RAMAI YANG SUKA SCAN SUHU PADA TANGAN, TEPAT KE BACAANNYA?

Sis Lin
12
RAMAI YANG SUKA SCAN SUHU PADA TANGAN, TEPAT KE BACAANNYA? | Yaa ini adalah persoalan yang sering di katakan sejak-sejak ini. Dan Sis sendiri pun tertanya-tanya, betul ke atau tepat ke bacaan suhu pada tangan tu. Ye laaa main hulur je tapak tangan kat pegesan suhu berdiri tu kemudian akan keluar suhu kita. Masaalahnya tepat ke bacaannya? Boleh guna pakai ke? 

Beberapa bulan yang lalu, rasanya ramai dalam kalangan kita yang menyangka bahawa wabak pandemik COVID-19 sudah berjaya dikawal dengan baik. Sangkaan ini ternyata meleset kerana sejak kebelakangan ini jumlah kes positif Covid19 baharu ini semakin meningkat secara mendadak dengan tiba-tiba. Dah berturut-turut kes melonjak hingga ke 800 lebih kes baharu. Risau betul tengoknya. 

Ada yang kata bahawa ia adalah disebabkan sikap acuh tidak acuh kita semua dalam mengamalkan langkah pencegahan dan pengawalan wabak ini. Dan tak juga ada yang menuding jari sesama sendiri, ermm entah laaa. Sehingga kini, kita semua sebenarnya masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walaupun hanya negeri tertentu sahaja yang kini sedang jalani PKPB ni. 

Pun begitu, sedarkah korang bahawa PKPP yang sedang giat berlangsung ini sudah tinggal hanya pada nama sahaja? Ramai kita lihat kini seolah sudah bebas bergerak ke sana ke sini seolah-olah tiada wabak yang sedang menular!

Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja. Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.

Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap ‘main-main’. Ini adalah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.

Walaupun dah scan MySejahtera tu, at least check aja suhu untuk double check yang kita ni sihat!.

Ramai Yang Suka Scan Suhu Pada Tangan, Tepat Ke Bacaannya?

Periksa suhu badan adalah penting!

Pergi ke mana sahaja sekarang, suhu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat. Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal yakni sekitar 36 ke 37.5 darjah celcius.

Jika melebihi jumlah ini, maka adalah wajar untuk kalian sendiri berundur dan tidak memasuki sesuatu tempat bagi langkah berjaga-jaga. Ini adalah selaras dengan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Pun begitu, masih wujud segelintir masyarakat yang bersikap acuh tidak acuh! *tepuk dahi!

Periksa suhu badan acuh tidak acuh?

Angkara sikap malas dan mahu cepat, ada individu yang beranggapan bahawa perbuatan ini adalah tidak penting dan tidak ikhlas ketika melakukannya. Sebagai contoh, ada individu yang memeriksa suhu badan mereka menggunakan tangan sahaja sedangkan bahagian tubuh yang sepatutnya adalah pada dahi.

Bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau lagi, tidak dinafikan wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi. Namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenai dakwaan itu dan perbuatan periksa suhu secara acuh tidak acuh ini hanya akan menerukkan lagi keadaan yang sedia ada.

Kesimpulannya, bertanggungjawablah pada diri sendiri, masyarakat dan negara agar kita semua mampu bersama melawan penularan wabak COVID-19 ini!

#KitaJagaKita #StaySafe 


P/S: Semakin membimbangkan keadaan di Sabah kan.. kita berdoa ajalah moga semuanya akan cepat pulih..aamiinn..
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kerana masing-masing ada yang ambil mudah itulah keadaan kian memburuk..ya semua dengan izinNYA tapi Allah juga suruh berusaha..dalam keadaan sekarang usahanya adalah beri kerjasama,ikut nasihat dan arahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee dari mana entah datang scan guna tangan tu...kelako pun yaaaa

      Delete
  2. Ye, saya pun x sure datang mana fakta guna kat nadi tangan ajeee..Lol..ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Nona..so kita ikut aje dahi sudah..

      Delete
  3. katanya kang dapat kanser kalau check kat dahi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta mana mereka dapat pun tak tau laa kan, lagipun bukan selalu pun keluar masuk scan tu..duduk rumah je sudah..

      Delete
  4. haritu suami ammi ni pun letak wrist dia kat scanner. geram je ammi tengok. belajar tang mana tu cik abang ooiii??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aishhh pelik dah tu.. susah sangat agaknya nak letak dahi tu kann..bukan kena sentuh punnn...

      Delete
  5. kadang org malas terus ja scan tgn tanpa tau itu tepat atau tak kan

    ReplyDelete
  6. aha kemarin baca kat blog azhafizah gak pasal ni..suhu kat tangan dengan kat dahi sebenarnya tak sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, pelik nauuu akuu.. dahi je punnn.. bukan sentuh memana pun kann..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!