MASAK MENU JUICY CHICKEN ROASTED UNTUK ANAK SULUNG AKU

Sis Lin
29
MASAK MENU JUICY CHICKEN ROASTED UNTUK ANAK SULUNG AKU SEMALAM | Kalau yang baca blogposting Sis sebelum ni, mesti tau le kesahnya menu masakan Sis semalam dari kisah si Ikan Pari hinggalah ke menu Chicken Roasted ni. Yaaa di sebabkan anak Sis tak makan asam pedas ikan pari, makanya Sis masakkan anak menu chicken roasted untuk anak sulung Sis. 

Sedap tak sedap belakang kira, janji semalam Emaknya ada kerajinan nak masakkan menu tambahan lain, kalau datang Emaknya malas, goreng telur aje le wahai si anak hahahaha..

Kejam ekk kalau gorengkan telur aje, Emak kemain makan sedap, asam pedas ikan pari, anak makan telur kuang kuang kuang.. Oii idokk lee sezalim itu hati si Emak, sebab tu semalam gigih si anak menggoogle menu resepi Chicken Roasted ni, dan kami sama-sama masak dan sama-sama bertungkus lumus di dapo semalam mengerjakan si ayam ni.

Sorang siapkan bahan, sorang tukang baca bahan, akhirnya siap juga. Resepi ni Sis amik dari facebook dan cuba buat mana bahan yang ada aje, tapi kalau korang nak cuba, korang follow laaa bahan yang dalam resepi di bawah, mesti lebih sedap.. 

Meh nengok resepinya..

Masak Menu Juicy Chicken Roasted Untuk Anak Sulung Aku

JUICY ROASTED CHICKEN

Bahan-Bahannya :
1 Ekor ayam (dipotong butterfly)
1/2 cawan butter (nak sedap wajib guna butter)
5 Ulas bawang putih 
1 Sudu makan black pepper
1 Sudu makan rosemary
1 Sudu kecil garam
2 Biji ubi kentang (nak guna ubi keledek pun boleh) di belah 4
1 Batang carrot (di potong baji)
1 Biji lemon (dipotong bulat bulat)

Masak Menu Juicy Chicken Roasted Untuk Anak Sulung Aku

Cara-Cara Memasaknya : 
  • Tumbuk bawang putih, black pepper, rosemary, dan garam hingga lumat. 
  • Kemudian campurkan bersama mentega. Kacau hingga sebati.
  • Ayam yang dibelah jadi bentuk butterfly tu, letak dalam dulang pembakar. Koyakkan sikit kulit ayam, dan pisahkan kulit ayam dgn isi guna jari tapi jangan sampai terputus terus dari badan ayam.
  • Ambil campuran mentega tadi sumbat ke dalam kulit ayam dan gosok gosokkan dia supaya serata keseluruh badan ayam. 
  • Mentega yang selebihnya boleh sapu keseluruh luar kulit ayam.
  • Carrot, ubi kentang, dan lemon yang dipotong tadi letakkan dibawah perut ayam. So bila kita bakar ayam nanti, segala rasa ayam tu akan meresap ke dalam sayuran dan rasa manis, masam sayuran tadi pun akan meresap ke dalam isi ayam. Akan menambah kesedapan ayam bakar kita nanti.
  • Tutup ayam dengan aluminium foil, dan perap ayam sekejap lebih kurang 30minit. 
  • Kemudian boleh bakar selama 1 jam dengan suhu 200 darjah Celsius. 
  • Selepas bakar setengah jam, buka aluminum foil yang tutup ayam tadi dan teruskan bakar sehingga kulit ayam keemasan.
  • Siap untuk di hidang bersama black pepper sauce, salad dan smach potato. 

Sumber : Resepi Asal 

Masak Menu Juicy Chicken Roasted Untuk Anak Sulung Aku

Akan tetapi, Sis tak guna sekor ayam, Sis hanya guna 6 ketul isi ayam sahaja, dan resepi bahannya, pepandai le ko adjust hehehee... tapi tetap sedap wooo...sangat-sangat juicy...aishh tertelan air liur menaip ni haaa..

Korang cubalah, pastu makan dengan sos blackpepper atau sos bbq sedia siap tu, perghh sodap weyyyy.. 

Selamat mencuba.. 


P/S: Tak sabarnyaa nak nengok Proton X50 pelancaran pagi ni..ajommm kita!! 

Post a Comment

29Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tengok bahannya mudah dan ringkas..boleh dicuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sangat mudah dan senang nak memasaknyaaa...

      Delete
  2. Yang untung, siapa makan ikan dan ayam pun makan, hehehe.

    Kalau mak kita, tak makan ayam, jadi menu wajib ada ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sapo lagi, Emaknya laa untung, bedal semuaaa hahahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Begitulah kalau dah sorang tak makan menu yang sama huhuhu

      Delete
  4. senang je resepi dia ni. Boleh jugak try buat. save la rsepi dia dlu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try laa Aien.. beli ayam, kan ada peti ais baru hehehehe

      Delete
  5. ayam pakar ni sedap dari ayam goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan berkahasiat sebab tak pakai minyak mengoreng hehehehe

      Delete
  6. wow nampak mmg juicy dan menggoda sgt chicken roasted tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup CT, nak sedap lagi, bakar lagi lama, kasi hangus-hangus gitu kannnn

      Delete
  7. Ya Allah keliurannnnn tengok betapa juicy nya ayam tuuuu. Favourite betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ayat ko Nur, tergeliat aku nak baca hahahahaha

      Delete
  8. waa boleh bukak kedai makan western dah ni...kalah kenny rogers...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti pelanggannya engko ajeee ek hahahahaha

      Delete
  9. nampak sedap la chicken roasted ni resipi pun simple boleh la tryyy hehe

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap chicken roasted sis lin. Menu pun simple je. Boleh cuba time PKPB ini :)

    ReplyDelete
  11. Oh yummy!!!!!!!! Love this!!!!!!! I pun suka makan juicy chicken. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  12. Nampak sedapnya. Boleh cuba pada hujjung minggu ini. Mesti famili menyukainya. hehe, Terima kasih berkongsi resipi

    ReplyDelete
  13. Nyumnyum.. Sedap sis.. Makan macam ni ratah2 pun ok.. Huish nak cuba buat pulak. Takde renyah mana kan.. Hehehe.. Kalau ad eyang bantu memg semua berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  14. Wow, menariknya nampak. Ala2 Kenny Rogers gitu

    ReplyDelete
  15. Ok. Rawlins nak share dengan adik dan minta dia try kat kampung bagi my parents rasa. Nanti I balik, I akan suruh dia buat lagi hahaha

    ReplyDelete
  16. omg this looks so delicious! your anak sulung is so lucky to have you :)

    ReplyDelete
  17. Wahh menarik resipi ayam juicy ni.. macam tak susah nak masak guna resipi ni.. okay, nak try to make it myself weekend ni la.. thanks for sharing ya sis Lin..

    ReplyDelete
  18. Ok boleh cuba resipi ni, ini mmg antara makanan favourite I. Mmg roasted chicken sedap makan dengan nasi ataupun ratah je macam tu. Lagi2 kena dengan sos nandos

    ReplyDelete
  19. wow, the juicy roasted chicken looks so delicious macam from the top restaurant! I need to try make it for my family too hehe

    ReplyDelete
  20. akak percaya tak kalau mak za buat roasted chicken pun mcmni juga.. tapi za mesti tak makan ayam tu.. za makan potato dengan carrot je...hahhaha sedap gila rasa sayur2 tu...

    ReplyDelete
  21. Senang je resepi ni. Rajin tak rajin je nak buat hehe.. Mcm suami ena tak makan ikan. Kena masak lauk lain.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!