Program ini kami jalankan setiap dua bulan sekali dan kutipan hanya secara ikhlas sahaja dari kalangan ahli Jdt Blogger sahaja. Tapi untuk kali ini, rezeki berpihak kepada kami semua, ada juga pihak luar yang turut serta menderma wang tunai bagi penambahan membeli barang keperluan yang akan kami beli. Alhamdulilah.
Dah berapa kali cadang nak beli barang keperluan, tapi atas sebab yang tertentu (Emak Sis meninggal, kemudian bedah Tonsil), makanya setelah banyak kali tertunggak, akhirnya dapat juga pergi membel,i dan menghantarnya pada satu hari tu, di mana setelah selesai sahaja event Hotel Tour & Product Review di Impiana Hotel Senai baru-baru ini, dan secara kebetulan ada ahli Jdt Blogger yang kelapangan, so selesai aje event, Sis bersama Mialiana, Izam dan juga Kak Sue #GengBasSekolah Sis terus aje ke Bandar Baru Uda untuk membeli barang keperluan.
Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Urusan pembelian dan penghantaran juga kami buat setelah selesai membeli barang keperluan pada hari yang sama juga. Terima kasih buat Mialiana yang banyak membantu menelefon pihak Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh untuk mendapatkan maklumat juga memaklumkan kepada mereka yang kami akan datang menghantar barang keperluan.
Di sebabkan kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga menangani wabak Covid19 ni, makanya sampai sahaja di sana, kami semua tidak masuk ke rumah berjumpa dan beramah mesra dengan anak-anak. Mereka semua anak-anak kecil yang berisiko tinggi dan kuantiti mereka juga ramai, so kami amik langkah prihatin #kitaJagaKita, kami hanya turunkan barang-barang yang turut di bantu oleh anak-anak di sana, kemudian terus gerak balik tanpa bersalam dan berjumpa secara dekat dengan anak-anak.
Tak apa, janji niat dan amanah orang kita dah sampaikan, lain-lain hal hanya Allah sahaja yang tau. Ikutkan Sis pun malas juga nak buat posting mengenai program CSR ini. Bukannya apa, takut nanti ada pihak salah ertikan dalam membuat sedekah.
Akan tetapi, posting ini hanya niat untuk mengwar-warkan, bahawa Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh ini amat memerlukan keperluan lebih banyak lagi bagi menampung keperluan seharian mereka yang lebih dari 20 orang anak kecik, remaja dan juga dewasa.
Bagi mendapatkan info bagi barang keperluan terkini, korang boleh ke facebook Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh (TheFQ Johor) atau mungkin korang sendiri ada hajat nak beri sumbangan sendiri, boleh aje terus ke sana. Tak pun, korang boleh aje wahtsapp atau call nombor tertera di bawah ini dan bertanya, apakah keperluan barangan yang mereka perlukan. Nanti boleh laaa korang beli dengan kemampuan memasing ya. Janji ikhlas.
Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh
No 12c Jalan Sabar Taman Dato Onn Larkin 80350 Johor Bahru.
Atau boleh menyumbang ke akaun rasmi Fitrah Qaseh :
The FQ (Fitrah Qaseh) Resources
Maybank 551593523440
CIMb 8603243358
Pertubuhan Kebajikan Fitrah Qaseh Johor Bahru,Johor
CIMB 8009889244
Utk keterangan lanjut boleh hubungi :
Cik Aien : +60 19-548 0882
Cik Azmira : +60 11-2544 1039
Cik Fadzlina : +60 18-789 2643
Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama ahli-ahli Jdt Blogger yang memberi sokongan. Moga usaha murni ini akan kita teruskan selagi mampu kita memberi. InsyaAllah. Moga Allah membalas setiap kebaikkan kita bersama. Aamiinn..
P/S: Jika ada yang ingin menyumbang dalam program CSR Jdt Blogger, boleh email kepada jdtbloggernetwork@gmail.com ya .
Wahh, tahniah JDT Blogger. Proud of all of you.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur segalanya
ReplyDeleteJDT blogger ni so strong kan... hope byk lagi program mcm ni in future
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga dapat juga menyumbang untuk akhirat nanti. Lagipun, membantu orang ni tak semestinya untuk akhirat, untuk bagi orang lain makan minum juga
ReplyDeleteWah bestnya sis kalau saya dapat team yang awesome macam sis and friends kt Johor... datang stay kelantan please. kita buat program banyak2.hehe
ReplyDeletealhamdulillah..syukur programnya berjalan lancar...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Semoga JDT blogger dan yang terlibat dalam membantu mereka yang memerlukan mendapat kebaikan juga. Aaminn
ReplyDeleteTahniah team JDT Blogger. Teruskan program yang bagus ni.
alhamdulillah.. tahniah untuk semua jdt blogger. inisiatif yang sangat baik dan agar memberi manfaat buat semua
ReplyDeleteAlhamdulillah inisiatif yang bagus. Semoga usaha begini berterusan. InsyaAllah. Ruby pun suka buat CSR. CSR ni ada macam-macam cara. Sama ada nak buat atau tidak kan kak. Suka tengok aktiviti begini berterusan dikalangan kenalan. Hehe.
ReplyDeleteSangat best kalau ada team yg bagus mcm ni.. Inisiatif yg baik yg boleh dicontohi..keep it up jdt blogger
ReplyDeletealhamdulillah dah tahniah sis ....inilah namanyankita jaga kita sentiasa. Kaau akak pun banjir gak duduk kat situ , nampak jer perangai macam abang2 tapi hati macam tisu haaaa
ReplyDeleteMashaaAllah sgt hebat usaha sis & JDT blogger. Moga Allah sentiasa permudahkan urusan sis dan rakan2 dalam membuat kerja2 amal2 ni.Aamiin ya Mujib🤲🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih JDT blogger. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa melakukan kerja amal.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah JDT Blogger walaupun dalam keadaan sekarang ni masih mampu turun padang dgn patuhi sop semasa
ReplyDeleteWahh, tahniah2 buat Jdt blogger ni.. Semangat dan moga terus dimurahkan rezeki agak dapat buat lebih byk program sebegini... Good initiative ni.. Im proud of you guys!
ReplyDeletewhat an amazing thing that you're doing, Sis Lin! Keep it up and stay kind, always :)
ReplyDeleteBagusnya team sis lin. Teruskan usaha murni ni ye team JDT Blogger and sislin 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah moga niat dan juga kerja murni daripada Blogger JDT ni dapat terus diberkati.. Kita pun nak juga join dan terlibat dalam program amal macam ni bestnya.....
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah sislin sebab menjayakan program ni. Semoga jdt blogger terus success. Bersama2 kita berganding bahu
ReplyDeleteBagusnya usaha group JDT blogger dalam menajayakan program yang bermakna ini.. tahniah TB ucapkan .. semoga terus berpanjangan usaha yang murni ini..
ReplyDelete