Sambil menaip ni pun, punyalah kecurnya nengok ikannya. Baunya jangan cakap lerr, semerbak bau asam pedas satu rumah, sampai bersin-bersin si anak time Maknya masak, nasib baik lerr kucing-kuicng tu semua kat atas tidur, kalau tak, mau meraung gak hidung dua ekor tu hahahaha..
Tak sabar rasanya nak makan, dan rasa kesedapan ikan pari segar hasil Suami mancing semalam. Mesti sedap, manis dan lembut aje isinya kan. Nak tunggu Suami balik, macam tak tahan pulak perut ni lapar, takpe kejap lagi lepas Asar kita bedal le sepinggan.
Ni pun menaip sambil menunggu menu untuk si kakak pulak, Ayam Grill Roasted with Potato & Carrot, aishh ape panjang nauu tajuknya tu kann hahahaha. Yaa bukan laa tamak masak sampai banyak lauk, dah ada ikan ehhh ayam pulak, tapi si anak Sis Kakak tu tak makan ikan pari, so kenalah masakkan dia menu lain. Nasib baik dia minta menu senang aje, perap-perap bako..
Kisahnya semalam Suami mancing dapat ikan pari besar. Alhamdulilah dapatlah di buat masak untuk menu hari ini. Ni mesti Suami suka ni, kang makan biar bertambah nasi, petang sikit baru goreng sayur, dan gorengkan ikan asin sikit, makin selera lee kang makan hahahaha. Punah diet kann..
Ikut hati nak letak laa bendi ke terung ke, sekali pagi tadi, selepas hantar Suami pergi kerja, balik singgahlah kedai, tapi alahaii bendi dan terung takde plak yang elok, semua kecut ajee, sebab hari ini Isnin, pasar takde hantar barang basah katanya.
Makanya nak taknak letak ajelah sawi jeruk biat bahan tambahan dalam tu, pun sedap oii, anak Sis,Yana kemain suka ni kalau dia tau ada sawi jeruk.
Halaaa resepi macam biasa masak aje laa. Rasanya mana-mana resepi asam pedas sama lebih kurang aje kot bahannya. Yang bezanya bahan tambahannya aje. Macam Sis letak sawi jeruk, kalau korang nak letak bahan lain, haaa ikutlah suka korang.
Dan yang penting, masa menumis tu biar tumis sampai 2 atau 3 ke 4 kali, biar betul garing ladanya betul-betul garing bak hang! hahahahaha..
Bila dah garing baru masukkan air asam dan juga tambah air bekas blender korang tu. Then masuk ikan dan juga daun kesum. Kalau letak sawi jeruk, pastikan letak last bila dah mendidih dan ikan masak, bukannya apa, takut nanti kuahnya jadi masam sangat. Sebab sawi jeruk tu ada rasa masam. So ingat tu.
Asam pedas ni banyak cara dan gaya masakannya cuma asam pedas tetap asam pedas, takde daun kesum memang rasanya bukan asam pedas rasanya hahahaha *tu bagi Sis laa.. sebab kalau orang Johor ni, seminggu tak masak asam pedas, memang tak sah!.. Betul tak orang Johor?..
So okaylah, membako ayam masuk oven, then sesambil nak kemas dapur dan nak sesiap Asar, lepas tu dah boleh makan, tak sabarnyaaaaa..adei lapar oii!!..
P/S: Ada lagi baki ikan parinya, nanti nak masak pari pecel pulak, sedapnyaaa kann...
ok balik keje kang kami sampai tumpang perabis asam pedas pari feveret abang ilham hehehe
ReplyDeleteHahahaha tunggu gak, selamat tak de hahahaha
DeleteWow, haluuuu.. ada delivery tak tu? Nak sikit boleh? Sedapnya sampai rasa nak jilat skrin. Haha Aien tak pernah lepas lagi masak asam pedas ni. Lama jugak rasa tak makan asam pedas ni. :)
ReplyDeleteTakde delivery, kalau nak marilah ke rumah hahaaha...
Deletehuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... tengok kaler dah tau sedap!
ReplyDeleteWaaa kalerrr pun dah tau sedap ek, belum rasa lagi hahahaha
Deletekah kah kah...tengah bayangkan hidung dua ekor tu meraung
ReplyDeleteHahahaha iyee laaaa, ada terkuncup-kuncup buluu hidungnyaaa
DeleteAsam pedas menu mesti la Sis.Daun kesum tu yang buat asam pedas tabah ummph..sedapnya.
ReplyDeleteKann PC, kalau letak daun limau purut pun tak sama sedapnya dengan daun kesum..
DeleteSedapnya kakkkkk... Sawi jeruk tu akak buat sendiri ka? Kita xbiasa makan sawi jeruk tu.. Nampak sedap sgt
ReplyDeleteAlhamdulilah sedap. Sawi jeruk tu beli aje kat kedai.. beli yang ek besar..
Deletepari pecel tu mende??
ReplyDeletesuami ammi orang melaka pun sama. dalam seminggu tu mesti ada seklai dia buat asam pedas...lantaklah disitu janji ammi relax takyah masak.
Pari masak sambal pecel Ammi, sedap...Parinya kena bakar dulu..
DeleteAmmi buat asam pedas Melaka letak daun kesum ke daun limau purut?
Asam pedas makan dgn ikan goreng! sedappppp
ReplyDeletePunnn sedap! Goreng kangkung belacannnn....yummmss
Deletewah nampak sedap sangat asam pedas pari tu..bila nak merasa masakan sislin ni..
ReplyDeleteYaa Ct, sendiri masak kali ni memang sedap sangat hahahaha..
Deleteapalagi jomm le potluck hahahaha
I like ikan pari.. i like asam pedasss.. kalau takda daun kesum, kat Melaka... haritu makan sana punya.. huhu.. Tapi...Johor punya yang tetap memikat kalbuuuu..
ReplyDeleteKan Nonn...nanti ko rasa asam pedas Sis pulak, tapi tu laa ko tengah diet kann, so macam mana nak makann hahahahaha
Delete