga boleh add-on minuman sekali atau juga side order mereka yaitu Durian Goreng. Wuuu memang sedap woo durian goreng mereka, must try!.. rangup tepungnya di luar, ada  durian di dalamnya hahahaha.

Untuk menu lain dan juga harga, korang boleh lihat pada gambar yang Sis letak tu. ikuti aje 6 langkah mudah untuk buat pembelian. 

Cuba dulu baru komen yaa.
So tunggu apalagi?

Malas masak? Jom order Bento 'TakeawayLicious' dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!.  
silalah mencubanya. 

Tersedia untuk Lunch [12pm - 2pm] atau Dinner [6pm - 7.30pm]

Atau korang boleh wahtsapp terus ke https://wa.me/60167337363 untuk buat pesanan.
**Caj penghantaran untuk delivery tertakluk kepada jarak KM tempat korang ya.

Facebook | Instagram | Website 


P/S: Tiberr macam nak order laa plak harini hahahaha... malas betul nak masak kannn adeiii 

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Allahu sedapnyaa nampak semua makanan2 yg ada tuu, mesti puas hati makan tuu kan! Kalau ada kat area Qeela ni confirm nak try jugak huhuu

    ReplyDelete
  2. sedapnya semua maknan , nak order jauh bebenor ler pulak , tapi untunglah yang berdekatan ...akak kalau malas masak memang order jer... hehehe lebih mudah dan sesekali tukar selera gitteww

    ReplyDelete
  3. After looking at the myriads of delicious food that you can get from the bento set...I think I will ask my wife not to cook for one day and order this instead. This is really mouth watering. :D

    ReplyDelete
  4. Dari hari tu dok berkenan Daging Salai Masak Lemak Cili Api tu

    ReplyDelete
  5. uiii lapor nengok chicken mandy tu! nasib bek da makan nasi beriani kambing tengahari tadi..eh apa kaitan?

    ReplyDelete
  6. Wui sist lin hebat slalu dia.. Order bertaraf Hotel tu. Kita main Foodpanda n Halo je. Tapi kan influenced dah ni bila tgk semua makanan sedaq blako bosku! Ps. Kirim salam kat Mandy ciken ye.

    ReplyDelete
  7. wow! curlast sis! makan hotel now tapau je hahaah. tapi harga dia worth it la. harap sangat orang dapat buang stigma makan hotel mahal. mcm khai kat sini suka makan hotel uitm punya cafe . sedap dan big portion!

    ReplyDelete
  8. sambil baca sambil menelan airliur ni sis lin, sedap nampaknya dan sesuai dengan harga. Kalau boleh nak cuba semuanya 😄

    ReplyDelete
  9. daging salai lemak tu nampak sedap gilaaa

    ReplyDelete
  10. Alahaiii kak oiii kalo dekat memang dah order dah ni! Memang kemain nampak sedap semuanya..haishhh ada penghantaran ke klang tak? Hahahah

    ReplyDelete
  11. Sedapnya semua makanan ini. Buat saya sapar sangat. Next time kalau pergi sana mesti nak try ini.

    ReplyDelete
  12. Nak sis hantar pos kat sini hehehehe sedapnya tengok bento lak tu kita ni dah lah jenis malas masak hehehehe sedap nak nak nak...

    ReplyDelete
  13. perghhhh mengancam lah set bento asam pedas oxtail dia! Bento daging salai pun sama. Tak payah tunggu malas masak kalau macam ni haha

    ReplyDelete
  14. wahhh senang jeskrg nie kan,order je bungkus makanan dari hotel.banyak erk hotel tawarkan makanan bungkus skrg nie. nampak sedap pulak tu menu2 dia

    ReplyDelete
  15. Akak tanya saya ke malas masak tu? Jawapannya ye, saya memang malas masak. Kalau dekat, mau saya order setiap hari tu kak heheh

    ReplyDelete
  16. Jaranglah masakan order ni sedap. Selalu LH makan tak sedap. Tapi yang ni menu dia lain maciem tu. Memang berbaloi lah

    ReplyDelete
  17. Adududu sis lin ni.. Sedap2 nya makanan nya itu.. Tapi jauh la plak nak order. Hahah

    ReplyDelete
  18. Wahhh Grand Paragon Hotel JB. tempat famous for my university dinner dulu.. Kenangan2.. So good mereka buat order macam ni.. senang dan convenient, place order then datang pickup, staff tunggu depan hotel lak tue.. the foods look nice too.. if ada kat JB sure order ni...

    ReplyDelete
  19. Sup tu nampak sedap. Eh semuanya sedpla.. Betul kadang2 mals mask order jela. Untung orang johor ni

    ReplyDelete
  20. Betul. Walaupun saya suka masak, tapi ada masanya memang takde mood nk ke dapur. Nak keluar makan pun malas, so order je la hehe

    ReplyDelete
  21. Omg.. all are my favourite dishes. a lah kadang work from home can be very busy also, today i also order lunch delievry.

    ReplyDelete
  22. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. From the tons of comments on your articles, I guess I am not the only one having all the enjoyment here! keep up the good work... durain Singapore online

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!