Memang ini adalah kedua kalinya Sis mencuba Resepi Tomyam Santan dan untuk resepi kali ni pun ternampak di timeline facebook yang kebanyakkannya friends Sis semua share. Lihat pada resepi memang sonang nak masaknya. Bahan mentah macam segala jenis seafood tu terpulanglah pada kita nak letak apa, tapi yang penting, ada bahan untuk membuat kuah tomyamnya tu dan juga santan.
Mulanya bila Sis cakap kat anak Sis, Kakak, Sis nak buat resepi tomyam santan ni, Kakak agak pelik, then Sis tunjuk dan share kat anak resepinya dari facebook tu, baru anak kata, 'Cubalah Mak, macam sedap aje'. Sebab yang pernah Sis masak dulu, Kakak takde rasa, sebab tu dia rasa pelik, padahal makan kat kedai tu, ada je tomyom tu letak santan hahahaha..
TAPI ... jeng jeng jeng..
Macam biasa laaa, Sis ko ni derhaka akan resepi, kalau ikut resepi asal, mereka menumis dulu rencah tomyam tu, tapi Sis tak, Sis leburrr aje semua macam masak tomyam biasa, cuma dah mendidih tu Sis letak santan tu.. Pun cara yang sama Sis buat sebelum ni hehehe..
So ikutlah memasing ek..nanti laa Sis cuba plak cara menumis tu haa.. Yang ini kita buat ikut selera tekak kita, yang penting, masak seperiuk licinn semua hahahaha..
Jom semak resepi ..
Okay, kalau ikut resepi Sis, haaa itulah semua bahan-bahannya. Rencah tomyam tu pun Sis guna yang tersedap setakat ini yang Sis suka, Thai Tom Yum. Kalau korang nak letak rencah tomyam lain pun boleh, ikutlah suka ko.
Lain-lain bahan seperti dalam gambar tu laa, kecuali Sis tak guna dan letak lengkuas ya. Takut pahit nauu rasa, kang anak tak makan pulak. So guna halia macam biasa ye sudah. Dan bahan seafoodnya pulak, Sis hanya guna udang sahaja, takde letak bahan lain, ikutkan boleh aje masuk sotong dan ayam yang sedia ada dalam aisbox tu, tapi saje nak buat tomyam udang, so udang sesaje lerr..
Lepas tu, bahan-bahan tu semua hiris dan masuk ke dalam periuk kecuali santan dan udang. Lain bahan leburrkan aje. Then korang tunggu laaa mendidih yaa.
Lepas dah mendidih, haaa masukkan udang, then biarkan sekejap mendidih lagi, barulah masuk santan. Santan tu korang agak-agak aje laa nak masuk berapa banyak, macam Sis, guna setengah kotak aje. Kacau-kacau, rasakan dulu, jangan lupa plak letak garam dan serbuk perasa.
Kalau rasa kurang pedas, tambahkan rencah pes tomyam korang, kalau nak kick lagi, ketuk je cili api. Tapi untuk Sis cukuplah setengah santan tu je. Memang sedap dah rasa kuahnya,
Satu yang Sis tak berapa nak gemar pes rencah tomyam di tumis macam resepi asal tu, sebab ianya mengeluarkan minyak, kalau yang macam Sis buat ni, takde minyak, so light-light je laa teksturnya tu macam masak lomak, tapi rasa tomyam..
Sedap wooo..korang cubalah.. ikutlah suka korang nak menumis ke nak leburr macam Sis, yang penting resepi tomyamnya letak santan hehehehe..
Sesekali mencuba kelainan kan, apa laa salahnya..ikut tekak memasing..
Harini duk fikir plak nak masak apo ekk.. sebab harini anak-anak sorang balik lambat, sorang nak keluar dengan kawan, sorang lagi masih di Mersing.. Ayahnya? Diet tak makan malam katanya hahahahahaha..
P/S: Emaknya? Dapat secawan kopi arissto dah cukup bahagia dah hehehehe..
Kita memang selalu makan tomyum santan ni terutama kalau restoran autentic thai, tomyumnya memang kebnyakan bersantan, paling sedap kat Carabao, memang menghirup sehingga ke titisan terakhir laaa
ردحذفKannn kak, lagi satu orang kata ada tu mereka guna air beras kak, ye atau tidak tak tau, yang pasti tomyum kedai memang sedap hahahaha
حذفSaya suka juga tomyam bersantan, lagi-lagi kalau yang tambah pedas, memang kaw rasa dia.
ردحذفSamalah, sekarang nak masak tomyum, keje nak masuk santan ajee hehehe
حذفtapikan, pes thai tomyam tu masak macam tu je pun rasa sedap. kena try letak santan pula lepasni.
ردحذفBenar! Pes tu masak cenggitu aje dah sedap Kaella...
حذفni baru first time tau masakkan tomyam letak santan ni, waa teringin nak rasa
ردحذفNanti cubalah Atie, memang sedap, nak tumis boleh, nak leburr terus pun boleh..
حذفdah lama tak makan tomyam, sejak dua menjak nie kurang gemar yang masam2, tapi letak santan ini kurang kot rasa asam dek rase lemak santan kan... boleh lah cuba nanti.
ردحذفYee betul, kurang sikit rasa masam, tapi masih kekal rasa timyum tu mengikut berapa banyak pes kita letak..
حذفbetul sislin..tomyam santan mmg sedap..smpai shida pn lupa cmne nk buat tomyam biasa hahaaa ^_^
ردحذفKannn, dah tersuka plak dah, keje nak letak santan aje kalau masak tomyum Shida...
حذفAda orang suka tapi ai tak berapa gemar. Tapi dulu pernah makan tom yam santan yang sedap sangat kat kuantan. Tak tau wujud lagi ke tak kedai tu.
ردحذفKuantan tu yang Paya Rumput tu ke>? kalau situ memang femes tempat makan Thai..
حذفmemang sodappp...tapi jarang2 buat...sebab santan tak selalu ada kat rumah..
ردحذفHahahaha belilah sedozen dan simpan macam aku, nak masak ada je bahan..
حذفMemang sedap! Kalau balik segamat selalu makan kat kedai Aslan Thai Tom Yam. Tomyam dia letak santan dan rasa macam original tomyam Thai.
ردحذفOoo sedap laaa plak mendengonya nama kedai tu, nanti ke Segamat boleh cuba..
حذفoo tak pernah cuba lagi tomyam santan ni. Nanti cik tk try buat! nampak sedap tuuuu
ردحذفTry laaa CK, kalau resepi asal mereka tumis, yang ni Sis buat lebur aje macam baisa..
حذف