Tapi.... taraaaa sekarang Sis ko dengan bangganya nak bagitau, Sis dah ada mesin kopi dirumah! Yaaa, puashati aku bila dapat mesin kopi arissto di rumah!! Arissto? Yup! Mesin kopi termurah hanya sewa RM 1 sahaja sebulan okay! Hahahaha dengar macam nak gelak aje kan, murahnya sehenggettt!..
Nak beli bukan murahkan, so kita sewa aje. Betul, RM 1 sahaja sebulan dan Sis ko dapat nikmati kopi asli dari Italy yang sebenar dan di jamin halal!. Nak pergi Italy pun entah bila, so kita nikmati aje laa kopi arissto ni di rumah.
Pertama kalinya Sis tau mengenai arissto ni bila nampak kawan-kawan ada buat review mengenainya, juga iklan-iklan yang keluar sana sini. Then bertambah lagi keinginan nak ada sebijik aristoo ni bila Sis menginap di Executive Suites Suasana All Suite Hotel Johor Bahru baru-baru ini. Siap dapat mencuba buat sendiri dan nikmati kopi arissto di dalam bilik hotel sendiri. Kau ngase? Tak ke rasa keinginan tu semakin membako jiwa seorang pecinta kopi macam Sis ko ni...erghhhhh...
Kemudian, sewaktu carpol bersama Suzlin pergi ke event Hi-Tea Fraser Place Puteri Harbour Ahad lepas baru ni, terkeluarlah cerita mengenai kopi arissto ni, dan Suzlin bagitau dia pun dah ada sebiji kat rumah. Haperrrr! Lagi terbako Sis ko dengonya oiii...apalagi terus minta Suzlin nombor telefon orang yang dia contact untuk kopi arissto ni.
Yang bestnya, belum sempat nak wahtsapp lagi, Jenny, agen arissto ni terus whatsapp Sis bertanya mengenai keinginan Sis nak mesin kopi arissto ni hehehehe bagus! Tepat pada masanya hahahaha..apalagi, terus aje Sis suruh dia hantar mesin arisstonya pada hari Isnin baru ni, pantas tak Sis ko! Hahahaha..
Korang tau tak yang mesin kopi arissto ni bukan hanya sewa RM 1 sebulan sahaja, dan ianya Lifetime WARRANTY selama mana korang guna dan langgan.. memang mudah dan menjimatkan! So, kenapa perlu beli jika boleh dapat lifetime warranty dengan hanya menyewa aja, kan? Korang tak payah lagi berbelanja banyak untuk menikmati kopi bergred premium di cafe menjual kopi terkemuka di luar sana.. atau terbang ke Italy nun sanaa.. atau membeli mesin pembuat kopi pada harga mahal.. makanya silalah dapatkan arissto ajer hehehe.
Memang macam tak percaya aje kan, RM 1? Betul ke tak tu Rm 1 ekk, sampai sekarang kalau orang tanya Sis, orang duk gelak je dengo. Betullah oiii.. korang hanya bayar sewa RM 1 dan beli kopinya sahaja. Kopinya 1 "sleeve" 10 kapsul serendah RM 17.90 aja.. Sis rasa murah tau bagi kopi bergred PREMIUM macam ni..!! Kira secawan kopi hanya serendah RM 1.79 aje ko bayar untuk minum.
Manakala harga susu khas untuk kopi ini cuma RM 15.00.. Juga dalam 1 "sleeve" mengandungi 10 kapsul..Tersedia dengan 6 jenis kopi, susu dan coklat..
Untuk selera Sis, Sis tak amik susunya. Sebab jarang-jarang minum kopi susu. Kalau nak, lepas aje bancuh kopi, letak aje susu pekat biasa tu, pun ookay, cuma kalau ko nak dapatkan layer kopi latte macam kat kedai tu, haaa ko kena belilah kopi khas dia. Ingat nanti nak amik jugalah 1 kotak susunya. Kotlah kan teringin nak melapis minum latte, hehehe..
Dan yang bestnya kan, 1 kapsul tu, Sis nak jimat dan tidak terlalu pekat kopinya, so Sis buat 2 kali tekan. Ikutkan sekali aje, tapi ada ketikanya Sis buat 2 kali, sebab bila Sis lihat selepas dah siap bancuhan, serbuk kopinya tu masih lagi pekat baunya, so tu yang Sis try buat 2 kali, ternyata masih okay. Cuma kalau ko nak betul pekat, tekan sekali aje okay.
Setakat ni, selera kopi arissto ni, Sis suka 'Luna' tu. Memang gian oii dapat secawan hahahaha. Feeling in love gitu!. Yang lain seperti Amico, In Love, Sunrise, Lonely, Passion, dan juga Coklat, biasa-biasa aje lee..tapi Luna tu betul memikat selera Sis.
Arissto kopi ni bukan "Fake Coffee" atau 3 dalam 1 ya. Ianya adalah Kopi Itali Arissto dan 100% dari Itali. Mesinnya pula korang boleh langgan di mana-mana sahaja melalui ahen yang sah. Tiada kontrak penyewaan. Kalau mesinnya rosak, korang boleh tukar lain. Dan mesinnya ringan hanya seberat 3kg sahaja dan mudah dibawa ke mana-mana. Kotlah nak angkut ke hotel atau ke rumah Emak korang, haaa korang hangkutlah bawa sekali hahahaha.
Tak faham lagi? Tanya lagi betul ke taksewa RM1 ?
Adoii... Iyeeee cuma RM 1 sebulan. TAPI ada deposit. Itu pun tidak mahal dan tidak merugikan. Pakej yang Sis punya ni, Sis bayar deposit siap sekali kopi tu RM218 sahaja. Tapi jangan risau, sebab deposit itu akhirnya menjadi duit kita balik. Dan paling bestnya, hak kita sebagai pelanggan, kita gunalah selama mana, warranty sentiasa di cover. Kalau rosak sahaja di sebabkan oleh mesin itu sendiri, boleh tukar dengan yang lain. Duit pun jimat. Sebab tidak perlu bayar extra. Kita membayar apa yang kita gunakan sahaja. Iaitu KOPI yang kita minum.
Korang nak minum 20 cawan kopi setiap bulan. Itu lah sahaja harga yang korang bayar. Bedal ajelah macam mana pun mesin Kopi itu. Bila terjadi nya kerosakan, ko cuma perlu tukar sahaja. Semuanya under warranty.
Bila rasa dah taknak minum lagi kopi, mungkin atas sebab-sebab tertentu, kotlah dah insof ke hahahaa, tak perlu risau pun mesin itu menjadi TUKUN di dalam stor, sebabnya, bila dah tak nak minum kopi, pulangkan mesin itu kembali dan duit yang kita letak sebagai deposit itu tadi, akan di kembalikan.
Haaa faham??? ..
Tak faham juga korang bolehlah bertanya dan wahtsapp Jenny +60 11 1061 9317 ya. Jenny ni dia cover semua Johor Bahru. Penghantaran terus ke rumah PERCUMA. Untuk korang yang di luar kawasan, silalah cari agen berdekatan.
Okay dah...dah macam menulis untuk review berbayar plak ek...hahahahaha
P/S: Tak sabar nak pi makan ayam golek! Hahahaha...
menarik tu bagi pecinta kopi kan. tak payah pi minum kat kedai mahaimahai bayar. hihihh
ReplyDeletefor coffee lover, kena ada mesin ni kat uma... then kwn2 klu dtg lepak, oh lets go to my coffee coner.. wahhhh i can imagine
ReplyDeleteLama dh tgk aristo ni tp xde any info ttgnya... cuma tau sewa seringgit dan kena beli kopinya... tp mcm menarik kan? tq sis sbb share
ReplyDeleteuih menariknya kak oi, selama ni biasa dengar iklan nya... tapi kotla tipu kan ke apa ... kot ada cas tambahan ke kan heheheh
ReplyDeletebestnyaaa...kalo kita suka LUNA saje, boleh ke tiap bulan tu amek LUNA saje?
ReplyDeletesewa seringgit je, memang murah sangat.
ReplyDeletewah syok la.. coffee Italy mesti sedap kan.. huhuhu
ReplyDeleteSyok tu ada mesin kopi. Boleh mengopi kopi sedap selalu. Sewa pun murah RM1 sebulan. yuhuuu
ReplyDeletekalau pencandu kopi, wajib ada satu mesin ini kat umah, sewa mampu milik sangatkan..
ReplyDeleteWow, berbaloi-baloiiiii ar..hehee
ReplyDeletewah..menarik la buat sewa mcm ni. siapa peminat kopi suka la kalau dpt buat coffee time sendiri kt rumah kan. aish..best plak
ReplyDeleteBaiklah mdm pecaya singgit sewa. Dah bnyk benda impossible jadi possible kan zaman skrg. Takyah kumpul duit g Italy. Kita singgah rmh sist je la minum kopi boleh ke boleh?
ReplyDeleteBestnyaa ada coffee machine sendiri kat rumah, seronokla nak layan pelbagai jenis coffee kan! Menarik jugak yea diorg buat style sewa Rm1 sebulan tu, kreatif! 👍🏻😁
ReplyDeletePerghhh ini betul2 puas ati sis! Lgpun sewa murah giler kan.. actually kte ada gak usha2 nak ada sebijik
ReplyDeleteWah.....best nyer day ada coffee maker at home. Hari2 boley minum coffee ala2 professional.
ReplyDeleteSeronok husband kalau ada mesin ni kat rumah. Senang je je nak bnacuh kopi di rumah ada mesin ni
ReplyDeleteWow kopi dari Itali. Dpt mengimbau balik kenangan pegi Itali tahun lepas hehehe, jgn marah.. Disebabkan tahun ni takleh nak ke mana2, minum kopi Itali pun jadi lah.
ReplyDeleteHahaha... Samalah i told my mom to tekan dua kali.. 2nd push ni mcm tambah air panas jer and i anggap mcm flush the tube too... 🤭 Kalau x, sure ada sisa2 kopi lagi dalam tue.. Nak cuci tak reti buka machinenya. Flush without capsule normally..betulkan caranya?
ReplyDeleteBaru faham. Selama ni LH tak faham macam mana mesin ni boleh disewakan. Ingatkan kena bayar untuk satu cup yang nak diminum
ReplyDeleteBestkan bila ada mesin kopi ni kat rumah. Senang dan praktikal. Takyah la og Starbucks selalu hehehe
ReplyDeleteBaru semalam diskas dgn kawan ttg kopi ni. Ingat nak cari sebiji letak kt rumah. Murahhhh oo..
ReplyDeleteWah.. murah sewanya kak pun adamesin kopi tp jrg guna haaa.. sbb suka minum kopi o ajer
ReplyDeletei am using this too! but i x suka sbb the capsules keep falling haha i hope the machine comes with a better capsule holder
ReplyDeleteMasuk list sekarang juga! Dah tahu lama tapi masih berkira2 sebab takut tak sedap. Ni baca SisLin memang memanggil laaa.
ReplyDeleteTB ada mesin kopi dekat rumah ni tapi tak reti guna.. hahahaha.. nanti lah.. ada maasa baru nak guna.. tapi mesin kopi aristo ni nampak comel la pulak.. nampak mudah nak guna.. aishhh.. mau tangkap satu ni..
ReplyDelete- Tengkubutang
Ada jugak tengok blogger review tulis rm1. Masa tu mcm tak caye gak. Takkanlah kan sebulan?? So sekarang dah percaya. Hahaha. Patutlah ramai ada arissto kat rumah. Rupanya mampu milik je. Ingat golongan bangsawan je... jgn marah
ReplyDeleteOoo kiranya mesin kopi tu boleh sewa la ek tapi harga dia berapa sebenarnya kalau beli je kak? Menariknya la.. Senang pun senang
ReplyDeleteBestnya sis. tp saya xleh ada mesin kopi macam ni. silap2 dok mengopi je tiap masa. hahaha. tp geram jugak tgok tu.
ReplyDeletebestnya ada mesin kopi ni
ReplyDeleteNak juga lah 😁
ReplyDeleteberangan nak ada kopi corner, tapi tu la bukan kopi addict. Kopi kampung boleh. hah
ReplyDeleteMurah giler sewa singgit!! Senang nak bawak gi mana2 plak tu..
ReplyDelete