PINK OKTOBER - BULAN REBEN MERAH JAMBU | Korang sedar akan Pinktober ni? Atau nama penuhnya Pink Oktober. Pinktober adalah singkatan kepada Pink Oktober. Ia merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai kanser payudara (breast cancer). Oktober di kaitkan dengan Bulan Reben berwarna merah jambu atau pink yang dipilih sebagai simbol kepada kesedaran tentang barah payudara.
Sempena Pinktober ini, pelbagai kempen diadakan oleh pelbagai badan amal untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan mengumpul dana untuk tujuan kajian tentang penyebab, pencegahan, diagnosis, perubatan dan penawar kepada barah payudara. Kempen yang dijalankan juga bertujuan untuk memberikan informasi dan sokongan kepada mereka yang dijangkiti barah payudara.
Bulan kesedaran barah payudara juga adalah kempen tahunan yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan awal, ujian dan banyak lagi. Kempen ini bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober setiap tahun.
Arwah Emak Sis sendiri adalah Breast Cancer Fighter stage 4. Korang boleh baca dengan mengklik label menu atas blog Sis 'Breast Cancer' untuk membaca kisah Emak Sis sepanjang jalani rawatan kanser payudaranya. Juga tips pemakanan dan rawatan sebelum dan selepas pembedahan payudara.
Sambil Sis berkongsi menulis mengenai Brest Cancer yang di alami oleh Emak di blog Sis, ianya juga sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada Sis sendiri agar amik peduli daalam penjagaan payudara kita. Memang kita rasa benda ni nampak mudah aje, tapi jika dah terkena, belum tentu ada ubatnya dan juga selamat.
“No matter what happens, whether the cancer never flares up again or whether you die, the important thing is that the days you have had you will have lived.” – Gildna Radner, SNL comedian and Emmy winner
So jom kita support dan beri sokongan kepada mereka yang sedang fighting dengan kanser payudara ni. Sakit datang tak kira siapa, makanya beringat sebelum terlambat.
Baca juga Apakah Maksud Pinktober? ..
bagi sesiapa yang ada cancer patient dalam keluarga mmg insyallah akan alert dengan kempen2 macam ni.. and yes beri kesedaran pada kita untuk jaga kesihatan.
ReplyDeleteayuh support mereka <3
thank you sharing about this kempen sis....
ReplyDeleteSenior MRSM saya ada sorang yang breast cancer. Dulu nampak di berisi jugak, sekarang nampak dah kurus. Semoga semua Fighter2 kuat melawan breast cancer & semua jenis kanser jugak.
ReplyDeleteDah lama berhajat nak buat pemeriksaan, tapi sampai kesudah tak sempat. Masa banyak je tapi jadual pack sangat huhu
ReplyDelete