Kalau bagi Sis amik mudah, janji murah, senang cuci, tidak melekat, dah suka sangat le tu, sebab tu Sis sendiri pun hanya pakai dan guna periuk dan kuali batu DIY aje hehehe.Tapi korang pernah amik tau tak akan pemilihan dan penggunaan periuk batu yang bagus digunakan? So jom amik tau kebaikkan dan kekurangan periuk batu ini.
Ramai tukang masak yang terkenal dengan pengalaman yang luas memilih periuk batu kerana:
- Ia adalah selamat dan mesra alam, salutan yang hanya mengandungi elemen semulajadi, dan semasa pemanasan permukaan tidak memgeluarkan bahan berbahaya.
- Periuk bersalut batu adalah produk yang kukuh dan tahan lama. Mereka tahan calar, tidak bertindak balas terhadap suhu tinggi, tidak mer ubah bentuk di bawah pengaruh keadaan semasa yang teruk.
- Manfaat setiap hidangan berkhasiat kerana kekurangan minyak ketka memasak. Makanannya rendah lemak, rendah kalori, dan tidak ada kolesterol berbahaya. Dan jimat minyak ketika memasak.
- Semasa memasak makanan tersebut mengekalkan vitamin bermanfaat. Dan ini sangat penting untuk diet atau masalah dengan saluran pencernaan.
- Dalam periuk sedemikian, hidangan jadi enak kerana keupayaan untuk memanaskan keseluruhan kandungan dengan cepat dan sama rata. Bahan tumisan wangi dan tidak hangus.
- Periuk batu ini serba boleh. Mereka sangat sesuai untuk memasak di dapur gas, elektrik, kaca seramik atau induksi. Mereka juga mudah diguna, sebagai contoh, mereka boleh dicuci di mesin basuh pinggan mangkuk atau cuci seperti biasa menggunakan sabun.
- Proses memasak sendiri sangat mudah sebab makanan tidak melekat pada permukaan.
- Model dan design terkini yang paling moden mempunyai penampilan estetik dan menarik dan ini sangat penting untuk keselesaan emosi seorang suri rumah ketika memasak.
TAPI sebelum membeli kuali atau periuk dengan salutan batu, korang kena juga tau akan kekurangannya. Periuk atau kuali batu gini agak mahal, berbanding dengan pesaing Teflon atau seramik mereka. Dan juga, pengeluar yang tidak bertanggungjawab sekarang menawarkan model dengan salutan sputtering atau salutan titanium yang rendah yang bercampur dengan teflon untuk meniru pasaran, jadi mungkin ada risiko tinggi dalam penipuan yang mana korang akan mendapatkan produk berkualiti rendah. Sebabnya periuk atau batu itu tidak memenuhi keperluan bahan dalam peralatan batu.
Kalau korang takut kena tipu sewaktu pembelian, dapatkanlah nasihat dan produk yang di kenali ramai dan di jamin berkualiti 100%. Dan sejak mula membelek sana sini mengenai kemunculan periuk batu KayuHome ni, adeii terus tertarik dan minat pulak nak ada satu set. Siapa aje lee yang tak suka kann. Tak kira le perempuan ke lelaki ke, kalau memang dia suka ke dapur dan memasak, kalau tengok set periuk batu KayuHome ni, pasti teruja.
Korang pernah dengar ke nama KayuHome tu? Kalau tak pernah, silalah mengoogle hehehe.. Yang pernah tau, mesti akan teruja gak dengan koleksi periuk batu mereka kan hehehe.. termasuk laa Sis ko ni haa, dah menggigil lutut hahahaha..
Meh nengok koleksi terbaru periuk batu dari KayuHome ni..
Terbaru Kayu Home ada mengeluarkan PERIUK DREAMIAL yang merupakan Periuk Premium Batu Merah Granite Jenama KayuHome pertama di Malaysia kini telah di buka untuk jualan di pasaran online.
Jika korang lihat gambar di atas, memang banyak faktor yang menarik mengenai Periuk Dreamial ni:
- Bebas bahan kimia.
- Menggunakan teknologi german
- Buku manual penggunaan disediakan.
- Periuk tebal tahan lasak.
- Penutup kaca bentuk flat dan tebal.
- Penutup dilitupi silikon,selamat digunakan.
- Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak.
- Handle jenis bakelite, tahan panas.
- Anti calar, anti lekat, mudah dicuci.
- Size sesuai untuk kegunaan harian.
- Sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas.
So bagi korang yang sukakannya boleh dapatkan periuk batu KayuHome Dreamial ni. Warna Red Wine sahaja yang ada buat masa ni. Kalau Sis memang sukalah warna merah gitu hehehe, sesuai dah ngam dengan tema dapur Sis..
Tapi ada satu lagi periuk batu KayuHome yang menawan hati Sis oii... yang mana?
Sila lihat ke bawah hehehe.. makan hati Mak nak oiii...
Ko tengok! Punyalah besarnya periuk batu KayuHome terbaru ni yaitu Periuk Rendang. Mula Sis nengok pun terkesima sekejap oii, dan tertanya-tanya, kenapalah di gelarnya Periuk Rendang. Hurmmm sekali bila baca kegunaan dan ciri menarik mengenainya, barulah Sis faham.
Lebih kepada memudahkan kerja kita yang suka memasak dalam kuantiti yang banyak. Kalau orang dulu gelar Periuk Belanga, tapi dah moden ni, gini lee rupa periuk belanganya hehehe.. Besau gile oii..
Antara ciri menarik Periuk Rendang ini :
- Sebesar 40cm dan boleh memuatkan sebanyak 10 ekor ayam
- Setiap pembelian akan dapat FREE 2 Pemegang Silicon
- Boleh di masak di dapur gas dan juga elektrik
- Tebal bawah permukaan induksi periuk 4.5mm
- Bebas bahan kimia berbahaya
- Handle penutup yang mudah untuk Grip
Ko bayangkanlah boleh muat sebanyak 10 ekor ayam sekali masak, tak ke besau oii periuk tu, bagus ni kan beli sebiji simpan. Dah le Sis ko ni suka memasak time kenduri. Bagus bagus!! ..
So apalagi korang? Tertarik dan berkenan dah ke? Hehehe tersampuk gak korang dengan Sis yaa. Takpe kita masuk dalam wishlist, kot mana tau nanti dapat gak sebiji kan kan kan...padahal Sis ko dah order hahahahahaha... Mari memasak menggunakan periuk batu KayuHome.. Jangan mare haaaa...
Untuk mendapatkan periuk batu KayuHome ini, korang boleh contact details seperti di bawah ini ya.
Contact : Kayu Home http://www.wasap.my/60136699512/kayuhome
P/S : Idam gak nak beli LC tu, tapi tu lee nengok harga belum rasa mampu nak beli sendiri. Dapat periuk batu KayuHome jadi lerr hehehehe..
Wow....menarik la....warna cantik..
ReplyDeleteKan kannn warna merah wine dia menawan sekali pandang hehehehe
Deletewahhh cantik hooo...aku rasa pernah beli periuk batu macam ni untuk adik aku tapi aku beli kat pasaraya biasa aje lah..huhu
ReplyDeleteTau takpe, aku pun terpikat terus hahahaha...engko hadiahkan aku nanti harijadi aku tau hahahaha
DeleteFirst time tahu pasal kayu home ni. Kejap lagi nak google lah! comel laa sis periuk dia tuu
ReplyDeleteYer samalah Sis, sekali dah belek, terus aje beli hahahaha
Deletewow..cantiklah. ida ada periuk batu lebih kurang macam ni tapi jenama lain. memang best memasak...wah..nak kena survey plak periuk kayuhome ni
ReplyDeleteSis ada juga, banyaknya yang DIY, tapi tengok KyuHome ni terus rembat gak hahahaha
Deletecantiknya lahai periuk ni.Kalau suri rumah sepenuh masa kena pulak dengan harga memang ku rembat jugak ni..Ni periuk kuali kat umah pun segan nak tengok muka,cano nak beli yang lain..hahahaha
ReplyDeleteKan kann, memasak dengan penuh senyuman gitu hahahaha
DeleteSaya kalau dapat masak guna periuk ni dah bahagia dah :) cantik je
ReplyDeleteSamalaaa kita Sophea, tersenyum-senyum time memasak kang hahaha
DeleteCantik betol. Tapi tgk harga boleh tahan. Haishh geram kena menabung ni. Dah jatuh cinta tgk hari tu
ReplyDeleteYaa Ena, harga boleh tahan , tapi murah lagi le periuk yang mahai nuuuu hehehehe
DeleteNi cam design dessini kan sis! Suka design camni lg pun jenis tak melekat ni mmg best memasak
ReplyDeleteYup samaa under one roof laaa..KyuHome kualiti bagus dan di yakini ramai pembeli...
Deleteaduhhh style la design periuk ni, jatuh cinta pandang pertama. kena tunjuk kat husband posting akak ni muahahahaha
ReplyDeleteKan kannn, tang beso tu boleh masak sekali 10 ekor ayamm sekaligus, mudah kerja memasak..
DeleteRawlins pun tengah cadang nak carikan periuk sebegini untuk mak. Teringin gak bila tengok rancangan memasak pakai periuk gitu.
ReplyDeleteIdea yang bagus Rawlins, Emak Rawlins mesti sukakannyaa...
Deletealahai berkenannya...cantik sgt!
ReplyDeleteSangat...lagi plak color dia menawann hehehe
DeleteSis lin.. Fiza pun tengah dok survey periuk macam ni. Tq tau bagi tips memilih.. Btw kayuhome punya ni memang menarik betul!
ReplyDeleteYaa Faizzah, nak beli periuk pun kena tau kualitinya, kang beli sembarang, harga mahal, kena tipu lagikkkk
Deletepertama kali dengar kayuhome ni. Jap g google. and rasa terpikat bebeno haa dengar set periuk batu dia. Ace bodek la dapat ke idok. Haha
ReplyDeleteYaaa sama juga Sis, bila dah membelek, terus berkenan, terus aje beli hahahaha
DeleteLocal brand ya Kayu Home? First time dengar about them.. Nak usha la mana taw berkenan since dah nekad nak memasak sikit2.. Hahaha...
ReplyDeleteYaaa Nelfei, bumiputera kita... bagus sangat, kualiti dia setanding periuk jenama mnahall..
DeleteMy oh my akak ni menang nak pandai la. Saya tengah survey periuk utk set baru. Nak menggantikan periuk yang dah uzur. Kayu Home ni cantiklah.
ReplyDeleteHehehehe Sis ko dah dapat baca dah ko tengah cari periuk, apakata silalah mencuba periuk batu KyuHome ni hehehehe
DeleteSerious cantik Periuk set Dremial nie. Warna merah pulak tu. mmg ramai pakai periuk mcm nie sekarang. Design dia nampak mewah sungguh ya.
ReplyDeleteKan kann...banyak set plak tu, tahan panas dan color dia buat hati tertawan, beli laa Zharif simpan buat kawin nanti hehehehe
DeleteKannn, maklum le rajin masak gitu hahahaha tapi Sis kalau beli yang mahal pun, belasah aje pakai harian... sebab tu kena beli yang tahan..
ReplyDeleteAla cantik lah pulak kat rumah kita ni ada banyak periuk yang tak pakai lagi hehehe ni kalau mak kita tengok memang dia akan beli punya siap hari tu beli yang TokTi punya edisi hehehehe..
ReplyDeleteSamalah gan Sis Maha, tapi geram bila nengok yang design kita takde, mana boleh tahan, last-last beli jugaa hahahahaha
DeleteCantiknya periuk batu KayuHome. Teringin nak periuk batu camni. Warna dia pun lawa betul
ReplyDeleteKann, memang bahagialah kalau dapat kann, then masak sambil tersenyum-semyummm
DeleteWow mewah nyer set periuk batu ni, yang paling bagus is the induction friendly coz my house dah tukar ke induction cooker.
ReplyDeleteYaa Kelly, but harga tidaklah terlalu mahal, mampu milik, dan i baca, siap boleh main kutu lagi...
DeleteNad terpegun dengan periuk batu ni.. Rasa nak dapatkan je.. Dekat rumah nad takdela lagi epriuk batu ni. Perouk rendang tu memng best la kalau dapat
ReplyDeletecantiknya periuk dia sis.. jangan tetiba saya rajin masak bila ada periuk ni sudah. hahaha. tapi pandai masak ke? eh hahah
ReplyDelete