PENGALAMAN PERTAMA AKU BUAT PEMBEDAHAN TONSIL (LEVEL4) DI KPJ PASIR GUDANG

Sis Lin
27

PENGALAMAN PERTAMA AKU BUAT PEMBEDAHAN TONSIL (LEVEL4) DI KPJ PASIR GUDANG | Kalau diingat-ingatkan kembali dari awal selepas pembedahan hinggalah ke harini (sudah 8 hari), rasa macam kesal buat pembedahan pun ya, hahaha... kenapa? Sebab Sis tak jangka sakitnya tu maha sakit oii, azab nak makan minum dan nak bercakap, tak tau nak cakap macam mana sakitnya. 

Allahuakbar, memang sangat sakit, ya sakit! Jujur ni dari seorang pesakit tonsil. Sis taknak sorok-sorok punya dia punya sakit, so kalau yang tanya tu, Sis akan jawab, memang sakit sebenarnya sakit. Makanya sebelum jadi macam Sis, korang jagalah tonsil korang elok-elok kalau taknak kena buang dan rasa sakit macam Sis rasa ya. Jangan amik mudah, tonsil boleh membawa maut jika tidak dirawat

Alhamdulilah pembedahan tonsil Sis di cover sepenuhnya oleh insurans Sis, yaitu PRUbsn Takaful. Syukurlah bertahun Suami bayar dan amik insurans kami anak beranak ni, so bila sakit gini, ada jugalah gunanya, salah satunya keselesaan ketika warded di Hospital Pakar. 

KPJ Pasir Gudang ni dekat aje dengan rumah Sis, so tak payah nak pilih memana hospital laa.. Orang kata sini bagus, yang sana okay, tapi kalau jejauh menyusahkan anak dan Suami nak datang melawat jenguk buat apa, so pergi aje yang dekat, mudah nak keluar masuk nanti. 

Sebenarnya dah lama sejak sebelum PKP lagi Doktor dah sarankan supaya Sis buang tonsil ni. tapi atas sebab PKP tu juga, Sis tangguhkan dulu. Tapi Sis dah buat Sleep Test terlebih dahulu untuk mengetahui tahap level OSA Sis. Dan makin hari rasa ketidak keselesaan sewaktu tidur mula datang berkali-kali, terutamanya Sis selalu kena sesak nafas dan tersedak dalam tidur. Perghh macam bikin mintak nyawa oii.. 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Dan bila dah Suami bebel, so apalagi, terpaksalah Sis serah diri ke KPJ Pasir Gudang untuk buat temujanji nak dapatkan date pembedahan dengan Doktor Nidzam, Pakar Mulut, Hidung dan Telinga. Bila dah jumpa Doktor, sekali lagi kena scan masuk kamera ke dalam mulut dan hidung nak lihat tonsilnya, Doktor kata tonsil Sis ni dah level 4. Tahap yang hampir menutupi keseluruhan rongga tekak. 

Gambar 1 : Isi Tonsil kiri dan kanan yang telah di buang
Gambar 2 : Tonsil Level-4

Tanpa fikir panjang Sis bersetuju ajelah atas nasihat Doktor, Sis terus buat temujanji pembedahan pada hari esoknya Selasa 28/09/2020. Terus Doktor uruskan dan submit insurans Sis dan juga untuk buat swab test Covid-19 sekali sebelum kena warded. Ni prosedur baru, kalau memana pesakit yang akan jalani pembedahan, mereka kena swab test dulu. 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Selesai buat temujanji dengan Doktor Nidzam, Sis di bawa ke emergency untuk buat swab test, perghh tang ni terketar lutut Sis oii. Dek dengar kata orang yang cakap sakitlah, pedihlah, so bila time kita nak buat ni jantung kemain laju berdegup. Nak taknak nganga je laa dan tadah aje laa lobang hidung tu. 

Nasib baiklah budak yang buat swab tu kemain sejuk mata memandang, takde le sakit mana pun, geli-geli aje hahahaha..adeii propa je lebih laa korang ni!!.. Tapi untuk ujian swab test ni, insurans tak cover yaa. Tu di tanggung sendiri oleh korang sendiri. Lupa plak tanya berapa harganya. 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Selepas buat swab test tu Sis balik rumah dulu berkemas. Ward room dah sedia ada kosong kata Nurse, cuma tunggu result swab test dan juga insurans lulus. So Sis balik rumah, kemas apa yang patut dan sempat bukak laptop update sekejap dan settlekan invoice dulu mana yang tertunggak. 

Dalam jam 5pm pihak KPJ Pasir Gudang call bagitau dah boleh masuk ward. Kebetulan anak Sis,Yana pun dah balik kerja, so minta dia aje yang hantar ke KPJ, Sis malas nak drive kereta. Suami pun call katanya dia settlekan kerja then nanti dia terus ke KPJ aje. 

Maka bermulalah Sis puasa pada malam itu bermula jam 2.30am sehingga esoknya tiba hari pembedahan. Kata Doktor kena puasa selama 6jam sebelum pembedahan, minum air pun tak boleh. Nasiblah dah makan Mee Goreng Mamak dan minta Suami belikan sekali Coffee Latte Gloria Jeans kat bawah tu, tak le rasa kempunan nanti hehehe. 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Nampak tak tu tangan dah mula bengkak dek drip jarum tu, adeiii... Seawal pagi selepas Subuh Sis tak tido, terus aje bersiap mandi pakai baju yang di sediakan dan terus menunggu. Sekejap tu Suami pun sampai pagi tu. Alaaa sedih plak bila ada Suami menunggu sampai kena tolak masuk bilik bedah, huwaaaa :(

Jam 10.30am Sis di tolak masuk ke dalam dewan bedah. Sebelum tu Doktor Nidzam datang berjumpa Sis dan terangkan apa yang akan dilakukan. Sis dah redha, so ikut ajelah apa yang baik untuk Sis. Bila dah masuk dewan bedah, apalagi, sekali sedut oksigen, sekali injektion, tido terus tak sedar Sis sampailah tau-taunya dah siap dan berada di luar untuk pantauan tekanan darah sebelum di soromg masuk bilik.

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Masuk ke dalam bilik Sis dalam mamai-mamai ternampak anak Sis bersama tunangnya ada menunggu di sana. Lepas tu Sis tak tau apa berlaku sebab Sis terus tidur kata anak. Sedar sudah jam 4pm lebih. Tapi kata anak pembedahan Sis selama 3jam setengah juga lamanya (10.30am - 1.45pm). Sebab dia tunggu, cuma Ayahnya aje dah pergi kerja ada kerja perlu di siapkan. 

Bila tersedar aje, adoii!! rasa kejang sakit semua kat mulut. Nak cakap tu tak boleh, macam berat sangat mulut, huwaaa kesakitannya sudah bermula. Sis memang lapar waktu tu. Anak suapkan air pun nak telan, masyaAllah... sakitnyaa sampai menangis Sis. Then hospital KPJ bagi aiskrim mango, Sis cuba makan dan telan, tapi tetap juga tak boleh..Allahuakbar.. 

Nak meraung pun tak boleh, nak menjerit pun tak boleh, so menangis aje yang mampu ketika tu. Suami datang pujuk pun, sampai dia pun tak tau apa nak buat, yang sakitnya kita huhuhu. 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Ramailah yang wahtsapp Sis suruh makan dan minum yang sejuk-sejuk. Terutamanya suruh makan aiskrim vanilla. Makanya tiap kali Suami datang, tak kira siang atau malam, dibelinya Sis aiskrim vanilla tu. Sis cuba juga telan walau sakit. Yaa Doktor memang suruh paksa kita makan dan minum. Lagi pulak Sis ada gastrik, kang lain pulak penyakit datang.

Tapi serius cakap, memang tak boleh nak telan makan bubur tu, bukan tak sedap, tapi tekak tu sakit sangat bila nak menelannya. Padahal bubur tu kan lembut huwaaa, perut dah le lapar macam haper. Last-last minta anak belikan mashed potato KFC tu jer. Haa barulah lega boleh telan sikit demi sikit. Ada jugalah alas perut dan rasa kat tekak. 

Akan tetapi, setelah 2hari berturut-turut siang dan malam bedal aiskrim dan minum ais, demam laa pulak Sis. Ikutkan esoknya boleh keluar hospital, tapi sebab suhu naik, tak boleh balik esoknya. Fikir punya fikir mungkin sebab aiskrim dan ais. Yee Sis tak biasa makan aiskrim, so maybe tekak terkejut. Terus Sis stop makan. Cuba je la makan bubur. Masuk telan masuk telan, tak kunyah huhuhu azab oiii!!!... 

Pengalaman Pertama Jalani Pembedahan Tonsil (Level 4) Di KPJ Pasir Gudang

Dari Hari Isnin 28/9/2020 sehinggalah Khamis 1/10/2020, Sis dibenarkan pulang ke rumah. Tu pun Sis minta balik, sebab hari Khamis tu Emak Sis 40 hari dan kami adik beradik ada buat kenduri di Mesjid. Makanya Sis minta Doktor discharged. Alhamdulilah demam takde, so Sis boleh pulang. 

Kebetulan pula anak bujang ada balik pada hari sebelumnya, so dia seboleh nak amik Emaknya balik ke rumah dari KPJ. Suami pula bertanya, tapi sebab anak bujang dah nak amik, so Suami teruskan kerja aje. Alhamdulilah, semuanya settle dengan pantasnya tanpa ada apa-apa masaalah. Terima kasih laaa pada agen insurans Sis yang membantu. 

Bermulalah Sis berehat dan berpantang di rumah. Tapi sakitnya masih sama. Hanya berbekalkan painkiller dan antibiotik yang perlu di habiskan. Satu pengalaman sakit yang Sis takkan lupakan uitt.. rasa siapa yang nak tanya pasal tonsil ni, mai le tanya..Sis sedia membantu. 

Habis tu ko makan apa aje Sis?

Yaa mesti ramai yang tanya kann... apa aje yang boleh di makan kalau selepas pembedahan tonsil ni. Okay, yang tu nanti Sis update di posting lain. Dan Sis akan kongsikan juga tips kelegaan kurangkan sakit tonsil ketika tidur ni kat korang. Tunggu yaa.. 

Esok Sis ada appoinment dengan Doktor Nidzam follow-up dengannya setelah seminggu pembedahan. Macam-macam nak tanya ni, harap boleh laa bercakap dan Doktor faham bahasa Sis ko ni hahahaha...yerr nak cakap pun suara sengau-sengau oii.. 

Korang doakan Sis sihat ya..
Nanti kita sambung lagi.. Bye.


P/S: Jujurnya kalau di beri pilihan nak operate atau tidak, Sis say NO hahahahaha.. setelah tau betapa azabnya sakit oii... 

Post a Comment

27Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulilah semua nya dah selesai.. Moga leps ni sentiasa sihat walafiat k...

    ReplyDelete
  2. Allahu. Rasa seram dan ngilu pula bila baca pengalaman akak ni. Takutnya! Dengar doktor cakap dah level 4 sampai tahap hampir tutup rongga tekak tu lagilah! Tapi betul juga, benda macam ni jadi pengajaran untuk kita lebih berhati-hati, ambil langkah awal dan amalkan gaya hidup sihat. Semoga cepat sembuh dan sihat walafiat seperti biasa ya kak!

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sihat sislin. In sha Allah baik-baik saja nanti. :-)

    ReplyDelete
  4. Moga disegerakan dan dipermudahkan proses sembuh Sis ye. Rawlins memang takut benda2 kena operate nie

    ReplyDelete
  5. seram gak bila tengok tonsil tu ye. moga cepat sembuh sis lin. banyakkan makan eskrem vanila ye

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semua dah okay... hope lepas ni tonsil tu tak mengganggu lagi..

    ReplyDelete
  7. Kecik tu je tapi dah memudaratkan kita. Dulu pernah la suspek tonsil tapi zaman sekolah je pastu takde dah. Masa tu pun dah rasa perit, apatah lagi kak lin yang dah stage 4 ni. Be strong ye kak lin, semoga cepat sembuh. Rest banyak2 k

    ReplyDelete
  8. seksa nak makan bila kena tonsil macam ni. semoga akak cepat sembuh dan cepat sihat :)

    ReplyDelete
  9. Allahu sakitnya. Alhamdulillah semua ok. Semoga akak cepat sembuh ya. Ngilu pulak baca posting kalini.

    ReplyDelete
  10. Merinding juga dengernya. Tapi alhamdulillah lancar. Dan semoga cepet sembuh yaa. Jaga pola makan juga yang penting :)

    ReplyDelete
  11. masyaAllah kak lin.. semoga baik baik handaknya.. terbayang atie masa menguruskan anak sulong buat pembedahan tonsil.. walaupun semua okay, tapi trauma dia - Tuhan je tau..

    ReplyDelete
  12. Aduhhhh... Ngilu seram baca pengalaman sis. Meh nak pelok u ketat²!
    Alhamdulillah operation berjaya dan semua dipermudahkan. Moga sis cepat sembuh yaaa.. Aamiinnn

    ReplyDelete
  13. wah seram jugak ni. alhamdulillah semuanya selamat. ingat ke tonsil ni sakit2 biasa je, tak sangka bolhe bawa maut.

    ReplyDelete
  14. Sist baca doa ni ye... Doa Penghilang Kesakitan buku Ruqyah Pengubatan Islam. (Baca:Bismillah 3x. Auzubiizatillahiwaqudratih. Minsharima ajiduwaauhazir. Amin). Madam doakan dari jarak jauh moga sist lin sihat. Baca zikir asma YA ADZHIM 12X setiap hari kesakitan segera sembuh. InsyaAllah. Ps. Speed recovery soon.

    ReplyDelete
  15. Takut nya saya baca tajuk blog ni. Nak klik pun banyak kali saya fikir sebab saya tahu sis akan storykan very details. Apa-apa pun hopefully cepat recover ya. Stay safe

    ReplyDelete
  16. Omg... seram sis tengok yang tonsil masih ada darah. Mesti sakit kan, anyway get well soon k.

    ReplyDelete
  17. Uhh ... sakit tu. Apapun moga Lin cepat sembuh.

    ReplyDelete
  18. Aduiii.. Saya rasa saya perlu buat test juga pasal tonsil ni... Huhu sering kali terganggu dan x cukup rehat sebab dengkur.. Sleep test sure teruk resultnya... Tapi saya takutttttttzzzzz

    ReplyDelete
  19. OMG reading this vivid experience of yours does give one that graphic and scary imagination. Good to know it is over for you. Get well soon and speedy recovery.

    ReplyDelete
  20. Oh My I hope you get well soon sis! It was very brave of you and thanks for sharing your experience in detailed. People could refer to your post if they have same case next time

    ReplyDelete
  21. Kesiannya.. hanya org yg pernah lalui jer yg tau betapa sakitnya, takut jgk klu kita sendiri kena tonsil

    ReplyDelete
  22. fuhhhh tekun aku baca wei..yeee, salah satu sebab kenapa doktor tak proceed operate aku dulu adalah kesakitan selepas pembedahan tu lama nak reda untuk orang dewasa...boleh makan sebulan juga...dia tak macam budak2, cepat sembuh lukanya...huhuhu

    ReplyDelete
  23. Semoga cepat sembuh akak. Selamat berpantang tau. Jaga pemakanan. Tonsil ni kita tak nampak kan kak. Sedar-sedar dah menyempit dalam tekak. Ada doktor saya bg tau. Suara dah lain, pastu husband dah bg tau, tidur dah berdengkur. Huhu. Sesama lawan berdengkur la nampaknya. Hahaha

    ReplyDelete
  24. Allahu sis lin. Ingatkan tonsil2 ni masa kecik2 je kena dah meningkat usia pun kena juga kan.. Hmmm speedy recovery kak.

    ReplyDelete
  25. Saya dah oparate tonsil 5 hari lalu, memang sakit tpi sya makan je sbb sya memang xle kalau x makan, saya makan bubur, aiskrim n roti je, roti tu sya makan nk ksi tarik lendir tu huhu, nnti hari sabtu kene pergi ke hosp untuk doktorr cek semula

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!